Monday, December 2, 2013

Rombongan Sehari Jer.... Pasar KemBoja....

Assalamualaikum you ollss..

Walaupun dah lama tulis tapi lupa nak post entry ni... X pe,, walaupun begitu, semangat nk share tetap ada.. Ha, ha, mesti nak tau rombongan sehari cik ina ke mana... Rombongan ni dianjurkan oleh PUSPANITA LHDN caw Sungai Petani pada 27.9.2013. Walaupun x bekerja di sana tetapi cik ina dijemput oleh sahabat cik ina, Puan Zatul, untuk memenuhi ruang yang kosong disebabkan ahli -ahli ada masalah yang tak dapat dielakkan. Di sebabkan masa dah suntuk untuk mencari pengganti, cik ina dijemput, maka cik ina yang suka jejalan ni setuju je la...

Nak tau kami ke mana?? X la jauh sangat.. Sebelah Negeri Kedah jer, Parit Buntar.. Haaa.. Cer teka kalau area Parit Buntar tu, geng wanita ni akan ke mana.. Jawapannya tempat utamanya adalah Pasar Kemboja , Permatang Toh Mahat, Parit Buntar, Perak.
Sebenarnya Zatul cuma bgtau shopping kat Parit Buntar je.. So, cik ina tak amik port sangat pun.. Bila sampai baru tau kat Pasar Kemboja ni... Cik ina pun lagi bersemangat la.. sbb selama ni dok dengar je. Org cakap kat situ murah, dan barang pun ok. tapi x pernah p lagi.. So,, tup-tup hari ni tanpa disangka dah jejakkan kaki ke sini. Hehehe agak2 blh ke tgk saja...

Setelah turun daru bas kami pun menyusuri jalan yang tempatkan ramai penjaja. Satu jalan tu mmg penuh dgn penjaja dan kalau ada lorong pun, mesti penuh... Walaupun kat depat rumah orang. Oleh sebab keterujaannya.. cik ina x sempat snap gmbr byk2. So, Ada gambar dari cik ina dan ada setengahnya cik ina mintak kat pakcik google...



Rupanya setiap hari Isnin dan Jumaat je kawasan ni beroperasi. Jadi time tu kawasan di Permatang Tok Mahat ni memang sibuk.

Test tgk,, ok tak
ni tu dung terkini masa ni..



Selain dari lorong biasa, terdapat juga lorong yang dikhususkan untuk berniaga dan berbumbung. Memang mengujakan kepada sesiapa yang pertama kali pi mcm cik ina ni... Rasa semua nak beli tetapi memandangkan fulus yang kurang maka tak la beli apa pun.. ada satu dua barang je ... Lagipun x sampai sejam ronda, ujan turun dengan lebatnya... Kira selamat la duit cik ina kan.


Selepas kami hbs shopping ala kadar tu, kami bergerak ke KILANG JERUK MADU PAK ALI. Rasa x sabar nak tgk mcmmn jeruk tu di buat.. Nak tau mcm mana, tggu next entry... Sabar ekkk..

*************************************************

info terkini : pasar Bermula oktober 2013, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni. 

Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang. Blh baca kat sini 


info lagi baru... Berita yang baru saya terima beberapa hari lepas katanya hari jumaat dan isnin tak kan ada lagi pasar kemboja. pasar akan dibuka hari Sabtu sahaja sekarang...

Lawatan Penanda Aras ke JPN Terangganu -1

Assalamualaikum geng blogger sekalian..

Lama kita tak ketemu.. dan yang pasti dah lama cik ina tak update blog cik ina ni.. Pasti ramai yang merindui Cik ina kan.. (perasan sebentar walaupun x de sapa rindu kot). Ok ni cik ina dah muncul ni.. Jadi sesapa yang rindu tu pastu terubat rindu kan,, kan,,, Rindu kat blooger AyuJean.. Ayu ..rindu cik ina tak???

Seperti biasa, cik ina kan suka jejalan dan kali ni nak citer pasai lawatan penanda aras ni.. Masa dulu tak tau pun apa ni lawatan penanda aras ni sbb x pernah berkesempatan ikut.. Sekolah tpt cik ina kerja pun buat tp x dpt ikut sbb jadi penunggu pejabat yang setia... So, kali ni bila nama cik ina naik, cik ina pun tak lepaskan peluang keemasan ni sbb tambang free.. hehe yang tu sebabnya cuma kena byr penginapan je RM50.00. Kira ok la kan...

Atas bas.. silau la x leh celik sangat
Kami bertolak kul 10.00 malam pada hari selasa 26.11.13 dan tiba kat Tganu kul 5.00 pagi.. Setelah siap comei-comei kul 8.00 kami pun gerak ke Kuala Tganu dan sempat singgah kat Setiu utk breakfast. Agak2 menu apa pilihan cik ina.. Of course la nasi dagang sbb kat kedah payah nk jumpa kan...

Sebab nk try je x amik byk sangat.. ikan pun comel je

Selesai semua mengisi perut masing2, barulah boleh melawat dengan selesa kan... Pada pukul 10.00 pagi kami selamat tiba di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPN Tganu).

Kami disambut kat gate depan lagi. 

Dan bila kat depan pintu masuk, sekali lagi disambut staff sana dengan meriah sekali. Terharu sangat... 


Dan yang bestnya dapat makan lagi.. hehehe. Pihak JPN tganu ada menyediakan sedikit jamuan..
 Cer teka apa yang dihidangkan.... Jawapannya -----------> Nasi Dagang.. Agak2 cik ina makan tak....
Oleh kerana tadi makan ckit, maka Cik ina MAKAN LAGI. tapi Cik ina amik ckit je..

Selepas jamuan ringan tu, kami dibawa melawat Sektor-sektor yang ada di sini. Semua staff ramah sekali. 

Selepas melawat setiap sektor dan unit-unit, kami berkumpul semula untuk ucapan terima kasih dan pemberian cenderahati dari pihak PPKMY. Thanks JPN Tganu. Jemputla datang ke KEDAH pula ye.....
 


Bergambar kenangan dgn staff sana b4 balik
Selepas ni, kami bergerak ke Pantai Batu Buruk.. Nak tau xtvt selepas ni, nnti cik ina sambung next entry.... tunggu tau... 


Tuesday, September 24, 2013

Nasi Ayam PAk Mud Merbok

Erm.... sedapnya.. Apa yang sedap ye.. 

Jawapannya.....
Esok cik ina nak makan nasi ayam pak mud.. Ermm dah lama tak makan nasi ayam pak mud ni. Bila sebut je nasi ayam pak mud, orang sekitar merbok dan lembah bujang mesti tau kat mana.. Tambahan pula ianya cukup terkenal dikalangan staff dan student uitm.


Lokasi kedai ni adalah apabila dari sungai semeling tu, ada simpang empat tu, ambik kiri dan terus sampai jumpa simpang empat MRSM dan ambik kiri. Selepas melalui MRSM dan rmh kedai Taman Lembah Bujang Indah Fasa 5 tu, tak sampai 500m dan sebelum masjid anda toleh-toleh la ke kanan. Kedai ni ala2 rumah ckit.

Ni la rupa kedai nya... Belakang tu tpt makan fresh air

Kedai ni mula beroperasi pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00pm atau bila nasi ayam dah habis.. Kalau habis awal, maka tutup awal la. dan jawapannya esok mai lain ek..Kira limited edition la juga kan.

Jadi kesimpulannya, kalau nk makan sila la mai awai, kalu lamabat habis nnti habis da ... kalu mai dalam pukui 12 ke atas, kena beratur dan orang pun ramai.. Jadi sabar la ekk kalau tiba giliran anda nasi habis

Cik ina baru saja beberapa kali makan nasi ayam ni. Bila makan tu terasa nak makan lagi la kerana sambal hitam dia dan juga ayam itu sendiri yang terasa rempahnya. Maybe diperap lama.. kira lain ckit dari nasi ayam lain.

Ni dah kira nasi yang no 4 akhir.. Kira last dah la..

Cik ina pi sana makan dengan cikgu dan staf lain. Kami ke sana agak lewat dalam pulul 12 lebih. Tu pun kami call dulu tanya masih ada tak nasinya. Nasib kami baik kerana hari tu kira bertuah la juga. Apa tak nya..kami semua adalah pelanggan terakhir pada hari tu. Dan yang best memang ngam-ngan je dengan bilangan kami dengan nasi ayam tu. Alhamdulillah x kempunan kami semua.




Bismillah,, jemput makan

Alhamdulillah...
 Kita boleh pilih nak makan kat depan kedai, atau kat belakang kedai. Kat belakang kedai tu adalah dibawah pokok yang rimbun dan ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa..

Tu la pak mud..

Sunday, September 1, 2013

Tentang Phyto Science

PHYTO SCIENCE -------> sebuah syarikat yang dibina atas asas sistem e-dagang yang bersepadu lagi berdaya maju telah didirikan oleh sekumpulan para profesional yang berbakat lagi berpengalaman dalam industry Pemasaran dan mempunyai wawasan untuk menerokai pasaran global melalui penerapan pendekatan e-dagang.

PHYTO SCIENCE--------> percaya produk yang baik tidak mempunyai kos bumi, sama ada persekitaran atau rasa monetari. Kami sentiasa mencari untuk produk beretika, mesra alam untuk pelanggan-pelanggan kami. Sistem pemasaran PHYTO SCIENCE dengan menggunakan produk DOUBLE stemcell, kunci kepada kejayaan dengan menerajui gelombang pembaharuan tentang produk, DOUBLE stemcell adalah merupakan adaptogen dengan kebaikan yang tersendiri. Kandungan utama DOUBLE stemcell ialah PhytoCellTec™ Malus Domestica ( Apple Stem Cells) dan PhytoCellTec™ Solar Vitis ( Grape Stem Cells) yang digunakan sebagai adaptogen dengan keperluan yang tersendiri, seperti anti-penuaan, antioksidan dan sebagainya.

Sumber Sini

APAKAH PHYTO SCIENCE DOUBLE STEMCELL™?

Alhamdulillah.. Baru-baru ni cik ina diperkenalkan dengan satu produk yang sangat amazing... and dari Syarikat yang Superb...
Apakah ia,,,, jeng jeng... mari kita tgk....



APAKAH PHYTO SCIENCE DOUBLE STEMCELL™?
PHYTO SCIENCE DOUBLE stemcell merupakan kombinasi sel-sel tumbuhan daripada teknologi Swiss – PhytoCellTec™ MalusDomestica (sel stem Epal)dan PhytoCellTec™ Solar Vitis (sel stem anggur) diperkayakan dengan Acai Berry dan Blueberry untuk memelihara kulit anda dari dalam dan memberi hasil yang signifikan.
Double Stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh agar sentiasa cergas dan bertenaga. Ia amat sesuai untuk diamalkan oleh lelaki dan juga perempuan zaman sekarang.
Kelebihan Teknologi PhytoCellTec™
Satu teknologi inovatif  hasil kajian Mibelle Biochemistry menawarkan kelebihan yang seperti berikut:
  • Berkeupayaan menyemai  sel-sel tumbuhan daripada  bilangan yang jarang dan hampir pupus sementara juga mempelihara alam sekitar.
  • Adanya tersedia tumbuhan bahan mentah yang mencukupi,  bebas dari gangguan cuaca dan permintaan pasaran yang tinggi. 
  • Tumbuhan bahan mentah adalah bebas daripada pencemaran alam sekitar dan racun perosak.
  • Kepekatan yang berterusan daripada metabolit di dalam sel stem
TESTIMONI...





 

Tuesday, July 30, 2013

Keputusan Interview N27

Dari kelmarin (hari semlm tu org kedah sebut kelmarin) cik ina berdebar sangat sbb keputusan interview Penolong Pegawai Tadbir N27 akan keluar seperti yg tertera dalam surat panggilan temuduga. Cik ina takut nak check sbb takut nnti keputusan mengecewakan. kan ramai yang pohon dah interview. Tambahan plak perempuan,, ramai sangat masa hari interview tu.

Tadi jam 11.00 pagi cik ina pun bersemangt la buka web SPA ni... nak tau apa keputusannya... Mari kita lihat....



Haha,,, buat cik ina jantung cik ina keje lebih je tp tak leh tgk lagi.. Whatever pun kita tgk keputusannnya 1 ogos ni pula....


********************************************************************************
1 ogos 2013

UPDATE TERKINI SLPS TARIKH TERSEBUT.... 

Dukacitanya cik ina tak berjaya... 
Terasa sedih la jgk tp dah tak de rezeki.. next time kita cuba lagi...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Monday, July 29, 2013

Demam Candy Crush

 


Assalamualaikum...

Cik ina dah kena demam candy crush.. Oh,, tidak..Tu pun setelah kawan baik cik ina , Pn Normah telah menjarum cik ina try main beberapa bln yg lepas. Cik ina plak rekemen kat kengkawan lain pasai nnti senang nk mintak nyawa ...

Selepas tu kebanyakkannya kekawan cik ina sekarang ni semuanya turut terjangkit demam games 'Candy Crush' ni...Games ni kalau dah start main memang dah jadi berhantu buat semua orang. Pantang free jer terus sambar phone, terus main... selagi ada nyawa, selagi tu lah dok pulun sampai habis nyawa tu, tak boleh berhenti...Cuma berenti sat bila sampai level, tu pun sebab nak minta kawan-kawan unlock. Pastu bahagia rasanya bila dah lepas level sebab berjaya melakukannya...

Cik ina try la ajak junior cik ina main.. dia ckp nnti la. X install lagi... Tiba bila dia dah start main, terus komen, mmg berhatu,, x leh berenti...

Walau apapun, ingat kekawan semua, kerja lain kita nak kena buat juga ye. Harap jangan kita leka dengan penangan games berhantu ni...Nanti, satu kerja pun tak boleh siap nanti... Pesan kepada semua dan diri sendiri. Kalau bulan pose ni, tkrkan dari main game ni kepada tadarus al-Quran ke kan bagus. Kalau la cik ina juga boleh buat mcm tu,, ermmmmm

Rawatan SPA Yang Mengerikan

Jom kita baca tgk,, Cik ina copy dalam sumber Ceritanya agak menarik untuk dikongsikan..


SIPUT telah lama dikenali sebagai haiwan perosak yang boleh menjejaskan hasil tanaman. Namun, di sebalik reputasi haiwan itu, siput sebenarnya boleh menjadi rakan baik apabila bercakap mengenai antipenuaan.
Di Jepun, satu penemuan baharu yang melibatkan beberapa ekor siput hidup diletakkan di muka telah menjadi kaedah untuk rawatan kecantikan.

Lendir siput itu dikatakan membantu menaikkan seri wajah.
Ia membantu kulit mengekalkan kelembapan, melegakan keradangan dan menyingkirkan sel kulit mati.
Ketika menjalani rawatan selama 60 minit yang ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, muka para pelanggan wanita dibersihkan terlebih dahulu sebelum beberapa ekor siput diletakkan di pipi serta dahi mereka.
Haiwan-haiwan itu kemudian bergerak ke bahagian lain muka pelanggan.
Rawatan itu ditawarkan pada harga AS$110 (RM351.28) menerusi pakej rawatan kecantikan.
Sesi menggunakan siput itu melibatkan tempoh sehingga lima minit.
“Lendir siput boleh membantu sel-sel kulit menjalani pemulihan di muka.
“Justeru, kita mengharapkan siput ini dapat membantu menyembuhkan kulit yang rosak.
“Kami juga berminat dengan fakta bahawa siput mempunyai fungsi yang boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak disebabkan oleh sinaran ultraungu,” kata pengurus jualan di salun tersebut, Yoko Miniami.
Bekalan siput-siput tersebut diperoleh daripada penternak haiwan tersebut di Jepun.
Pihak salun itu membeli haiwan tersebut daripada penternak siput organik.
Para kakitangan salun itu juga memastikan siput tersebut dibersihkan terlebih dahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum diletakkan di atas muka pelanggan.
Seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai Sayaka Ito berkata, dia berasa seperti bersantai semasa menjalani rawatan kecantikan itu.
“Anda boleh berasa siput-siput itu bergerak di muka.
“Muka saya kemudian terasa lembap,” katanya yang juga menyatakan dia hampir tertidur semasa menjalani rawatan tersebut.
SUMBER : SINI

Bulan Di Tutup Awan

Cik ina amat tertarik lagu ni setelah dinyanyikan semula oleh Yuna.






Bulan Ditutup Awan   

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Setelah mendengarkan lagu ni..
Maka dng pantas nya cik ina berminat nak tau siapa penyanyi asal lagu ni... Terus tanya pakcik google dan ini dia hasilnya...

Mari kita layan lagu asalnya plak...



SUMBER : YOUTUBE

Thursday, July 11, 2013

Hobi Baru...

Sejak akhir ni cik ina selalu mendapat cenderahati pelbagai jenis fridge magnet (fm) daripada rakan-rakansekerja. Lagi satu, salah seorang rakan sekerja cik ina tu mmg hobinya mengumpul FM ni.. Maka Cik ina tanpa disedari berminat la pula mengumpul fm ni. 

Sebelum ini jika melancong ke mana-mana, cik ina hanya membeli cenderahati yang berupa key chain je, tapi sekarang cik ina akan usha FM dulu jika ke mana-mana. Sehinggakan kalau ada rakan cik ina yang bertanya nak cenderahati apa, maka FM jawapannya.  Memandangkan minat ni baru je bercambah, maka koleksi fm cik ina tak sebanyak mana pun. Nnti kalau ada kelapangan cik ina tunjukkan ekk..

 Hari ini nak berkongsi FM dari Hong Kong dan shenzen. Thanks member cik ina yg belikan utk cik ina.. Amat dihargai...


 Jadi, kalau ada rakan-rakan atau rakan blogger nak bagi hadiah apa2 selain hadiah tu, FM pun nak juga.. TAMAK kan cik ina...

Monday, July 8, 2013

EXAM KPSL n27


Tanggal 28-30 lepas, Cik ina telah menduduki peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) utk N27. Sebenarnya Cik ina dah lama register. Bln 3 dulu Cik ina dah register. Kiranya sebelum Cik ina p interview N27. Tarikh last pendaftaran utk exam ni 26.4.13 yang lepas. 

Mesti semua hairan,, interview dulu baru exam.. Yang sebenarnya interview tu Cik ina dah isi SPA guna Diploma.. So,, try je yang mana satu,,tolong doakan cik ina ada rezki salah satu ni ye... amin..

Soalan dia kira ok la jgk.. Cuma paper 3 undang2 umum je yangcik ina rasa sukar,, nk tau sebabnya.. Baca hingga habis..

Nak tgk soklan dia tak,, tgk cover dulu la,,, nnti cik ina post soklan dia plak. 

debaran nk menjawab

 Suasana menunggu kertas soklan...

tgk cover dulu ekk

cik ina dgn my friend.. 

lagi sorang

Untuk paper hari ke3, Cik ina terkurang buku utk paper undang-undang umum.. confirm kena amik lain.. 

ni la buku yang cik ina guna.. Orang lain guna buku lain...
tak cukup jilid,, huhuhuhu

**************************************************************************


Sunday, July 7, 2013

Buah Pulasan

Kepada sesiapa yang ada pokok pulasan mesti rasa entry ini biasa jer.. tapi bagi cik ina rasa cukup teruja kerana dapat makan buah pulasan buat pertama kalinya.. Sebetulnya mmg cik ina rasa nak makan tapi tak mencari pun.. Tup tup hari ni buah ni ada depan mata.. Apa lagi,, bedal la kan. 

Hari ni ada kenduri besdey anak cikgu kat 
sekolah maka ada cikgu lain turut membawa buah-buahan untuk cuci mulut.. Apabila ternampak seplastik buah pulasan ni, maka cik ina pun amik satu ranting kecik nak rasa...



Dalam hati, ooo begini rupanya rasa buah pulasan..

* Nama saja orang kampung tapi tak pernah rasa buah pulasan,, cian kan...

SEGMEN 2 IN 1 BY HANIS MASTURINA

Jom join GA ....


Kalu u olls nk join click SINI


15 PEMENANG DICARI!!!


Tarikh Tamat: 20 Julai 2013
 Blogwalking: 

Tuesday, June 18, 2013

Unexpected server error

Salam semua.. dah lama cik ina tak update apa-apa.. Entah kenapa rasa tak de mood.. Cuma mood sekarang tengah bengang dgn phone kesayangan ni.. Tetiba je ada prob plak

Citer dia mcm ni....Pagi ni semasa cik ina on phone, tetiba je ada tulis unexpected server error kat handphone sedangkan cik ina tak tekan apa pun. Semlman cik ina off henset tau.. Dah pi cari kat setting semua tapi tak jumpa plak apa masalahnya.. huhuhu 5 min sekali keluar benda alah ni.. tension la plak....

Ada sesapa tau tak mcm mana nak buang benda alah ni.. mengganggu la...

Wednesday, June 5, 2013

PI TANGKAP KETAM ???

Pada suatu hari yang dipenuhi dengan poster-poster pilihanraya yang bertarikh 4.5.13, adik cik ina ajak cik ina ikut dia pi tangkap ketam. Acara ni anjuran kawan sekerja adik cik ina  yang tinggal di kawasan sg limau yang berdekatan dengan yan.. Thanks to kawan adik cik ina,, Dia mmg teror.. Nk tau terror mcm mana,, teruskan membaca.

Oleh kerana keterujaan nk tau mcm mana orang tangkap ketam, maka cik ina pun ikut la adik. Letih cik ina p kelantan pun tak hbs lagi.. So... bersiap ala kadar n go...


Setelah sampai di kuala sg limau, alamak oii,, jalan yg nak ke tempat tu pun dah cukup ,mencabar.. Ala. tggu apa lagi. redah jer la..



 Ni la lubang ketam tu,,, besar tu maksud dia besar la tema kat dalam tu...



Ni la otai yg terror tangkul ketam tu.. Dia masuk besi tu pun, dah tau ketam tu besar ke kecik.

 Alhamdulillah,, dapat juga la lebih kurang 14 ekor.. yang besar je,, yg kecik tak ambik


Ni la hasilnya,,, dah hbs berlemuih.. org kedah kata...