Tuesday, March 26, 2013

Teringin Nasi Beryani

Best Blogger Tips

Salam semua.. 

Pasai makan ni mng serah kat cik ina..asyik nak mkn jer kan.. tambahan plak cuti sekolah ni kantin tak buka.. Asyik lapar je tekak cik ina ni.. Tetiba jer teringat perbualan dengan adik cik ina last week pasai nasi beryani paling sedap di Sungai Petani.. Kami berdua setuju mmg nasi beryani tu paling sedap.. Cik ina pun dah lama tak ke sana... Sebab baru teringin nak pi, jadi cik ina google dan jumpa gambar dan mmg blogger ni pun akui sedap.. Gambar dari cik ina later ye.. P sana nnti baru ambik..

Nak tau kat mana dan nama apa kedainya..
Kedai nasi beryani ni nama RESTORAN BERYANI ISHAR. Lokasi dia kat TAMAN SEJATI INDAH.. atau lebih tepat lagi bertentangan dengan HOTEL EMERALD PUTERI. Kalau anda keluar dari EXIT Tol Sungai Petani Selatan, nmpk ada satu trafic light dan hampa ambik  kiri. Jln lagi sikit jumpa simpang empat ada trafic light. Tengok sebelah kiri ada bangunan Hotel Emerald Puteri (EP) manakala sebelah kanan ada deretan rumah kedai. Terus ckit dan cari jalan masuk ke sana je la... Haa… di situlah terletaknya Restoran Ishar (sebaris CIMB bank).


Masih ingat lagi masa cik ina ke sana a few years ago.. Kena beratur panjang and lepas cik ina dapat dan tengah makan, dengar tokey dia kata dah habis.. Nasib baik cik ina sempat dan tergambar kesedihan org lain yang beratur tu. Nak buat mcm mana dah habis kan.. Jadi moral of story kena pi awai ckit la.. 

Orang dok beratur sampai luar.. sabar je la
Untuk pengetahuan korang, restoran ni mmng pelik sikit. Nak tau kenapa? Sebab ia dibuka dan ditutup sesuka hati.  Kekadang buka kul 10.30am. kekadang kul 11am. So, kul 11.00 kalau x de keje standby. Waktu tutup pun kadang-kadang tak tentu..Jadi tawakal je la ekk .. Anytime kedai akan buka.. Kalau anda lewat ckit, bersediala kalau time anda nnti maybe nasi or lauk dah hbs... Ye la.kan dah beratur panjang2 tup time kita tak dapat.. huaaaaa..






Iskkkk Bila la cik ina berkesempatan nak pi makan kat sini... Sabtu ni nak pi la.. Sapa nk ikut.. JOM.. Nnti cik ina ceritakan kesedapan nasinya pula..

Sumber : Thanks to juadah malaysia

******************************************************************************

Best Blogger Tips

4 comments

March 26, 2013 at 11:32 PM

huhu ni betul2 sedap ni...sampai bukak tutup sesuka hati pon org masih ramai ke kedai tu...

March 27, 2013 at 8:51 AM

@Hatimi Tahirruddin
yer.. mmg sedap dan terhad.. jadi yang bertul2 teringin je blh pi dan beratur dgn sabar

June 14, 2013 at 2:06 AM

Betul... nasi beryani dia sangat sedap. Sya dok KL pun asyik teringat nak pi SP semata2 nak mkn nasi beryani Ishar..heh

June 14, 2013 at 2:06 AM

Betul... nasi beryani dia sangat sedap. Sya dok KL pun asyik teringat nak pi SP semata2 nak mkn nasi beryani Ishar..heh

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen