Tuesday, April 22, 2014

Tapai

Cik Ina terlihat gambar tapai ni kat FB my best friend, Puan Umi.. Tetiba teringin nak makan tapai.. Mak rajin buat tapai.. nnti kalau mak buat, blh makan.. kalau daun pisang banyak mak buat semua daun pisang tp kalau sikt daunnya, mak letak dalam plastik bulat comei tu je. Apapun tapai mak buat mmg sedap...


sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut       

Alang-alang dah post entry ni, kita tgk resepi dan cara nak buatnya plak kan... 

Tapai Pulut

bahan


1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara

1.  Tapis dan kukus pulut.
2.  Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air       
     sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
3.  Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn. 
     kacau biarkan seketika.
4.  Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk.... 
     tanda pulut masak.
5.  Sejukkan pulut...pastikan pulut betul sejuk sebelum langkah seterusnya.        nanti tapai jadi merah
6.  Hancurkan ragi dan ayak ragi dg penapis atas pulut. kacau rata.
7.  Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah atau isikan dlm bekas
     kecil.
8.  Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar
     atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup dan simpan dlm kotak.
     Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan....


PIC NI DARI GOOGLE

Tapai dari daun getah pun sedap juga... 
  Sumber RESEPI; Dapurmamasya

2 comments:

  1. yang akak tau tapai ni kalau orang yang buat datang bulan mesti merah...

    ReplyDelete
  2. @Farah Waheda Wahid
    tu la,,dia ada pantang larang juga..
    kalau org yang tegur pun kadang2 bg tapai tak jadi juga

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen