Secara umumnya , perbezaan antara orang yang
menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi
sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang
mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong
oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri
dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan
sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah
dilakukan oleh pakar.
Statistik- Hasil daripada kajian yang telah
dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan
nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di
dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan
dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan
yang mewakili majoriti.
Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk
menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang
menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan
persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan
keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang
kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca
kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi
didalam kandungan.
P/S --> Cik ina adalah termasuk dalam golongan ini....
SUMBER : SINI
kita geng..mimi pun kidal gak.hehehe...:)
ReplyDeletela.. sama la kita... bila kita nak jumpa ni.. last jumpa masa pi cameron dulu jer
ReplyDelete