Thursday, January 31, 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku


Assalamualaikum.. 

Kali ni Cik ina nak MENYOKONG RAHMAD yang anjurkan satu GA ni .. 
Jomla kita join utk memeriahkan dan meramaikan rakan-rakan 
di alam maya ni. 

Klik bawah ni ye geng...
|
|
|
\/




Senang je kan.... Jom le kita join ramai-ramai. 
Tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2013..

*****************************************

Jom ramai-ramai follow cik ina

My Blog Giveaway by Qistina

Sejak kebelakangan ni cik ina berminat nak join segmen sbb nak tambah 
rakan blogger baru.
Jom kita join segmen anjuran QISTINA.  Syaratnya mudah jer.. 
Nak tau syaratnya seperti biasa klik banner ni

|
|
\/




Jom rakan blogger cik ina , kita join.. --->> Khuzaimah , Zuhayra , Shamira , Miz Rizhani ,
Ibu Salmi , Kathy

SHAE - "Sayang" Lirik dan Official Video

Ceritera tentang SHAE

Lirik Lagu Sayang Shae, Shae, lagu indonesia baru 2012

Isk,, selalu dengar lagu ni kat radio… Pagi petang mlm,, bila naik keta je,, mesti ada lagu ni punya la.. Bila dah lama dengar, rasa menarik la plak.. Tapi bila diamati liriknya, macam bukan lagu Malaysia. Ni terpaksa tanya anak sedaraku Miza sbb baru dngr lagu ni kat henset dia kelmarin... Sah la lagu ni lagi dari seberang.. nyanyian shae.. Rupanya anak sedara cik ina lagi advance dari cik ina.. haha.. Biasala depa ni pasai lagu je cepat. Yang Cik ina ni plak, orang dah hbs suka dgn suka lagu lain, Cik ina baru nak suka... Tapi apa pun janji happy kan...

Jom kita google nama shae yang sebenarnya... Ooo nama sebenarnya ADALAH Sheryl Gething. dan rupanya berketurunan Australia. Patut la muka dia ala-ala mat salleh gitu. Jangan tak tau, Shae ni juga pandai menari.. Tu pakej lengkap la kan utk retis ni

Jom kita tgk lirik nya… sambil nyanyi lagu SAYANG ni daripada album yg berjudul "the First" ni.


Lirik Lagu Sayang – Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu




SHAE - "Sayang" (Official Video)








Wednesday, January 30, 2013

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"


Bismillahhirrahmanirrohim.... 

Cik ina memang tunggu nak join segmen yang dianjurkan oleh Remy ni sebab semlm baca dia nak buat GA... dan masih panas lagi ni sbb je diannounce oleh Remy tadi.. dan akan tamat pada 28.2.2013. 
Jadi masih ada byk masa untuk kita semua cuba.. kot la bertuah blh dapat hadiah. Yang penting kita boleh berkenalan sesama blogger kan. 

Ok jom join. Klik banner kat bawah ni..

|
|
\/



Cik ina ucapkan Happy 2nd year Ohsem Anniversary to Remy....

***********************************************
Jom join ramai-ramai....

Pre-Birthday Giveaway


Assalamualaikum.. Kali ni Cik ina nak join satu lagi GA anjuran Nadrah Zulkifly sempena besdeynya yang akan menjelang tiba tak lama lagi.. Jomla kita join utk memeriahkan dan meramaikan rakan-rakan di alam maya ni.

Klik bawah ni ye geng...
|
|
|
\/

Oh ya,, hadiahnya menarik dan tertarik juga...  Jom kita baca apa yang bakal kita dapat (ceh perasan cik ina ni)


1. 1x Maxi dress leopard print untuk seorang Top Referral.
2. 2x necklaces untuk entri paling kreatif untuk dua pemenang.
3. 3x pieces of SAVEE facial mask untuk tiga pemenang by random.
4. 3x full body doodle untuk tiga pemenang by random.
5. 5x blog banners GIF untuk lima pemenang by random.
6. 5x mustache corner bookmark lima pemenang by random.


Menarik dan tertarikkan kengkawan. Lagi satu pengumuman tentang pemenang akan diumumkan pada 9.2.13 kul 9.00 pagi..

*********************************************************************************
Jom kita kita join ramai-ramai............

