Monday, January 21, 2013

GULAI IKAN TEMENUNG KUALA KEDAH

Masa entry ni dibuat 20.1.2013, Cik ina ada tengok tv berita di tv9. Tajuk yang berkenaan makan , makan lagi kan  amat menarik perhatian cik ina. Kalau bab makan ni mesti laju je. Nak tau tajuk makanan apa pulak kali ni...Jeng jeng jeng

Tajuk cerita kali ni adalah ------->>  GULAI IKAN TEMENUNG KUALA KEDAH.. Gulai ikan temenung ini dihidang bersama dengan nasi putih, sambal belacan serta ulam-ulaman. Jangan terkejut kalau Cik ina bgtau bahawa menu ini dimakan pada awal pagi. Diulang awal pagi tau.

Orang Kedah panggil ikan temenung tapi orang kola lumpur panggil ikan kembong. Oleh sebab dah masuk berita maka mesti la best dan sedap.. Sayangnya cik ina tak pernah pi walaupun dekat juga dgn rumah tok cik ina dan juga sebab kedai ni buka awal pagi. Logik la sbb pelanggan adalah nelayan yang akan ke laut. .Mesti la makan makanan berat pada awal pagi tu. Tambahan pula, kawasan Kuala Kedah memang mudah dapat ikan fresh. Maka pagi ni cik ina pun google la tgk kat mana. Tu dia, kat Kuala Kedah terdapat lebih lima gerai menjual ikan temenung. Yang cik ina jumpa ada dua tempat. 

Tahun ni 2017, Cik ina dah p kedai En Jamil... mmg cepat servis dan ramai orang...

1. Gerai makan  Hamizah Hamzah - Sumber Utusan Online


Ni Hamizah Hamzah tokei gerai 1st.. Sumber utusan online.
Tempat makan yan pertama terletak di perkampungan Kota Nelayan, Kuala Kedah. Lokasi gerainya yang terletak di perkampungan Kota Nelayan, Kuala Kedah terletak beberapa meter sahaja dari jeti pelantar ikan Kuala Kedah dan itu memberi satu kelebihan buatnya kerana bekalan ikan temenung segar tidak pernah putus-putus.
Kemanisan rasa ikan segar dan ditambah pula dengan rempah-ratus asli membuatkan gulai ikan temenung Hamizah atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Chaq’ membuatkan peminat gulai itu tidak pernah jemu mengunjungi gerai kecilnya. Pengunjung yang berkunjung ke gerainya ialah golongan nelayan dan kakitangan kerajaan di sekitar bandar raya Alor Setar. Kebanyakkan mereka selalu datang makan di sini dan sudah tahu membezakan rasa ikan temenung yang masih segar atau tidak. 

Setiap hari kak Chaq ni dibuka kira-kira pukul 9 pagi. Selain gulai ikan temenung, turut disajikan ikan temenung yang digoreng panas, ayam goreng dan lain-lain bergantung kepada permintaan pelanggan.Harga ikan yang digoreng bergantung kepada saiz iaitu bermula dengan harga 80 sen seekor, manakala ikan temenung dimasak gulai dijual dengan harga RM1 seekor.

2. Kedai Makan Haji Jamil Gulai Ikan Kembong Panas




Tempat makan yang kedua adalah Kedai Makan Haji Jamil Gulai Ikan Kembong Panas. Kedainya pula terletak di depan kilang Bernas, Batas Paip Teluk Kechai.
Anda akan lihat kedai ni belah kanan selepas anda masuk simpang kiri kalau dari Alor Setar..



Km 8,Jalan Batas Paip, Telok Kechai, Kuala Kedah , Kedah Darul Aman Tel: 0194754206

Seperti kedai kak chaq, kedai ni pun  pagi -pagi dah ramai orang. Sapa lambat jawabnya tak dan la (habis).Kebiasaannya orang kat sini akan ke ke kedai tu untuk breakfast nasi dgn gulai ikan kembong panas, maka nak habaq mai-- sapa lambat tak leh makan la.

Apa pun persamaan dua kedai ni adalah sajiannya dihidangkan panas-panas dan ikan temenungnya yang fresh dari ladang ..opss dari jeti yang akan membuka selera kita pada masa tu. Meh kita tengok gambar yang cik ina copy dari seorang blogger ni.
 



Amat menyelerakan kan.. DAh kecur akir liur cik ina ni.. Apa pun sesapa yang lalu kot sini, jom kita pi sana rasa tgk sedap ke tak.. 

****************************************************************
 p/s : Cik ina tak sabar nak pi.. Bila nak pi sana ni..

Done... Cik ina dah p. Marveles korang tau...

****************

3 comments:

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen