Thursday, June 28, 2012

Program MEsra Guru dan Komuniti PKG Bujang

Hari ni Cik Ina dah habis keletihan. Apa tak nya. PAgi ada taklimat PT dengan PPD kmy. Pastu petang ada acara bola jaring. Maka., letih menjadi penyokong bola jaring. Ini kerana sekolah tpt Cik ina kerja ada menyertai pertandingan bola jaring bersempena Program Mesra Guru dan Komuniti. Apa tu yer.. Ini bermaksud program ni untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru dan komuniti di sekolah. Jadi sesiapa yang kerja di sekolah macam cik ina ni boleh join.

Dan rasanya tak terkecuali juga mak cik yang kerja bahagian pembersihan di sekolah ini walaupun telah diswastakan. Betul tak. Sambung balik.... Cik Ina diletakkan di bangku simpanan tanpa kerelaan Cik Ina. Ini kerana Cik Ina tau bahawasanya Cik Ina tak pandai main. Buat malu jer kan kalau main tapi tak pandai sambut bola dengan cekapnya ..


Untuk memeriahkan keadaan yang sedia meriah, cik ina beli baju yang ditempah khas untuk pemain. Kena beli ni sbb limited edition tu. Pink lagi.. nmpak ayu tak cik ina. Boleh guna baju tu main bowling. Oh ya,, for your info, ada lagi satu pertandingan iaitu bowling. Yang ni Cik ina awai lagi bagi nama dengan bersemangatnya walau main tak tera mana.

PAda hari pertandingan iaitu pada hari ahad lps, kami warga SKMP dengan bersemangat turun ke padang sekolah menengah Merbok. Meh kita layan pic ni....







p/s : keputusannya dalam perundingan sbb ada kontroversi tp yang pasti kami menang.. hahahaha

Wednesday, June 27, 2012

Baju Raya 2012


Seperti semua sudah maklum, puasa akan menjelang tak lama lagi. Maka, Cik ina dengan penuh kegembiraan menanti bulan yang mulia itu. Tidak ketinggalan juga fikiranku ini terfikir baju raya yang akan dibeli. Nak beli kain ker nak beli yang telah siap.

Tetiba Sarah , my opismate ajak join beli kain cotton online. Setelah pilih punya pilih, maka cik ina decide nak beli kain yang satu tu. Jangan tak caya, pink color lagi. Setelah Sarah order dan bank in duit, maka 3 hari selepas tu sampai la kain kami. Harga offer iaitu RM 60.00

Nak tengok ker kain tu,,,
Taaa daaaaa .. sila lihat dibawah. Cantik tak.. but,, until now still mcm tu lagi. Tak tempah lagi. Rasanya kena gunting sendiri walalupun tak pandai sbb tak de sapa nak ambik upah dah,...


P/S = dah beli ke baju raya.. (posa pun tak lagi tp cik ina dah sibuk tanya  pasai beli baju raya..)

Tuesday, June 26, 2012

Zikir Harian


Hari ni Cik ina berkesempatan buka personal email. Bila melihat tajuk email tu,,Cik Ina rasa ianya bagus untuk kita share.
Marilah kita sama-sama amalkan...



P/S : Jom KITA share sama-sama.

Monday, June 25, 2012

Tentang Seseorang 1


Ni kisah berikutan dari entry tahun lps ... blh tgk kat sini. Cik ina nak share jer.. Saja suka-suka..
Imbas nostalgia lama dgn exroomate, aan....


Tentang sesorang...... by Rangga..



Lagu Fav : Smooth


Cik ina sangat suka lagu ni. B4 this tak tau lagu apa dan siapa yang nyayi tapi setelah tau,,,
Cik ina nak share untuk kita sama-sama dengar..

Ni la lagu fav cik ina. Setelah sekian lama cari tajuk akhirnya baru jumpa,..

Tajuk : Smooth
By      : Santana (feat Rob Thomas)

 Meh kita  dengar lagu ni.....




















Yang ni  By :Santana



















Smooth

Man it's a hot one
Like seven inches from the midday sun
I hear you whisper & the words melt everyone
But you stay so cool
My munequita, my Spanish harlem mona lisa
Your my reason for reason
The step in my groove

BRIDGE:
And if you say this life ain't good enough
I would give my world to lift you up
I could change my life to better suit your mood
Cause you're so smooth

CHORUS:
And just like the ocean under the moon
Well that's the same emotion that I get from you
You got the kind of lovin that can be so smooth
Gimme your heart, make it real
Or else forget about it

I'll tell you one thing
If you would leave it would be a crying shame
In every breath and every word I hear your name calling me out
Out from the barrio, you hear my rhythm from your radio
You feel the turning of the world so soft and slow
Turning you round and round

Well, go forget about it....

Give me your heart, make it real, or else forget about it




CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Sebenarnya tajuk ini amat menarik minat cik ina. Tadi tengah mencari info mengenai cara nk kempiskan perut, tetiba jumpa cara ni yang agak senang diamalkan. Jadi cik ina terfikir, why not kita share. Marilah kita sama-sama amalkan supaya menjadi lebih sihat dan ramping. Yakin boleh

 

7 CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT


1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.



5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!
 

Pantai Tanpa Laut

Subhanallah! Pantai Tanpa Laut

Cik ina amat tertarik dengan cerita ini. Maka cik ina nak share untuk pengetahuan kita bersama. Mari kita baca selanjutnya cerita yang cik ina copy ini

Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut.
Subhanallah! Pantai Tanpa Laut  | Selama ini kita hanya dapat mendengar, jika ada pantai, tentu ada lautnya. Namun ini yang berlaku sebaliknya. Terdapat sebuah lokasi tetapi bukan di Malaysia yang mana terdapat pantai yang ia tidak mempunyai air laut seluas yang biasa kita lihat. 





Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut! Terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.








Sumber : di sini
dan di sini 

Solat Sambil Dukung Bayi

Cik ina ada mendapat email dari seorang rakan dan berminat untuk share, untuk pengetahuan kita bersama.
Kepada yang dah tau tu sila tegur kalau ada kesalahan dan kalau yang belum tau, mari kita tambahkan ilmu pengetahuan kita.


Khusus untuk mereka yang mempunyai tanggungan berupa si anak kecil..
Pasti ada yang mempunyai kesukaran bilamana terdapat anak2 ini yang kerap menangis bila ditinggalkan..
Sehingga seolah-olahnya, ada yang berasa bermasalah untuk melakukan solat..

Berikut adalah solusinya..
Alangkah indahnya Islam ~ 
Memberikan kemudahan yang dibolehkan Syarak buat ibu/bapa/penjaga sekalian..

p/s: Sesungguhnya Islam itu mudah,
maka jangan terlalu ambil mudah sehingga tidak menunaikan solat itu sendiri ye..

Sila share dengan yang lain untuk pengetahuan sekalian






Tuesday, June 19, 2012

Ronda-ronda Chawrasta Market (part1)


Cerita ni bersambung dengan entry Selamat Pengantin Baru Yani..... Bagi yang suka jejalan,, mesti suka baca tp yg tak suka jejalan.... baca pi la kot la termelawat sini kan...

Marilah kita ikuti sambungannya.. Selepas selesai menjamu selera kat kenduri Yani kat Auto City, Cik ina pun decide dgn Sinar nak ke Pulau Pinang. Blh jgk beli perfume Cik ina. Sebab stok yang ada dah hbs....  

Untuk pengetahuan semua, cik ina ada jual perfume tanpa alchohol yang versi pekat kepada regular customer cik ina. Nak tajuk apa mesti ada cuma sejak dok kat kedah ni,, jarang pi ambik stok.

Setelah beli perfume berbotol-botol, Cik ina teruskan perjalanan. Niat dihati nak balik terus tp setelah melalui Chowrasta, rasa nak singgah sebentar. Lagipun, seingat Cik ina, kali terakhir cik ina mai sini rasanya 10 tahun lps. Tu pun masa practical sebab nak cari baju Konvo.Cik ina kata kat sinar, kalau ada parking kita singgah dan doa cik ina dimakbulkan setelah nampak sebuah kereta keluar dari kawasan parking. 

Maka kami pun berjalan menuju ke Market Chowrasta dengan ayu dan sopan  (sebab pakai baju kurung). Untuk pengetahuan semua, lokasi Chowrasta ni terletak berdekatan dgn KOMTAR dan Prangin Mall. Kiranya sesiapa yang tak pernah mai sini, cari jalan ke KOMTAR jer.. anda akan sampai ke sini. Jangan risau sebab senang jer.
Blh tgk google map kat bawah jg.....

 Chowrasta Market Location Map



Baru nak mula perjalanan, cik ina kena berhenti sat. Tgk kat bawah sampai kena duduk la kan. Sebabnya kerana tali kasut terkeluar.


Oleh kerana cuaca agak panas, maka kami decide nak membasahi tekak dulu. Dengan tida membuang masa kami mencari gerai yang menarik minat kami... dan terpandang la h satu gerai ni. Tgk macam best jer dan kami pun duduk. 


Cik ina tanya mak cik sebelah yang dah hbs menikmati makanannya. Maka bertanyalah cik ina 'Apa yang best kat sini makcik... ' Mak cik tu jawab... 'ais tingkap pun ok jgk'. Jadi cik ina pun order sambil tgk menu kat dinding tu..


Ni la rupa ais tingkap tu... rasa lain dari yang lain. Kat kedah rasanya tak de lagi kot....


Setelah itu, kami berjalan lagi...
Ternampak plak satu kedai.. Agak-agak kedai apa.. Kedai apa lagi,, kedai jeruk la.


Sinar pun beli la ckit jeruk untuk dibawa balik. Cik ina tengok jer. Waktu snap ni tetiba muncul plak mereka ini. APa pun,, layan jer la...


Setelah penat pusing sana sini... kami pun berjalan ke parking sambil memikirkan next destination...
Agak2 kemana kami selepas ini.. hahahaha.. wait for the next enty...................................................

For further info mengenai Chowrasta or more pic, anda blh view di siniiii

Kita Selalu Buat Mase Kecik dulu ...

Tetiba Cik ina tertarik dengan satu email dari my collegue kat texchem. 
So, Cik ina rasa nak share kat sini. Sumber yang rakan cik ina ambik plak tak diketahui. Jadi cik ina copy jer la sebab tertarik dan menarik dan satu lagi rahsia... cik ina pun pernah  buat perkara begini.. hahahaha..

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


 

2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

 



3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
 
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali. (yang ni, cik ina tak pernah buat)

5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli
kat mak bapak.
 
6. Lukis burung guna huruf M atau V
 
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.. hahaha yang ni selalu buat
 
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->
 
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.  hehehehe,,, betoiii


 
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah. keje sekolah selalu siap..
 
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
 
12. Main game Pacman atau Mario
      yang tu je ada masa tu
 
13. Main lubang tikus
 
14. Mintak biodata kawan2
 
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
 
16. Buat jet kertas
 


 
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
      cik ina tgk mero attack... ciaki

18. Lawan pemadam
 
19. Penggal/Tuju selipar
      3 selipar combinekan.. tuju dgn bola...
 
20. Main bubble wrap
 

cik ina paling suka sampai sekarang....

21. Minum air panas dlm piring
 



Mesti semua tgh tersenyum sbb terkenang2 mase tgh bace post ni kan?hehe

sama la kita...... 

Saturday, June 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Yani

Assalamualaikum....

Cik ina amat berbesar hati kerana mendapat jemputan ke perkahwinan Dhiya Iryani yang sesama keje kat Kilang Texchem dulu. Thanks yani sbb ingat lagi kat akak dan sudi jemput akak... Demi jemputan tu, akak gagahi jua dan peneman setia akak tentulah cik sinar kita. Cik ina paksa cik sinar balik dari kampung dia awai ckit. 


Kenduri yani ni diadakan kat Auto City. Jadi senang la cik ina nak pi sbb rmh yani cik ina tak tau. Yg tau area alma jer tp tak pernah ke sana. So… bila dah buat kat Concept Hall, kat auto city senang la nk ke sana. maklumla,, kan auto city tpt kenangan... tempat mencari rezki...

Bila sampai cik ina call yana. Saja cari teman. Segan jgk kalau tak kenai org masa kat sana.





Kebetulan yana dah sampai dgn suaminya… joe. 
Cik ina cari anak yana tp tak bawa. Kempunan cik ina nak tgk anak yana.
Bila sampai tu.. pengantin baru turun keta. Jadi cik ina tak nak kacau mak ayah yani so.. cik ina pi makan dulu. 




Kebetulan meja yana makan ada kosong. So.. cik ina dgn sinar makan kat situ.
Menunya adalah kegemaran Cik ina. Cer teka apa… dlm entry b4 this cik ina mention pasal nasi tomato ayam berempah kan. So, menunya adalah, nasi tomato, ayam rempah, gulai dalca dan ulam.  Yang tak de Cuma masak cabai jer… mmg sedap la.. sinar pun kata sedap.

Selepas makan kami lihat pengantin sedang menjamu selera. So, kami tak nak kacau pengantin. Jadi cik ina snap pic yani jer la. Sedih jgk sebab tak sempat bergambar dgn pengantin.. huhuhu. Tp tak per sempat bergambar dgn yana.



Selepas dah selesai,, cik ina dgn sinar beredar dari situ... sambil berfikir ke mana nak dituju selepas ini.

nak tau ke mana?? tggu next entry...

Sepupu Eksiden

Salam semua,,,,,,,,,,,,,,

Bertemu kembali kita pasa kali ini. Kali ni berita sedih ckit sbb cik ina baru mendapat tau dari Cu cik ina kata sepupu cik ina iaitu Najmi Eksiden.... 
2 hari selepas meklum perkara tersebut, cik ina berpeluang melawatnya kat Hospital Metro. 

Beginilah keadaannya,,, tangannya ada ckit dimasukkan besi...






apa pun cik ina bersyukur kerana tiada kecederaan yang teruk... cuma masuk besi ckit saja kat tangan kanan.

Tengok tu.. sempat lagi Najmi main game.....

Aira Dah 10 bulan

Baru-baru ni masa sambutan 100 tahun sekolah cik ina, cik ina dgn mak kena jaga aira buat kali ke 3 setelah pengasuh tak de. Dulu anak pengasuh masuk wad tp sekarang pengasuhnya tu tak nak jaga. 

Maka kami la jaga. Kali ni penat ckit sebab aira ni dah pandai merangkak. Adoi,, pantang lepa,, mesti dah ada kat ujung.
2 bulan lps masa kami jaga. baru blh meniarap. 
Jadi kira ok lagi la.

aira masa 3 bulan

masa ni bulan 2.. so aira masa ni 6 bln

Bila aira nak balik tgk tok, wan dgn ateh dia niii???


hajat termakbul kerana baru tadi aira dgn papa n mama dia sampai... makin lincah sampai penat cik ina...


Bawal goreng panas Juru - Kempunan nak makan

Assalamualaikum....

Kali ni tajuk panjang ckit. Maklum la td plan cik ina nak p makan bawai goreng panas kat juru bersama rakan TXPO especially bersama myra tak kesampaian... Dah pakat mggu lps tp tak jadi. nak wat camner kan. Bak kata pepatah. Ada aral melintang di pihak cik ina .. huhuhu. Sedih sangat.

Kepada pembaca yang tak tau kat mana tpt yg menjadi keteringinan cik ina ni.. lokasinya senang sahaja... For u olss info, kedai ni mmg famous kat area prai ni. Ada 2 kedai sebenarnya yg menyajikan bawai goreng panas ni.. satu kat hujung jalan belakang kilang Molex, tp cik ina prefer yg ni.

Kedai ni terletak berdekatan dgn Pekan juru. 
Kalau anda dari auto city, anda dikehendaki menuju ke arah juru. Apabila melalui petronas belah kanan, maka anda semakin hampir dlm 400 meter sahaja. Kedai ni terletak bertentangan dgn restoran makanan cina. Kira kalau dari Auto City, kiri akan nmpk restoren makanan cina yang dibuka pada malam dan setentang tu ada akan nmpk orang yg ramai. Kat situla kedai tu. 

Senang je kan... kalau dari juru, anda akan nmpk melalui deretan kedai dan selepas itu anda akan nmpk simpang yang mcm huruf Y dan terdapat kedai makan. Ada tertulis kat situ.. Jalan Tok Kangar... Kira dah sampai la tu...

Sambung balik memori....
Tetiba terimbau kenangan bersama mereka.. dari keje bersama sampai dah tak keje pun still kami makan sesama.... kalau cik ina berkesempatan ke sana.. tak susah kerana cik ina cuti jumaat dan mereka masih bekerja. Jadi hari jumaat adalah hari yg paling sesuai.... Harap jumaat depan blh jumpa.

Layan pic cik ina .. dan ada yang cik ina copy dari 
kongsiminat ni. thanks to the owner sbb ada snap pic yg cik ina tak pernah sempat nak snap sbb bila sampai dah terus beratur nk mkn.

Walaupun kelihatan menu kat atas tu sempoi tp kesedapan bila makan panas2 tu mmg best. Tambah sedap bila letak dua sudu cili kicap yang color itam tu ke atas ikan bawai tu... serta dimakan panas-panas bersama nasi dan gulai.. serta ulam-ulaman. Perghhh tak panggung kepala.

Dulu cik ina tak hbs seekor pun bawai. Dah diasuh seekor makan satu family kan. Tp sejak berkunjung ke sini,, seekor bawai mesti sorang satu.  
Lokasi tpt makan ada 2, satu tpt makan sekali dgn tpt mengambil lauk pauk. Dan yg ke2 tu - open air iaitu kat bawah pokok kelapa sawit, yang seperti gambar kat atas. Kiranya, open air tu bersama angin sepoi-sepoi... Dont worry. tak panas sangat..

Kalau ramai orang, khemah tu tak cukup la.. tp meja still cukup. Jangan risau.. Kalau tak cukup meja pun anda blh tggu sat sementara orang lain hbs makan...

Ni la ikan yang sedang digoreng..
Lihatla.. kuali panas yang sedang goreng ikan bawal. Kena beratur nak ambik ikan ni panas dari kuali kalau orang tersangat ramai. Kat belakang tu beratur nak bayar.

kat bawah ni baru picture dari cik ina
Dah licin.. yummy
Oppss.. tu la kan.. Cik ina baru tersedar.. begitu banyak kali kunjungan ke kedai bawal goreng panas ni,, satu kali pun tak pernah snap picture,,, rasanya this is the only that we are taking this pic .. b4 this rasanya just go and eat sahaja,, oh,, sedih...

Jadi,, kesimpulannya,, mmg sedap sehinggakan cik ina teringat-ingat nak pi ni.. cuma tak de kesempatan dan kekurang bajet jer.. Kepada sesiapa yang ada area sana waktu lunch time,, silakan la cuba try test tgk.

Musim Durian Tiba Lagi

Assalamualaikum...




Sekarang tiba musim durian lagi. Maka semua orang teruja nak makan durian. Cik ina pun suka. Serapa ulas pun hamtam saja. Panas ke sejuk ke tolak ke tepi.  Punya suka durian sampai mcm tu sekali kan. 
Pada hari ni abah cik ina tak sihat. Tak tau pasai apa lps balik dari solat jumaat abah muntah dan pening. So cik ina dgn mak la yg kena pi sana kutip durian dibantu oleh rakyat-rakyat yg nak mengekor. Tak pe.. depa tolong kutip sama... 


tengok,, betapa sukanya mereka...














The next day,,abah dah sihat ckit. jadi kami pun pi kutip durian bertiga dgn mak.......