Lagi Cameron Highland Day 1


Satu hari b4 cuti, geng kat sekolah tanya cik ina, cuti 3 hari nak pi mana.. Cik ina jawab la.. Cameron Highland dan..terkejut semua orang yang dgr..(rasanya la) sebab cik ina nak pi Cameron highland lagi.. Depa kata bukan 26.12.2012 cik ina dah pi sana ker.. Nak tau apa jawapan cik ina.. jawapan sama seperti entry yang lepas, cik ina berapa kali ke sana pun tak pa..

 Cerita kisah ni bermula begini.. Pada suatu hari yang indah dan damai.. iaitu sebelum Maulidirrasul (23.1.13) …. Cik ina dan sahabat-sahabatku ke Cameron Highland (CH) untuk kali pertama tahun ni dan kali kedua tak sampai sebulan dari 26.12.12 yang lepas. Percutian kali ni memang best… sebabnya... Kali ni merupakan percutian pertama bersama rakan-rakan baik ke sini. B4 ni kami hanya jejak kaki ke Penang je… Walaupun Cik Farhana Kirana (FK) tak pi – huhuhu dlm hati tetap sedih tau, tapi kami jemput sorang lagi kawan Azimah iaitu Nurul untuk memeriahkan keadaan. Lagi satu nak bgtau, kami menginap kat tpt yang selesa, cantik dan yang penting paling berpatutan walaupun kena panjat bukit (drive dgn keta la) setiap kali nak balik ke bilik..

Destinasi pertama adalah MARDI tapi sebab ujan kami pi petik stobery dulu kat Opah Strawberries and farm.



Keterujaan melampau sebab cik ina tak pernah petik stoberi walau dah byk kali mai CH ni. Jadi posing byk cikit la no...

Rupanya macam2 ada jual kat sini cuma kami tak makan sbb kedai tu baru buka. Tambahan ujan lebat mencurah-curah plak. Antara jualan yang ada kat di sini ialah:

1)ais krim strawberi
2)ais krim malaysia strawberi
3)madu lebah
4)scone +butter & jem
5)muffin strawberi
6)pai strawberi
7)dadih strawberi
8)jus strawberi
9)topping paste strawberi
10)jem strawberi
11)buah strawberi segar. (boleh juga memetik sendiri di sini)
Pastu sbb pewot Nurul dah bergendang-gendang jadi kami p makan kat Food court Brinchang. Ramai orang sesangat dan harga blh tahan beb. 

Hujan masih renyai-renyai dan kami teruskan perjalanan dengan gigihnya ke BOH SUNGAI PALAS TEA CENTRE. Sangat membanggakan kerana Azimah dapat membawa kami ke puncak dengan jayanya.


Selepas selesai menikmati panorama dan kena secawan tea serta kek, kami bertolak pulang tapi ada sesuatu insiden yang tak diduga telah terjadi. 
 Nak tau apa, tgk entry ni. Setelah semua settle kami balik ke bilik menunaikan kewajipan serta bersiap utk ke pasar malam plak. 
Beli ckit-ckit je sebab hari tu dah beli byk sangat.
Siap beli durian dari orang asli 2 biji 5 hengget.

After makan kami pun tido. 
p/s : Tggu next entry utk acara seterusnya....


Tuesday, January 29, 2013

Tempat menarik kat Daerah Yan….

Tempat menarik kat Daerah Yan….

Tetiba Cik ina terfikir,, kat daerah cik ina dok ni,, ada ke tpt menarik.. Maybe bila sejak azali dok sini jadi, tpt menarik pun dah jadi tpt biasa je kot.. Apa lagi,, google ckit nak tgk kot ada tpt menarik yang baru.. Kot la ada tpt baru yang cik ina tak tau.. Kan asyik pi keje balik keje jer,, So,, cik ina tak update memori cik ina lagi…

Ha,, mari kita lihat SEJARAH daerah Yan yang digoogle tadi… Info ni dan lain-lain cik ina dapat dari lama web rasmi MAJLIS DAERAH YAN.
Info dari Majlis Daerah Yan,
Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.
Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan “ Sendayan” iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah “ Durian “. Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.
Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali “ Kampung Acheh “ jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.
Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah.


    Ni plak tempat-tempat menarik kat sini... Jom layan

    1. Gunung JErai Lambang kemegahan Kedah

    Melihat Gunung Jerai setinggi 1,217 meter dari jauh seolah-olah raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

     

    2. Air terjun /Rekreasi Titi Hayun
    Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Tertletak denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri.Selain itu kemudahan rekreasi untuk pengunjung seperti chalet, gerai makanan kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, tempat persalinan juga disediakan disamping panorama persekitaran yang menawan hati para pengunjung.
    Rekreasi Titi Hayun 




    3. Seri Perigi - Yan Kecil

    Terletak 5km dari Pekan Yan atau 35km dari Alor Star.Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di negeri kedah dengan ketinggian melebihi 100m.
    Kawasan batu dinding yang bertingkat amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar.

    4. Pantai Murni

    Terletak lebih kurang 500 m dari Pekan Yan  dari Guar kena kona kanan ... Ia dihubungkan dengan jalanraya yang selesa untuk para pengunjung. Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna.
    Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Bunting, Telor dan Songsang serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja.




    5. Pulau - Pulau
    Gugusan Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong. Daerah Yan yang terletak berhampiran pesisir pantai Selat Melaka mempunyai gugusan pulau-pulau yang menarik. Terdapat empat gugusan pulau iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Pulau-pulau ini mejadi tarikan pelancong yang gemarkan pada aktiviti laut, antara pulau yang sedang di bangunkan ialah Pulau Bunting dimana projek pembinaan Jambatan yang menghubungkan pulau tersebut . Ianya juga menjadi persinggahan nelayan-nelayan yang menangkap ikan.

    Anda boleh bersantai di Jambatan Pulau Bunting sambil memaning tau..



    6. Nira Nipah
    Daerah Yan mempunyai keunikanya tersendiri dimana perniagaan Nira Nipah segar secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung sekitar Kampung Sedaka dan Titi Bakong.Pengunjung yang berkunjung ke Daerah Yan berpeluang menikmati minuman Nira Nipah yang masih segar dan boleh minum santai di situ, melihat sendiri kawasannya, cara proses penduduk kampung menghasilkan Nira Nipah di area Sedaka.Anda blh refer blog ni for further info----->>LAdang Nipah Ismail Che KAr 

    Lokasi  : JKS 6, Jalan Kuala Sedaka, 06900 Yan Kedah DA  
    Coordinate: N5 52.174 E100 22.802




    Hehehe,, nasib baik kesemua tpt ni cik ina dah pernah pi,, jadi sesapa yang nak pi, blh la hired cik ina jadi pemandu pelancong ye… Cik ina kan suka jalan2 ni... Hehehe

    Monday, January 28, 2013

    Segmen : Jom Blogwalking

    Bismillahhirrahmanirrohim.... 


    Kali ni Cik ina nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Nabila Biela. Segmen ini akan tamat pada 10.2.2013. Jadi masih ada masa untuk kita semua cuba.. Mana la tau menang kerana hadiahnya memang sempoi, menarik dan tertarik la. 
    Selain itu kita kena follow semua peserta yang join. Jadi bolehla kita berkenalan sesama blogger kan. 

    Ok jom join. Klik banner kat bawah ni..

    |
    |
    \/

     Jom syasya kita join..


    Sunday, January 27, 2013

    Bantuan Awal Persekolahan 2013



    Mesti u olls hairan kenapa Cik ina post entry ni.. Sebab cik ina dah tentu tak de anak lagi untuk nak pi ambil wang tersebut. Adik pun dah besar panjang..

    Ni nak citer la... Sebabnya last week iaitu pada hari RAbu, 16.1.2013 Cik ina telah tulis cek utk my boss iaitu GB untuk tunaikan. Tujuannya adalah untuk beri wang RM100 kepada semua waris kat sekolah tempat cik ina mencari rezeki. So, meh kita layan kemeriahan acara ini... Zasssss




    Saturday, January 26, 2013

    Segmen : Saya Blogger Negeri .......

    Jom ramai-ramai kita join segmen Up Follower nie.

    Bila baca, bukan susah pon kita nak ikut syarat-syarat dia. Jom kita meramaikan follower sambil berkenalan sesama blogger.



    Assalamualaikum Pembuka Kata..

    Saya, Cik Ina..Saya ni blogger dari Kedah Negeri Jelapang Padi.. tapi spsbila dilihat secara keseluruhannya, sekarang sawah padi pun dah banyak kurang sebab apa yang terlihat sekarang dah byk buat rumah teres. Tapi tak pe, untuk keperluan penduduk setempat..

    Kita lupakan pasai tu dan sekarang saya nak citer pasai negeri kelahiranku ni.. iaitu NEGERI KEDAH. Kalau citer tempat menarik maybe semua dah tau kot.. Ada macam-macam tempat menarik macam muzium padi, muzium negeri kedah dan pelbagai lagi. Anda boleh google. Seperti semua blogger lain, Cik Ina nak bgtau jgk yang menarik kat tempat tinggal saya adalah Gunung Jerai yang berwajah baru. Ha,, kalau nak tau kenapa berwajah baru, jemput la ke sini. Gunung jerai terletak dalam daerah YAN. Byk juga tempat menarik di daerah ni..

    Kita pergi kepada tajuk utama Cik ina iaitu makanan yang selalu dicari oleh cik ina kalau ke Sungai Petani Selatan.. iaitu D'king Mee Banjir . Memang menjadi fav Cik Ina dan rakan2. Kalau ada kengkawan yang datang melawat pun Cik ina akan bawa ke sini. Cik ina ada buat entry tentang mee banjir ni. So, u olls blh ke entry ni --->> D'king Mee Banjir untuk melihat wajah-wajah dan keadaan kedainya yang menarik. Yang bestnya servis dia pun cepat.

    Tempat duduk dia pun banyak. Jadi, jgn risau kalau nak datang ramai. Rasanya dua bas pun blh muat la. Seat dia ada macam macam style. Nak duduk bersila, bawah pangkin buluh atau tpt makan biasa, kerusi batu kayu pun ada. So,, ikut anda, kat mana yang berkenan nak duduk...

    Menu dia plak selain mee udang, kuey teow udang ada ikan bakar jugak tapi dia ikut set. Ikan kita boleh pilih sendiri. Ikan tu yang kat depan kaunter bayaran tu. Dia ada set untuk 2, 4 dan 6 orang. Buat masak tiga rasa konfirm mesti sedap la. Kerang bakar pun ada tau.

    Kat sini kita blh order semangkuk besar mee udang or sepinggan. Tapi kalau ramai ahli makan, dicadangkan semangkuk besar tu, order untuk 2 orang makan, sbb setakat perut kecik macam i ni blh 3-4 orang makan. Kira jimat la ckit kan.
    Ada lagi makanan best kalau anda nak ke KUALA KEDAH  iaitu Gulai Ikan Termenung. Memang menarik selera anda semua la.. 




    Apa pun memang sedap bg pihak Cik ina.. Kalau tak percaya, mai la try sendiri...

    Cik Ina memilih rakan blogger ni ------> Cik Putih dan Raudzah
     


    Tuesday, January 22, 2013

    Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

    Bismillahirramanirrohimm...

     Sejak kebelakangan ni cik ina berminat nak join segmen sbb nak tambah 
    rakan blogger baru.
    Jom kita join segmen anjuran EMAS PUTIH.  Syaratnya mudah jer.. 
    Nak tau syaratnya seperti biasa klik banner ni

    |
    |
    \/




    Segmen Top Up by Blogger Emas Putih 


    Sempat lagi sbb tarikh tamat segmen ni 30 Jan 2013. So, cepatla geng...

    Monday, January 21, 2013

    GULAI IKAN TEMENUNG KUALA KEDAH

    Masa entry ni dibuat 20.1.2013, Cik ina ada tengok tv berita di tv9. Tajuk yang berkenaan makan , makan lagi kan  amat menarik perhatian cik ina. Kalau bab makan ni mesti laju je. Nak tau tajuk makanan apa pulak kali ni...Jeng jeng jeng

    Tajuk cerita kali ni adalah ------->>  GULAI IKAN TEMENUNG KUALA KEDAH.. Gulai ikan temenung ini dihidang bersama dengan nasi putih, sambal belacan serta ulam-ulaman. Jangan terkejut kalau Cik ina bgtau bahawa menu ini dimakan pada awal pagi. Diulang awal pagi tau.

    Orang Kedah panggil ikan temenung tapi orang kola lumpur panggil ikan kembong. Oleh sebab dah masuk berita maka mesti la best dan sedap.. Sayangnya cik ina tak pernah pi walaupun dekat juga dgn rumah tok cik ina dan juga sebab kedai ni buka awal pagi. Logik la sbb pelanggan adalah nelayan yang akan ke laut. .Mesti la makan makanan berat pada awal pagi tu. Tambahan pula, kawasan Kuala Kedah memang mudah dapat ikan fresh. Maka pagi ni cik ina pun google la tgk kat mana. Tu dia, kat Kuala Kedah terdapat lebih lima gerai menjual ikan temenung. Yang cik ina jumpa ada dua tempat. 

    Tahun ni 2017, Cik ina dah p kedai En Jamil... mmg cepat servis dan ramai orang...

    1. Gerai makan  Hamizah Hamzah - Sumber Utusan Online


    Ni Hamizah Hamzah tokei gerai 1st.. Sumber utusan online.
    Tempat makan yan pertama terletak di perkampungan Kota Nelayan, Kuala Kedah. Lokasi gerainya yang terletak di perkampungan Kota Nelayan, Kuala Kedah terletak beberapa meter sahaja dari jeti pelantar ikan Kuala Kedah dan itu memberi satu kelebihan buatnya kerana bekalan ikan temenung segar tidak pernah putus-putus.
    Kemanisan rasa ikan segar dan ditambah pula dengan rempah-ratus asli membuatkan gulai ikan temenung Hamizah atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Chaq’ membuatkan peminat gulai itu tidak pernah jemu mengunjungi gerai kecilnya. Pengunjung yang berkunjung ke gerainya ialah golongan nelayan dan kakitangan kerajaan di sekitar bandar raya Alor Setar. Kebanyakkan mereka selalu datang makan di sini dan sudah tahu membezakan rasa ikan temenung yang masih segar atau tidak. 

    Setiap hari kak Chaq ni dibuka kira-kira pukul 9 pagi. Selain gulai ikan temenung, turut disajikan ikan temenung yang digoreng panas, ayam goreng dan lain-lain bergantung kepada permintaan pelanggan.Harga ikan yang digoreng bergantung kepada saiz iaitu bermula dengan harga 80 sen seekor, manakala ikan temenung dimasak gulai dijual dengan harga RM1 seekor.

    2. Kedai Makan Haji Jamil Gulai Ikan Kembong Panas




    Tempat makan yang kedua adalah Kedai Makan Haji Jamil Gulai Ikan Kembong Panas. Kedainya pula terletak di depan kilang Bernas, Batas Paip Teluk Kechai.
    Anda akan lihat kedai ni belah kanan selepas anda masuk simpang kiri kalau dari Alor Setar..



    Km 8,Jalan Batas Paip, Telok Kechai, Kuala Kedah , Kedah Darul Aman Tel: 0194754206

    Seperti kedai kak chaq, kedai ni pun  pagi -pagi dah ramai orang. Sapa lambat jawabnya tak dan la (habis).Kebiasaannya orang kat sini akan ke ke kedai tu untuk breakfast nasi dgn gulai ikan kembong panas, maka nak habaq mai-- sapa lambat tak leh makan la.

    Apa pun persamaan dua kedai ni adalah sajiannya dihidangkan panas-panas dan ikan temenungnya yang fresh dari ladang ..opss dari jeti yang akan membuka selera kita pada masa tu. Meh kita tengok gambar yang cik ina copy dari seorang blogger ni.
     



    Amat menyelerakan kan.. DAh kecur akir liur cik ina ni.. Apa pun sesapa yang lalu kot sini, jom kita pi sana rasa tgk sedap ke tak.. 

    ****************************************************************
     p/s : Cik ina tak sabar nak pi.. Bila nak pi sana ni..

    Done... Cik ina dah p. Marveles korang tau...

    ****************

    My First Giveaway by Echa

     Sejak kebelakangan ni cik ina berminat nak join segmen. Seperti newbie lain tujuannya nak tambah 
    rakan sebab follower cik ina tak banyak... 
    Jom kita join segmen anjuran ECHA.  Syaratnya mudah jer.. 
    Nak tau syaratnya seperti biasa klik banner ni


    Harap kali ni Cik Ina bertuah dan dapat hadiah yang dirahsiakan.. Kalau tak menang pun tak pe tapi yang penting dapat kenai dengan bloger-bloger lain kan..

    *****************************************************************
    WISH ME LUCK ---------> AMIN
    ******************************************************************


    Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

    Bismillahirramanirrohimm...

     Sejak kebelakangan ni cik ina berminat nak join segmen sbb nak tambah 
    rakan sebab follower cik ina tak banyak... 
    Jom kita join segmen anjuran YAYA.  Syaratnya mudah jer.. 
    Nak tau syaratnya seperti biasa klik banner ni

    |

     | 

    \/


    So, jom kita memeriahkan suasana sambil berkenalan antara bloger-bloger. Cik Ina ni masih baru berjinak-jinak. Kalau sudi follow la...