Tuesday, January 29, 2013

Tempat menarik kat Daerah Yan….

Tempat menarik kat Daerah Yan….

Tetiba Cik ina terfikir,, kat daerah cik ina dok ni,, ada ke tpt menarik.. Maybe bila sejak azali dok sini jadi, tpt menarik pun dah jadi tpt biasa je kot.. Apa lagi,, google ckit nak tgk kot ada tpt menarik yang baru.. Kot la ada tpt baru yang cik ina tak tau.. Kan asyik pi keje balik keje jer,, So,, cik ina tak update memori cik ina lagi…

Ha,, mari kita lihat SEJARAH daerah Yan yang digoogle tadi… Info ni dan lain-lain cik ina dapat dari lama web rasmi MAJLIS DAERAH YAN.
Info dari Majlis Daerah Yan,
Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.
Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan “ Sendayan” iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah “ Durian “. Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.
Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali “ Kampung Acheh “ jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.
Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah.


    Ni plak tempat-tempat menarik kat sini... Jom layan

    1. Gunung JErai Lambang kemegahan Kedah

    Melihat Gunung Jerai setinggi 1,217 meter dari jauh seolah-olah raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

     

    2. Air terjun /Rekreasi Titi Hayun
    Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Tertletak denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri.Selain itu kemudahan rekreasi untuk pengunjung seperti chalet, gerai makanan kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, tempat persalinan juga disediakan disamping panorama persekitaran yang menawan hati para pengunjung.
    Rekreasi Titi Hayun 




    3. Seri Perigi - Yan Kecil

    Terletak 5km dari Pekan Yan atau 35km dari Alor Star.Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di negeri kedah dengan ketinggian melebihi 100m.
    Kawasan batu dinding yang bertingkat amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar.

    4. Pantai Murni

    Terletak lebih kurang 500 m dari Pekan Yan  dari Guar kena kona kanan ... Ia dihubungkan dengan jalanraya yang selesa untuk para pengunjung. Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna.
    Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Bunting, Telor dan Songsang serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja.




    5. Pulau - Pulau
    Gugusan Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong. Daerah Yan yang terletak berhampiran pesisir pantai Selat Melaka mempunyai gugusan pulau-pulau yang menarik. Terdapat empat gugusan pulau iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Pulau-pulau ini mejadi tarikan pelancong yang gemarkan pada aktiviti laut, antara pulau yang sedang di bangunkan ialah Pulau Bunting dimana projek pembinaan Jambatan yang menghubungkan pulau tersebut . Ianya juga menjadi persinggahan nelayan-nelayan yang menangkap ikan.

    Anda boleh bersantai di Jambatan Pulau Bunting sambil memaning tau..



    6. Nira Nipah
    Daerah Yan mempunyai keunikanya tersendiri dimana perniagaan Nira Nipah segar secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung sekitar Kampung Sedaka dan Titi Bakong.Pengunjung yang berkunjung ke Daerah Yan berpeluang menikmati minuman Nira Nipah yang masih segar dan boleh minum santai di situ, melihat sendiri kawasannya, cara proses penduduk kampung menghasilkan Nira Nipah di area Sedaka.Anda blh refer blog ni for further info----->>LAdang Nipah Ismail Che KAr 

    Lokasi  : JKS 6, Jalan Kuala Sedaka, 06900 Yan Kedah DA  
    Coordinate: N5 52.174 E100 22.802




    Hehehe,, nasib baik kesemua tpt ni cik ina dah pernah pi,, jadi sesapa yang nak pi, blh la hired cik ina jadi pemandu pelancong ye… Cik ina kan suka jalan2 ni... Hehehe

    1 comment:

    1. Moga suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana..

      ReplyDelete

    Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen