Monday, March 18, 2013

TanJung DaWai KeDah Lalala

 Assalamualaikum semua..

Mak selalu kata nak pi tanjung dawai bila adik cik ina balik.. So, hari ni dah ada semua ahli, cik ina pun ajak adik pi Tanjung Dawai untuk makan angin n tunaikan hasrat mak nak beli apa yang patut. So siap la kami ala kadar. Abah pulak pi mana tak balik lagi, so kena tunggu abah balik. Abah plak mcm tau je kami tengah tunggu dia, dalam 5 min dah sampai. Setelah 30 min perjalanan melalui PEkan Yan dan Tanjung Jaga, dan Singkir, kami pun sampai kat Tanjung Dawai.. 

Kami terus ke ARKED TANJUNG DAWAI.

Oh ya, kalau anda tak pernah ke sini, anda hanya perlu keluar TOL ,susur keluar Sg PEtani utara dan terus (akan melalui Bandar Laguna Merbok) sehingga nmpk simpang empat dan ambik kanan untuk ke semeling dan anda akan melalui sungai semeling seterusnya ambil kiri dan terus lagi (anda akan melalui jalan baru ke MRSM dan jumpa simpang empat dan terus lagi)sehingga jumpa T junction di tupah dan ambik kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda sampai ke TANJUNG DAWAI.. Senang je kan…

Kalau u olls sampai sini TANJUNG DAWAI ni, anda akan nmpk pantai, serta perkampungan nelayan. Untuk cari ARKED TANJUNG DAWAI ni senang je kerana mmg tak de bangunan lain dah yang paling besar kecuali bangunan ni. Sebelum ARKED ni ada jeti untuk bot nak ke Pantai Merdeka. Cuma cik ina tak sure tambang dia berapa tapi tak mahai sangat la. Cik ina pernah naik bot ni 10 tahun yang lalu je. Dalam 5-10min dah sampai ke sana.


Aira dan papa dok meronda
Kat ARKED TANJUNG DAWAI ni la tempat tumpuan pelancong tempatan dan orang sekitar untuk membeli belah hasil laut dan yang sewaktu dengannya kat tingkat atas dan menikmati makanan segar or mee udang sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa kat tingkat bawah. Jom kita ke atas dahulu...

So, memang menenangkan jiwa dan hati la. Background pun cantik sbb kita boleh nmpk PANTAI MERDEKA dari sini.  Kami pun tak ketinggalan untuk membeli apa yang patut untuk kegunaan seharian.. Layan gambar kami membeli dan membelah dulu..




Abah Cik ina .......

Mak sibuk memilih apa yang nak dibeli

aira dah boring... jadi nak kacau la tu..
Pastu setelah puas membeli barang, terasa dahaga dan kami ke tingkat bawah untuk membasahkan tekak. Alang2 dah ada kat sini, nak try makan mee udang kat sini plak… Kat kuala sepetang dah, kat pulau sayak pun dah, kat mee udang banjir dking pun dah,, so lets we try mee udang from tanjung dawai plak. 

abah menikmati nasi tu...
Maybe kami silap kedai kot maka rasanya tak seperti yang diharapkan. Tak la sedap sangat. Huhuhu tapi nasib baik udang dalam mee tu agak berbaloi dengan harga dia walaupun tak sedap. Agak-agak korang berapa harga dia.. jeng jeng,, harganya adalah RM15.00 sepinggan. Ambik kau cik ina,, nak try sangat,, dah la tak sedap..
ni la rupanya

mama aira ready nak makan

mak yang snap sbb tak de orang lain dah yang blh

tak sedap pun licin sbb mahai
Lps kami dah kenyang, maka kami perlu beransur pulang.. tapi adik cik ina tak berpuas hati.. dia nak cari udang pulak sbb dia nak buat sendiri mee udang. Cik ina bawa ke jeti tempat nelayan bawa naik ikan. Nasib baik cik ina tau kat mana sebab dah mai dulu dengan member cik ina iaitu kak sham. Kak sham la yang tunjuk kat cik ina lokasi jeti ni. So bila sampai jeti, adik pun cbuk nak beli. Kena plak masa tu mmg nelayan baru balik dari laut.. Nelayan pun cbuk nak angkut ikan dan udang dari bot.



Tu dia udang dia.....
aira pun nak tengok juga...

Aira tak nak jalan plak..

interbiu pak cik tu sat.. Dia tgk bot dia

Lps beli udang segar kami balik dan sempat singgah kat Kampung huma untuk beli apa yang tak sempat beli. Kat sini mak baru nak beli ikan bilis dan sotong kering. Kat sini lagi banyak barang. Penuh satu kedai. Ada 3-4 kedai macam ni kat sini so anda boleh pilih kedai mana yang anda suka untuk shopping. Kat sini boleh beli borong kalau nak buat kenduri. SEgalanya dari hasil laut ada. Cuma mak dengan ayah dan adik beradik je tak de.

5 comments:

  1. Kalau pegi Tanjung Dawai ni, syok beli ikan masin...
    Meriah kaum2 ibu memborong..
    Hehhehe..

    ReplyDelete
  2. tanjung dawai tak pernah pergi...

    pantai merdeka teringat masa zaman 2002 dulu...

    teringin nk pegi balik :)

    ReplyDelete
  3. @AyueJean AJ
    betoi,, ikan masin dia mmg byk dan murah.. kalau nk buat kenduri ramai mai beli sini

    ReplyDelete
  4. haritu sya soping ikan bilis & belacan. puas hati beli ikan bilis kat sini. fresh, sambil2 boleh bantu bisnes bangsa sendiri.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen