Sunday, March 30, 2014

Langkawi Island.. im cominggggg !!! (DAY 1)

Setelah 4 hari pulang dari BALI, cik ina tunaikan janji yg tertunda untuk bawa family cik ina ke langkawi. 

Siapa yang Cik Ina bawa????

Of course my mom, my dad, pastu my sis and her 3 kids. Semua 6 orang je. Abg ipar x leh p sebab ada hal yg x dpt dielakkan. 
Oleh kerana mmg cik ina suka berjalan jalan ni.. and also free and available, 
so im the right person nk bawa my family..  
My sibling yg lain semua not available.. depa bz manjang.

Sebenarnya plan nk p sejak ujung bln 2 tp terpaksa ditunda atas sebab yg x dapat elak.. cewah mcm bz sangat Cik I na ni kan.. sapa yang baca blog ni mesti fhm kenapa... 

Cian la plak. Mai nak habaq.. Sebabnya adalah : -------》》》》》

1.  1st Mac 2014 ~ cik ina berniaga serbuk kari di 2nd bridge Penang..

2.  5~9th Mac = 4 hr selepas tu Cik ina berlepas ke BALI lalala..


V
V
V
Ceriteranya bermula mcm ni... Mak Cik ina yang plan semua ni. Lagipun, anak sedara cik ina yang ni x pernah ke Langkawi sbb takot naik bot.. tapi bila dah besar ckit, dan setelah seminggu pujuk maka depa ni pun beranikan diri. Kami mmg sengaja pilih 1 week b4 school holiday. Cik Ina pasti semua tau jawapannya kenapa kan.. yess semua bijak sbb masa tu semua barang, keta melambung harga and semua tpt crowded. 

Masa naik bot ni mmg menarik sbb depa ni dok diam je. Muka masing2 takut.. dan tak bergerak pun. 

KHAMIS 13.3.2014

1. JETI KOLA KEDAH - bot kul 5.00 petang

Kami berkumpul kat jeti sbb kakak cik ina dari Kubur Panjang. Kul 4.00 sampai tapi kami terlepas bot yang sebelum. Bila time dah sampai, kami bergerak ke bot. Tgk gelagat sikecil tu exited nak tolak beg ku yang comel pink tu.
Masa nak naik feri
 Bila dah naik bot semua dok diam jer.. Cik ina dok usha juga gelagat depa dan berfikir .. Agaknya berapa lama depa nak dok diam.. 
Sebenarnya diam sat je,, dalam 10 min je. Bila bot nak jalan yang takut tu dah jadi excited. Riuh rendah juga la.. 

Diam je depa kan...

Lps 10 minit dah hilang takut

tgk la yg kecik pun dah mai blkg kat ateh dia
ni la orang belakang depa
2. TOK JAH HOMESTAY - Melur House

 Selepas sampai dan amik kakakku serta anak sedaraku - wahida kat rumah depa di Ayer Hangat, kami check in kat homestay yang cik ina dah book 2 hari lps. -Tok Jah Homestay dengan kadar yang boleh dirunding dan berpatutan. Kalau nak minta toto pun blh,, just bagitau je..

Antara kemudahan yang disediakan :

 *TWO ROOM WITH AIR~CONDITIONER
*ONE ROOM WITH FAN
*TV
*REFREGERATOR
 * DAPUR utk memasak (pada masa kami ke sana)

 Gambar tu dari blog tok jah.. Cik ina tak sempat snap sbb letih sangat. tapi sempat lagi ronda kat jalan2 yang melihat kat area Pantai cenang malam tu. Jalan kaki je. Cari Roti untuk anak2 sedara takut malam2 lapar.

Kiranya makanan kat sini tak yah risau,, kedai makan dan kedai macam 7E tu byk... Siap duit je kan....

LORONG MASUK DARI JALAN UTAMA
PINTU MELUR HOUSE- sbb byk pokok melur dpn tu kot

ruang tamu dari pintu depan
bilik 1 - kat depan sekali

bilik ke 2

bilik belakang sekali kat dapur
katil kat ruang tamu

Lokasi Tok Jah Homestay ni dkt sangat dengan pantai Cenang. Ia juga 
berhadapan dengan tpt yang glamer iaitu Underwaterworld.


Memang sengaja Cik ina cari yang area Pantai Cenang supaya kalau nak mandi laut senang je..Lagi satu kedai pun banyak. Maka, harusla ronda2dulu...

Jommmm.. Kia amik angin malam kat LAngkawi... 
Kedai-kedai area sini rupanya tutup lambat jugak... Dah penat jalan, balik utk rehat dan time to sleep.. 

 ***************************************************************


Jom kita tido.... 
Esok banyak lagi tempat nak pi dan drivernya only Cik Ina sorang... 

Jom baca kisah seterusnya LANGKAWI DAY 2

*********************************************************************************

Gunung Jerai Terbakar??

Cik ina terasa sedih sebab gunung jerai yang menjadi kebanggaan cik ina terbakar. Maybe semua sudah tahu tapi Cik ina tetap nak update juga. Untuk pengetahuan semua, Gunung Jerai ni teletak berdekatan dengan rumah Cik Ina je. Dalam 3km dan kalau keluar dari pintu depan, pandang kiri je akan nampak gunung yang damai menghijau tu. 

Menurut PAPER SINAR, kebakaran pertama berlaku pada 12 Mac lalu, yang melibatkan kawasan seluas 10 hektar. Kemudian pada 23 Mac 2014, beberapa kawasan di Gunung Jerai, dilaporkan terbakar lagi pada waktu pagi di dalam kawasan hutan pula. Beliau berkata, seramai tujuh anggota bomba dan enam pegawai perhutanan membantu memadam kebakaran tersebut. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke lokasi kejadian dan juga mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran itu kerana keadaan di lokasi curam. 

Menurut PAPER METRO sebelum ini pemadaman kebakaran dilakukan melalui laluan darat, bagaimanapun mengalami kesukaran disebabkan faktor kawasan berkenaan yang bercerun dan berbatu. Hasil tinjauan yang dilakukan selama dua hari selepas kejadian mendapati api sudah merebak hampir ke keseluruhan kawasan hutan simpan itu menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan laluan udara untuk memadam kebakaran. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria terpaksa meminta bantuan daripada Unit Udara APMM yang berpangkalan di Subang, Selangor untuk melakukan kerja memadam melalui udara. Operasi bermula kira-kira jam 11 pagi Jumaat dan berakhir pada jam 5.30 petang. 




Menurut METRO ONLINE lagi, Pesawat Bombadier milik Unit Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terpaksa membuat 24 pusingan untuk memadamkan kebakaran di kawasan seluas kira-kira 15 hektar di Hutan Simpan Gunung Jerai yang terbakar sejak Ahad lalu (ketika cik ina tulis ni).. Pesawat berkenaan mampu mengangkut air dengan kapasiti 6,000 liter dari kawasan laut di sekitar Yan dalam usaha memadam kebakaran itu. Walau bagaimanapun, pemeriksaan semula akan dibuat pada hari Ahad (30.3.2014), bagi memastikan api sudah padam sepenuhnya di kawasan itu dan akan mendapatkan bantuan pesawat sama jika terdapat kebakaran baru. 

Tapi sekarang ni cik ina  pasti kebakaran itu sudah padam kerana petang SABTU, 29.3.2014 hujan turun dengan lebat sampai pukul 9.00 mlm. Yang lebat tu area rumah cik ina tapi sebab tak jauh dan abah cik ina baru bali dari kaki gunung kata ujan, maka jwpnnya ALHAMDULILLAH.. Segala puji bagi Allah.. 



Tuesday, March 25, 2014

Tempat Menarik Kedah -Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda

Assalamualaikum... Salam Tengahari...

Bila sebut je Sungai Petani (SP) yang terletak di Daerah Kuala Muda....mesti kita akan teringat Jam Besar kat dataran Zero tu kan. Jadi untuk sesiapa yang baru nak berkunjung ke SP or lebih tepat lagi nak melawat SP, dari highway, anda blh ambil exit sungai petani selatan or exit sungai petani utara. 

Cik ina berusaha tnya pak cik google dan terdapat juga gambar yang dicopy dan hasilnya jom kita lihat tempat-tempat menarik di daerah Kuala Muda dan sekitar Sungai Petani untuk tatapan kita semua. 

Oleh kerana dah lama cik ina keje kat SP, Cik ina tertarik nak citer tentang tempat menarik SP. Later Cik ina buat entry tempat makan yang best plak ye. 

Di sini Cik Ina list down beberapa tempat menarik di Sungai Petani dan kawasan sekitarnya untuk tatapan anda.

Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!! 
Mai oi cek mai.....

Kita mulakan dengan ditengah pusat bandar yang sedia maklum dah glamer tu.... iaitu:

1. Menara Jam Besar



Ia terletak di tengah di pusat bandar jalan Alor Setar Butterworth. Ia merupakan sebuah bangunan bersejarah iaitu Menara Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Bersebelahan Jam Besar ini terdapat Dataran Zero. Dulu Cik Ina tak tau namanya Dataran Zero. Berdekatan dgn KFC bgnan seri temin

2. Taman Jubli Perak

Dari Jam Besar ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Anda cuma perlu belok kiri sahaja dan melepasi satu lagi lampu isyarat dkt masjid tu dan terus..dan sampai. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. 





Yang menarik taman ini ialah terdapat haiwan walau tak banyak macam zoo tapi OK la percuma. Antaranya burung kakak tua, burung hantu, helang dan haiwan seperti rusa.


Terdapat pelbagai kemudahan seperti medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu. Memang meriah sangat... Thanks kepada penyumbang gambar ni.


3.Taman Tema Air "The Carnivall"

Selepas anda melalui Menara Jam Besar, melalui jln utama (jika anda dari selatan), selepas melalui Penjara Sungai Petani, anda akan tiba di simpang 4. Melalui simpang kanan, iaitu Jalan Cinta Sayang, terus sahaja anda akan sampai ke sana.



Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan pula, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.



Lokasinya yang senang dikunjungi dan kawasan reakreasinya yang tak serabut membuatkan kita selesa sekali.. 




Sila layari laman web : www.thecarnivall.com


4. Sungai Merbok

Dari susur keluar highway SP utara, anda cuma perlu terus sampai jumpa simpang ke Semeling atau ke UITM. Dlm 500m anda akan lihat Jalan masuk ke Jeti. Sungai Merbok dikatakan kaya dengan sejarah dan mempunyai sejarah gemilang sebagai sebuah entrepot abad ke-5 hingga ke-13, di mana pelayar Cina dan India yang memanggil tempat ini sebagai "Suvarna Dwipa" bermaksud "Golden Peninsular". Sungai Merbok ini mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. 
Sungai yang kelihatan tenang ini mempunyai dalam 30 spesies bakau, 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang.




Anda boleh mendapatkan kemudahan ini di Jeti Sungai Semeling.. Di sini juga anda boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau, dan bersiar-siar di pesisir sungai. sebelum masuk ke galeri, kita akan nampak gok arang yang digunakan untuk membakar arang dan bata pada suatu masa dulu. Jika anda ingin menyusuri Sungai Merbok ini, di sini ada menyediakan kemudan bot pelancong  Pinjam gambar qaseh..




Di sini juga anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.


Menyusuri sungai ni kita boleh ke Segantang Garam dan juga Tanjung Dawai...
Sekarang pada tahun 2015 terdapat Perkhidmatan TEKSI AIR dengan kadar harga berpatutuan.. JOMMMM


5.Rekreasi Tupah

Selepas anda ke Jeti Sg Semeling, teruskan lagi perjalanan melalui sungai Merbok tu, anda akan jumpa simpang 4. Amik kiri dan terus sampai melepasi MRSM dan jumpa simpang 3 dan amik kiri. Selepas tu akan nmpk simpang ke sini. Ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.




Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

6. Lembah Bujang

Selepas malawat Rekreasi Tupah, anda boleh teruskan perjalanan anda ke Lembah Bujang yang terletak 3 km dari situ. Apabila sampai ke Pekan Merbok, selepas Balai Polis, anda perlu belok kanan dan terus sahaja sehingga sapai. 

Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.



Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.


Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

7. Segantang Garam


Tpt ni sebenarnya adalah tempat untuk org yg kaki pancing... Lokasinya adalah 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke MRSM dan ke arah Sungai Gelam, Bujang dan jika jalan air yg dipilih adala 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.


Ni adalah pic lawatan yg pertama Cik ina,,, bersama Cik Ana.... sbb baru balik keje,, jd berbaju kurung la... Cuma nak tunjuk main entrance jer.... dari parking keta.
view dari parking
Untuk pengetahuan anda yg belum pernah dengar tentang tpt ni, di situ ialah tiga buah chalet terapung siap dengan dua buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu yang dilengkapi dengan perabut, peralatan dapur untuk memasak, televisyen dan kemudahan penginapan. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah pelantar terapung untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi kiosk jualan makanan kering/minuman, kedai cenderamata, surau, tempat membakar ikan, akuarium dan sangkar ikan untuk memancing. Best kan....

Nak tgk kunjungan Cik ina ke Segantang Garam.. Blh tengok sini

8. Tanjung Dawai







Selepas melawat ke Lembah Bujang, teruskan perjalanan anda sehingga melaui Singkir, dan last station adalah TANJUNG DAWAI.. Senang je kan…



Kalau u olls sampai sini TANJUNG DAWAI ni, anda akan nmpk pantai, serta perkampungan nelayan. Untuk cari ARKED TANJUNG DAWAI ni senang je kerana mmg tak de bangunan lain dah yang paling besar kecuali bangunan ni. Sebelum ARKED ni ada jeti untuk bot nak ke Pantai Merdeka. Cuma cik ina tak sure tambang dia berapa tapi tak mahai sangat la. Cik ina pernah naik bot ni 10 tahun yang lalu je. Dalam 5-10min dah sampai ke sana.

Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 30 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.





Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.


Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.


Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

Blh tgk kunjungan Cik ina ke Tanjung Dawai DI SINI

9. Pantai Merdeka





Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. 

Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

Jom tgk lawatan cik ina ke PAntai Merdeka

Jika nak bermalam di sini anda boleh pilih homestay yang byk terdapat disini seperti http://deselesahomestay.blogspot.com/p/galeri-gambar.html

SUMBER : SINI

******************************************************************************


Rekreasi Tupah

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

- See more at: http://deselesahomestay.blogspot.com/2013/04/jom-kunjungi-sungai-petani-di-kedah.html#sthash.9Rp4QWRn.dpuf

Rekreasi Tupah

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

- See more at: http://deselesahomestay.blogspot.com/2013/04/jom-kunjungi-sungai-petani-di-kedah.html#sthash.9Rp4QWRn.dpuf

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.
- See more at: http://deselesahomestay.blogspot.com/2013/04/jom-kunjungi-sungai-petani-di-kedah.html#sthash.9Rp4QWRn.dpuf

Monday, March 24, 2014

Bali 4th Day... lalala

Assalamualaikum.. Bertemu lagi untuk sambung ceritera Cik Ina utk hari yang ke4. Hari ni kami nak check-out dah.. Terasa sedih plak. X puas rasanya berada di Bumi Bali ni. Dah la hotel pun selesa dan cantik bangat... 
Penuh dgn peristiwa. Sabo je la, jadi ada beberapa tpt x sempat p. Yang sadisnya, x sempat tgk sunset di Pantai Kuta.. Harapnya hari ni dpt tgk sebelum blk ke bumi malaya. Teringin sgt sbb info dr blogger yg cik ina baca sunset kt sini cantik sangat.

Kita sambung ceritera kita for DAY 4..... Apa pun, jom kita breakfast.. 


Tetiba terasa hari ni ramai orang kat hotel ni sampai x meja full ni... 

Meja full so ada org join meja kami, rupanya org Penang.. 
Posing dpn hotel dulu be4 naik bas
This morning, mcm kelmarin after breakfast at 9 kami bkumpul kat lobi. B4 naik bas, passport dikumpul dulu for bording pass. 



1. Rice terrace Tagallang

x sempat minum sempat posing je...
Pastu semua dah x sabar nk p ke satu lokasi tarikan di Bali yang WAJIB di lawati iaitu tanaman padi bukit (rice terrace) di Tagallang. Oleh kerana keterujaan yg over, perjalanan yg tak lama terasa sangat lama. Sblm sampai, sempat kami melihat lihat kwsn sekitar. 

Dan akhirnya sampai jua ke tpt yg dihajati.. 

SubhanaAllah.. mmg cantik panoramanya.. Saujana mata memandang. Hijau yg nyaman mataku ini.. Cewah. X dapat dizahirkan dgn kata kata. 

Subhanallah,, cantik kan bumi ciptaan Allah..

Semasa Cik Ina cbuk dok posing, tetiba dgr riuh rendah. Rupanya trdpt satu kejadian. Dan kmdn Cik Ina nmpk adik Haris masuk petak sawah kecil tu. Rupanya Haris nk resque telefon kakak kpt yg jatuh dlm sawah.. Blh juga Haris main tamboq,, org kedah kata,,,



Ok..dah settle.. then sambung posing. Pastu jln cr tandas tp jmpa plak geng kami yg beli durian versi bali. Jom try seulas.. 

Ermmmm apa rasa durian Bali,, rasanya lebih kurang durian kt guar jgk.. hehehe. Di sepanjang jalan di sini jugak terdapat gerai-gerai yang menjual bermacam macam cenderahati.  
Cik ina berkenan sangat gelang ni tp x sempat beli...
Masa utk kumpul naik bas... next place... Tanah Lot, here we come..

2. Tanah Lot..


Then seperti schedule yg tlh plan,  terus gegas ke Tanah Lot. Time ni.. masa amatla emas sbb x leh lewat nnti mlm dah nk blk... Bila smpai terus cr kedai mkn muslim sbb perut masing2 dah ada lagu rock. Pastu cari surau nk solat.



Kt sini nk solat kena bayar. X silap 2000 ribu kot.. something like that la.. Nak cas hanphone kena 2000 rupiah...
After solat cik ina n cik sherrie terus gegas nk masuk ke dlm kwsn tanah lot. Ahli rombongan lain dah x nk masuk. Kami pun kalut jln masuk takut nnti time up.. time to go home.. ramai juga org kt sini.. 



Utk abadikan kenangan, cik ina decide nk guna servis photographer kt sini sbb takot gmbr x menjadi. Lgpun dah nk blk.. aamik 3 keping. Sekeping 20 000 rupiah..


Cik ina sempat beli gelang je. Hahaha td kat kat rice terrace x sempat beli. Tu pun puas tawar. 5gelang = 20000 rupiah.. ok ke tak??

3. Kuta Beach.

After visit tanah lot yang penuh dgn keunikannya.. kami kembali semua ke kwsn pantai kuta utk tgk sunset. Alhamdulillah dpt jg cik ina dan semua geng rombongan tgk sunset. Kami tgk sunset tu area blkg shopping mall .. ala x ingat plak nama. Hanya ada gambar tapi x pasti tu ke nama dia..




Oleh kerana masa masih ada b4 sun tu set, kami window shopping dulu. Asyik shopping tingkap, br tersedar ckit lg je sun nk set.. tggu lagi, terus bergegas keluar dan sempat la snap beberapa keping.. okla kan blh jg kan..
menikmati keagungan Allah.. Alhamdulillah masih lagi bernafas
Cantik bangat.. org pun ramai sangat.  Akhirnya impian Cik Ina mnjadi kenyataan.
Sedang dok asyik snap gmbr sesama kami, ada dua orang pelancong warga tempatan dari Bandung nak tolong snap. Kiranya nnti kami tolong snap gmbr depa lak. Friendly sangat. Kebetulan En Jalil, ketua rombongan kami pun ada juga. Join sekali bergambar kenang-kenangan. 
Sempat bertukar alamat FB tapi tercicir plak kertas tu. Harap Cik ina, Cik Fitri RAmadhani dan rakannya blh cari kami berdua. 


Time to go to airport. Nasib baik airport dkt je. Huhuhu tetiba rasa sedih sangat nak tinggalkan Bali yg penuh kecantikan, keindahan, keunikan, kesenian, kebudayaan dan kesederhanaan. 
Kalau ada peluang, cik ina harap dapat datanglagi.. niat dihati nk mai dgn org tersayang msti lg best kan... hhehehe.

4. Bali Airport - Ngurah Rai International Airport Denpasar

Kami tiba agak awal di Airport.  Sebaik saja tiba di kwsn check beg.. timbang berat, huhuhu beg cik ina terlebih kg.. huhuhu nmpk gaya kena beli la bagasi kargo.. huhuhu syer dgn Cik Sherrie la.. settle problem. 

After check in.. kami still tggu for departure. 


punya ramai org mcm tggu bas ekspress plak kan
kat dpn tu la ada gate mana nak depart.. kami pun tunggu time nak depart..
time nak naik flight dah,,,
 Then. Semua dalam debaran nak naik flight  sbb hari ni 8.3.14 ada satu peristiwa. Pg td dapat berita kapal terbang mh370 ke beijing x dpt dikesan. Hilang.. semua geng sek dok pesan mcm2 dlm whatsapp. Cik ina tawakkal.. mudah mudahan kami selamat smpai ke LCCT.  



****************************************************************
Nak tau ceritera Cik Ina kat Bali lagi,, jom kita tgk
--------------

*********************************************************************************