Yuhuuuu... Assalamualaikum.....
Tree top walk... ini adalah kali ke dua cik ina menjejakkan kaki ke sana. Tajuk dia atas diambil daripada kali pertama cik ina pi... dengan kawan-kawan kat kilang Texchem dulu... Ohhh teringat plak kat depa.... Yana, myra, atiqah, ila, niza.... masa kami pi sedim dulu..
Kali ni Cik ina pi dengan Ana, Azimah And Ash.. A la plak semua nama depa ni... Walaupun tak ramai kali ni,, tp rasanya macam ramai plak.. sbb masing2 dengan perangai masing-masing...
Jadi walaupun 4 orang dah cukup menghiburkan dan menghilangkan tekanan. Siap ada GPS ,,, takut sesat.. tp GPS dlm kepala otak cik ina dah ok kot...................
Ditambah plak Aziemah bawa cameranya,, maka cik ina dng cik ana lagi suka,, terus simpan camera digital cik ina yang merah tu... Kami plan nk bertolak pukul 10... tapi kul 10.30 baru la bertolak,, ada yg lambat la,, ada yg nak pi simpan motor kat rmh mak sedara la... tu yg lewat tu. Kami melalui jalan ke sidam kiri,, dan terus ke BKE serta ke Mahang. Dalam kul 12 kami sampai la sbb bawa tak laju pun.
Sampai je kami breakfast dulu.. hahaha sbb semua orang tak breakfast lagi... kami breakfast dengan nasi lemak mak cik tepi rumah ana,, hahaha.. masa tu semua sedap je.. tp yang lawak nya.. dalam 4 orang ni satu pun tak ingat nak bawa air,, semua bawa bekas air yang kosong je.. nasib baik ada air dlm botol tupperware cik ina yang besar tu... blh jgk share 4 orang. kira cukup2 la...
Lps tu acara mandi la sebab dah kenyang... tak de pic mandi sbb semua sibuk mandi.. hahaha.. nnti cik ina post masa kai jejalan kat top tree walk... to be continue
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html Selain itu. anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian +604-731 2322 / 730 1322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di talian +604-9222 078.
Penginapan
Tempat penginapan terdekat di sini terdapat di pekan Kulim kira-kira 30 km dari sini. Ianya merupakan sebuah hotel asas bertaraf 2-bintang.
Artikel ini dipetik dari http://www.tourismmalaysia.gov.my
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen