KEM MOTIVASI UPSR 2012 SKMP
TARIKH: 5-7 JULAI 2012
TEMPAT: 'TANDOP CAMP', MERBOK
PESERTA: PELAJAR TAHUN 6 SKMP (80 ORANG)
Pada 5-7 Julai yang lepas, cik ina berkesempatan mengikuti kem motivasi pelajar darjah 6 anjuran Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunselling dan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR sekolah tempat cik ina bekerja. Peserta program ini terdiri daripada calon UPSR 2012 yang disertai seramai 40 pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan. Cik ina amat teruja kerana sudah lama rasanya tak ikut aktiviti sebegini. 3 hari bermalam di pinggir hutan sangat memberi ketenangan kepada cik ina kerana terasa jauh dari keserabutan dan terasa tenang tanpa bunyi kenderaan.
Lokasi kem motivasi ini tak jauh dari sekolah. Setinggi penghargaan kepada KEDA yang sudi menaja kem motivasi ini.. Dengan tajaan ini maka dapatlah pelajar semua tukar angin ckit. Dan ibubapa tak perlu risau kerana masih dalam kawasan pekan merbok juga.
Nak tahu lokasinya kat mana?? Lokasi yang dipilih adalah TANDOP CAMP. Apabila pertama kali menjejak kaki ke sana cik ina terpesona dengan kedamaian dan keindahan kem kerana terdapat saki baki pokok getah dan ia amat menarik.
Hari Pertama 5.7.12
Pendaftaran pada pukul 4.00 petang dan diberikan kumpulan.
Selepas solat Isyak berjemaah , slot motivasi diri pelajar serta pada lewat malam diadakan Qiyaqmullail.
Hari Kedua
Peserta mendengar Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR oleh En.Shukri b Yahya *(penceramah yang
sebenar tidak dapat menghadirkan diri disebabkan ada kes kematian saudara)...
Thanks to En. Shukri. Kalau diikutkan mmg cikgu shukri berpengalaman memberi ceramah.
KEmudian Teknik Menjawab subjek Bahasa Melayu.
Kemudian, semua pelajar lelaki beramai-ramai Solat Jumaat kat masjid yang berdekatan.
Kemudian disambung denganTeknik Menjawab Soalan Matematik UPSR
Petangnya acara bebas pelajar - mandi sungai tetapi tetap dalam pemantauan guru. Mandi manda menyegarkan badan/minda setelah seharian mendengar ceramah.
Malamnya pula selepas solat Isyak berjemaan, diadakan persembahan berlumpulan dan diikuti dengan makan malam ala BBQ. Dah lama cik ina tak join BBq. Dulu selalu buat masa camping tp sekarang dah kurang join camping.
Selepas itu, aktiviti 'Blind Tracking' dikelolakan oleh 4 jurulatih Tandop Camp yang berpengalaman. Cik Ina pun tidak ketinggalan.
Hari ke tiga
Selesai senaman dan sarapan, program diteruskan dengan Taklimat Teknik menjawab soalan English. Dan pada pukul 11 peserta bergotong royong serta berkemas dan bersiap sedia untuk pulang
Jadual yang padat dengan ceramah motivasi dan cara menjawab soalan di samping solat berjemaah membuatkan semua pelajar tekun dan ada yg keletihan jg.. Ditambah pula makanan yang dimasak oleh Cik Kaq khas untuk pelajar semuanya sedap-sedap belaka.
Tetapi yang paling best,,, ada juga acara mandi sungai. Dah dekat dgn sungai. Kita layan je gambar yang ada...
Dalam gambar ramai2 ni cik ina tak de sebab cik ina pulang awai kerana ada hal cikit. Tapi apa pun cik ina doakan adik2 ini menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat. AMIN
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen