Durian crepe.. Oh durian crepe.. Namamu menjadi sebutan... Ha,,setelah penat mencari, akhirnya cik ina dah rasa dan rasanya yummy sedap. Sapa yang tak rasa lagi,, cepat pi cari....
Anda boleh baca sejarah macam mana cik ina dapatkan durian crepe ni dengan bersusah payah sekali dengan sahabatku, Zatul.. di entry ni -->> durian crepe .
Maka serta merta dengan bersemangatnya cik ina search cara nak buat dan jom berkongsi cara nak buat Durian Crepe ni...
Anda boleh baca sejarah macam mana cik ina dapatkan durian crepe ni dengan bersusah payah sekali dengan sahabatku, Zatul.. di entry ni -->> durian crepe .
mcm ni la rupanya durian crepe |
Resepi ini cik ina jumpa dalam internet. Agak simple dari yang lain... Meh la kita sama2 cuba buat buat tgk no...
Kadang2 kita baca je cara nak buat tapi tak faham sangatkan..
Jadi apa kata kita tgk cara nak plak. Sumber sini
CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
sedikit esen vanila
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..selalunya kuning la)
sedikit esen vanila
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..selalunya kuning la)
1 sudu butter yang dicairkan (tak letak pun tak pe tapi disarankan letak)
Cara-cara;
Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental) jgn silap beli tau..
Isi durian yang sedap dan lemak ye.. secukupnya (ambik isi aje... dan lenyek ckit isi tu)
Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian yang sedap tu
Tutupkan semula dengan Whipping Cream (jgn tebal sangat)
Lipat crepe cantik-cantik dan bulat-bulat dan simpan dalam peti sejuk
U olls boleh print resepi DI SINI
U olls boleh print resepi DI SINI
** Note
Yang pasti kalau nak simpan
lebih dari sehari, kena simpan tempat yang beku tau. Itulah pesanan yang
cik ina terima semasa beli buat pertama kalinya dari pembuat durian
crepe iaitu kedai kek sbe.
Selamat mencuba....