Monday, July 29, 2013

Rawatan SPA Yang Mengerikan

Jom kita baca tgk,, Cik ina copy dalam sumber Ceritanya agak menarik untuk dikongsikan..


SIPUT telah lama dikenali sebagai haiwan perosak yang boleh menjejaskan hasil tanaman. Namun, di sebalik reputasi haiwan itu, siput sebenarnya boleh menjadi rakan baik apabila bercakap mengenai antipenuaan.
Di Jepun, satu penemuan baharu yang melibatkan beberapa ekor siput hidup diletakkan di muka telah menjadi kaedah untuk rawatan kecantikan.

Lendir siput itu dikatakan membantu menaikkan seri wajah.
Ia membantu kulit mengekalkan kelembapan, melegakan keradangan dan menyingkirkan sel kulit mati.
Ketika menjalani rawatan selama 60 minit yang ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, muka para pelanggan wanita dibersihkan terlebih dahulu sebelum beberapa ekor siput diletakkan di pipi serta dahi mereka.
Haiwan-haiwan itu kemudian bergerak ke bahagian lain muka pelanggan.
Rawatan itu ditawarkan pada harga AS$110 (RM351.28) menerusi pakej rawatan kecantikan.
Sesi menggunakan siput itu melibatkan tempoh sehingga lima minit.
“Lendir siput boleh membantu sel-sel kulit menjalani pemulihan di muka.
“Justeru, kita mengharapkan siput ini dapat membantu menyembuhkan kulit yang rosak.
“Kami juga berminat dengan fakta bahawa siput mempunyai fungsi yang boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak disebabkan oleh sinaran ultraungu,” kata pengurus jualan di salun tersebut, Yoko Miniami.
Bekalan siput-siput tersebut diperoleh daripada penternak haiwan tersebut di Jepun.
Pihak salun itu membeli haiwan tersebut daripada penternak siput organik.
Para kakitangan salun itu juga memastikan siput tersebut dibersihkan terlebih dahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum diletakkan di atas muka pelanggan.
Seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai Sayaka Ito berkata, dia berasa seperti bersantai semasa menjalani rawatan kecantikan itu.
“Anda boleh berasa siput-siput itu bergerak di muka.
“Muka saya kemudian terasa lembap,” katanya yang juga menyatakan dia hampir tertidur semasa menjalani rawatan tersebut.
SUMBER : SINI

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen