Monday, July 2, 2012

Pantai Murni Yan KEdah

Aira Dayana,,, inilah nama anak sedara cik ina. Dalam entry yang lepas.. Cik ina dah mention bila dia dilahirkan dan sekarang dah berusia 10 bulan. Kali ni sebab tiada pengasuh… maka cik ina dan mak berpeluang untuk menjaga Aira sekali lagi.. jangan tak tau,,, kali ni dah kali ketiga kami berdua jaga aira. 
Tapi itu bukan tajuk utama penceritaan entry cik ina kali ini…

Cerita utamanya adalah…. B4 mama n papa aira balik…. Petang tu kami berkesempatan ke Pantai Murni. 
Kepada sesiapa yang tak tau .. Pantai Murni ni adalah satu-satu pantai di Daerah Yan yang merupakan tempat untuk masyarakat setempat bersiar-siar, di samping membawa anak-anak untuk bermain di tempat permainan yang disediakan oleh Majlis Daerah Yan. 

Aira pun nak main jugak

Panorama kat sini agak menarik juga. Kalau dilihat dari pantai, anda akan lihat beberapa pulau seperti pulau songsong, pulau bidan dan pulau telur. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat disini  dan di sini.


Selepas parking,  kami bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Allah di sepanjang pantai murni yang tak berapa panjang tu…. 

Kalau anda terasa lapar atau dahaga, terdapat gerai kat ujung pantai murni adalah tempat penjaja menjaja makanan mereka. Kalau dulu, penjaja tu menjaja di sepanjang laluan pantai tapi mengkin akan menimbulkan kesesakkan, maka kawasan dihujung tu khas untuk mereka berniaga. Kami menuju ke hujung tu untuk melihat apa yang ada.. Standard pantai la kan.. mesti ada laksa, rojak , bihun sup dan air. Tak ketinggalan keropok lekor. 

Adik ada terpandang sengkuang yg besar tu, maka adik cik ina teringatkan sengkuang yg dipotong slice yang paling lebar. Macammana agaknya yer.. Cik ina faham apa yg adik cik ina maksudkan tu… jadi adik cik ina request tukang jual rojak  tu buat mcm tu. Terimbas nostalgi masa kami sekolah rendah. Kami akan beli ini masa rehat KAFA kat mak cik yg juai kat tp pagar sekolah.
Ni yang yang cik ina maksudkan… Sedap oo bila tabor dgn kacang. Try la buat tgk…. Yummy………..
macam ni la yang dimaksudkan tu


jom kita try
Pastu kami menuju ke ujung iaitu kat medan selera pantai murni. Oleh kerana mak kepada cik ina nak ABC, maka kami ke kedai yang rasa ABC menarik. Maka singgah la ke satu kedai terletak ditengah-tengah medan. Sementara menunggu ABC siap.. tetiba hidung kami terbau oleh bau satay yang enak…


oeder 20 tp lps makan br sedar lupa snap satu.. ni je baki yang sempat snap...
Dengan  tidak membuang masa adik terus order  20 cucuk… Tak rugi order sbb mmg sedap rasanya… Adik cik ina yang cerewet pasai satay pun kata sedap… Mgg semua rasa ada. MMg sedap la…. KAmi tak leh order byk kerana tuan kedai tu tengah bakar satay sebanyak 400 cucuk yang telah diorder….

Setelah petang nak magrib, maka kami pun beredar kerana malamnya adik cik ina dan isterinya akan pulang ke Kulim tapi Aira tetap bersama kami…  



Bawal goreng panas kelapa sawit juru


Kempunan Cik ina dah terbayar. Yesss..
Apa tak nya, mggu lps cik ina dah post entry lepas bahawasanya Cik Ina kempunan nak makan BAWAL GORENG PANAS JURU. Pada jumaat lps, cik ina dah tunaikan hajat dihati bersama rakan-rakan Texchem Polymers iaitu Myra, Mat Sepon, Nizam, Umi, dan seorang rakan baru TXPO untuk makan bawal goreng panas kat Juru... 

Cik ina gumbira kerana rakan-rakan TXPO sudi temankan dan terpaksa belanja cik ina. hehehe terima kasih daun keladi, kalau blh belanja la i lagi... yer mat sepon.. Ingat janji bulan 9 ni yer.. 

Ni la suasana tempat makan kat sini. Compare dengan tahun lepas, banyak perubahan sebab dulu tak de khemah ni. Kira open air jer. Kalau ujan tu kira fikir 2 kali. Sekarang kira on je kalau ujan pun. 
Orang yang berkunjung pun ramai terutama lunch time.


Dari arah kiri meja cik ina makan....



Ni plak arah kanan meja. Tgk la.. Ramai orang kan. Memang time 12.30 tengahari ni ramai sikit sebab time lunch. Anda cuma perlu bersabar  dan beratur untuk dapatkan apa yang dikehendaki seperti nasi dan ikan.

kena letak cili kicap.. br best



jemput makan
Hari ni cik ina jadi puteri, sbb semua dihidangkan oleh dayang-dayang TXPO. Hahaha jangan marah yer umi dan myra.

Kesimpulannya,, ni la tempat berkumpul kalau cik ina nak jumpa kangkawan sekerja dulu. Makan sambil sembang2..

Tq u olssss......

BMI CaLCULAtOR


Ehem... ,, mesti semua hairan pasai pa cik ina post tajuk ni. Actually, cik ina post tajuk ni sbb cik ina baru2 ni ada pi ke Mayfair.. ALa.. mayfair ..mengukir bentuk badan berjenama. Yang duta dia Hasfizawati Sabjahan tu. Sebenarnya Mayfair ada jual kupon RM20.00 untuk pi try guna service depa. Bila depa kira BMI cik ina, cik ina terkezut sebab dah overweight. Berat badan dah naik... huhuhu tu la,, asyik makan je kan.

So,, meh kita kira BMI kita.  
Dlm Blog cik ina  (kanan) ada disediakan kota kira BMI seperti kat bawah ni.  
Here is the BMI calculator... 





Yang kat bawah ni plak klasifikasi dia.. So.. Blh tgk la kita dalam kategori mana.. 

BMI Classification
18.5 or lessUnderweightInfoTreatment
18.5 to 24.99Normal WeightInfoTreatment
25 to 29.99OverweightInfoTreatment
30 to 34.99Obesity (Class 1)InfoTreatment
35 to 39.99Obesity (Class 2)InfoTreatment
40 or greaterMorbid ObesityInfoTreatment

Detailed Information: BMI Related Disease
















Ni pulak cara manual nak kira... So.. selamat mengira yer 

English BMI Formula
BMI = ( Weight in Pounds / ( Height in inches x Height in inches ) ) x 703
Metric BMI Formula
BMI = ( Weight in Kilograms / ( Height in Meters x Height in Meters ) )




Sumber : di sini
































Lepak kat Queensbay plak (part2)


Quensbay.. Semua orang utara tahu kat mana quensbay. Dulu cik ina kadang-kadang ke sana lepak dgn Aren dan juga exboyfriend. hehehe.. Cik ina dah lama tak ke sana. Baru-baru ni cik ina berpeluang ke sana dengan sinar-my best friend after we berdua RONDA-RONDA DI CHAWRASTA MARKET. Saja tukar angin dan ambik angin melihat ketenangan air laut berpanoramakan pulau jerejak. Walaupun sibuk dengan keriuhan orang dan kanak-kanak bermain wau (orang kedah kata) bahasa bukunya layang-layang yang pelbagai rupa, tapi kami tetap menikmati keindahan ciptaan Allah.


Cik ina hanya minum dan makan jagung kerana perut cik ina masih lagi kenyang selepas ke Majlis Perkahwinan Yani tadi yang menunya amat sedap.. (sbb nasi ayam berempah tu fav cik ina). Kami pun menganbil keputusan melepak kat kerusi yang disediakan.

Tetiba pandangan sebelah kanan kami.. terlihat seorang budak yang sangat baik. Cik ina kata baik sebab dia duduk sorang2 dan tak mengganggu orang serta tengok jer orang lalu lalang. Dia ni rupanya anak salah seorang penjaja yang menjaja di sini. patutlah macam dah biasa saja keadaan di sini.



Selepas sejam berehat di kerusi yang disediakan itu, kami pun bangun sebab nak bagi peluang orang lain plak duduk di situ. Kami beredar kat batu yang berlambak di tepi laut itu.

Ramai tak pengunjungnya...
Setelah dah tenangkan fikiran, sesekali change environment org kata.. we all dicine nak balik. Perut terasa lapar.. Dah dkt dgn Hammer Bay, maka cik ina pun singgah kat situ. Dan makan.. Layan je pic ni


Kami pilih untuk bersila..


Tujuan asal nk pi mkn sotong goreng tepung jer.. tp terorder nasi plak. 
Harga,, jgn tanya sbb dari nk order ckit terus terorder byk. 
Pandai tukang ambik order promote.. ala-ala auu gitu dia ni... nsb baik bawa duit lebih.. hehehe... 
Jenuh kami makan berdua sampai tapau balik la ikan tu.



Sunday, July 1, 2012

Cenderahati Dari Jepun


Bila baca tajuknya sahaja mesti semua orang nak tau apa yang cik ina dapat,,
Dari siapakah ..atau siapa yang hadiahkan cenderahati tersebut.

Kalau anda mengikuti blog cik ina ni dari awal, mesti anda akan terfikir siapakah yang telah memberikan hadiah tersebut... anda boleh lihat entry ni.

Saja jer buat saspen ckit...

Baru-baru ni,, (tapi rasanya dah lama) sepupu cik ina yang dihantar oleh Modenas 
selama 6 bulan ke Kobe, Jepun telah selamat kembali ke Malaya. 
Maka.. Cik ina amat terharu kerana sepupu cik ina tu ingat jgk 
dekat cik ina dengan belikan jam tangan yang sangat comel dan amat sesuai dengan cik ina. Dekat mak plak sepupu tu belikan pisau. Khas untuk ibu-ibu yang memasak kat rumah.. 
Opps kita sambung citer kita kembali

Cik ina suka sangat jam tu..


 Ni la rupa kotak jam tersebut...



Ni la jamnya comel sekali...
Cantik kan bila letak kat tangan cik ina.. hahaha opss terperasan plak. 


Nk citer la ckit....Tahun lepas cik ina tak de jam langsung. Masa besdey lps, kawan dan adik ipar cik ina ada hadiahkan jam untuk cik ina. Sekarang jam cik ina dah ada 3. Sapa lagi nak hadiahkan jam,, silakan kerana cik ina rasa cik ina memang suka jam plak.


p/s : thanks zul asman bin zainol abidin sebab beli jam ni kat kami... Suka sangat...