Wednesday, September 24, 2014

Tempat Menarik dan unik Di Bali....

Sepanjang pemerhatian daripada lawatan cik ina, 
sempat juga cik ina merakamkan pelbagai GAMBAR sebagai kenangan,,,, 
dan juga yang menarik dan uniknya Bali..


Jom lihat ceritera Cik ina Di Bumi Bali



*****************************************************************************
Jom kita lihat tempat menarik yang patut pergi dan gambar menarik yang sempat Cik Ina snap.......

1. Bali Airport - Ngurah Rai International Airport Denpasar

masa baru sampai kat airport kul 11.15 mlm

2 . Monumen Patung Satria Gatotkaca

Pemandangan pertama anda akan lihat bila sampai....Di Bali terdapat banyak  massive 
sculpture cerita hindu, Ramayana. Only found in Bali....

3. Pintu Pagar dan Rumah2 
Ini adalah di antara rumah di bali yang unik kerana penuh ukiran di pintu masuk. 

mencari rezki...
Gigih mencari rezki..... salute la...

4. Signboard 

Sambil jalan kita blh juga perhatikan signboard dan tanda lalulintas. 
tanda s palang tu maksudnya dilarang berhenti ye ....

ni pula papantanda pilihanraya. Kebetulan masa cik ina ke sana hampir time mengundi

5. Pandawa Beach Kutuh


Sebenarnya dulu Pandawa merupakan sebuah desa kecil penghasil rumput laut dan sebagian besar penduduk nya adalah nelayan. Orang sekitar menyebut pantai ini dengansebutan PANTAI KUTUH, kerana lokasi nya mmg terletak di Desa Kutuh, Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung Bali Indonesia.


Yang menarik dari tempat ini adalah jalanan menuju lokasi membelah bukit kapur dan akan terhidang pemandangan yang cantik dari atas bukit ke pantai. Manakala di sebelah kirinya pula terdapat beberapa Patung Panca Pandawa.


Cantik sangat viewnya. Selain itu, Daerah kutuh juga terdapat Pantai Green Bowl yg lokasinya di belakang Hotel Bali Cliff.

6. Kedai-kedai Sekitar





7. Gunung Batur, Kintamani



Sesiapa yang ke Bali mesti melawat tempat ni. Kira tempat wajibla. Sapa tak mai rugi ooo. Menurut Pak Sutra, Gunung Batur terletak di Kintamani pernah meletup kira-kira 24 kali sejak 1800 dan masih aktif sampai laa nii...Lat meletup ada diberitahu tapi Cik ina tak ingat plak. Tasik Batur pulak merupakan tasik terbesar kat Bali dan berfungsi sebagai sumber pengairan untuk petani di sekitar dan ia juga adalah untuk semua masyarakat Bali.


8. Kopi Luwak


Harus singgah disini utk lihat cara proses kopi luwak dan minum kopi yang pelbagai jenis.. Gratis kalau nak rasa

jemput rasa ibu bapa sekalian
9. Makan ikan terbang




10. Pura Luhur Uluwatu



Kunjungan anda ke Bali dikira tidak lengkap jika tidak melawat Pura Luhur Uluwatu.Terletak 30 minit dari Denpasar, kuil yang dibina di tepi tebing tinggi ini adalah antara kuil yang terpenting di Bali kerana dianggap sebagai penolak kejahatan dari laut.
Sebab utama ia menjadi tumpuan ramai adalah - pengalaman menyaksikan matahari terbenam dari tebing tinggi ini. Sangat cantik dan gayat... Lagi satu, terdapat banyak monyet yang agresif di sini.. Jaga barang anda



11.Garuda Wishnu Kencana
Di sini pengunjung juga boleh melihat persembahan tarian Barongan secara percuma disini pada waktu malam. Kemudian anda blh bersenam dengan mendaki puluhan anak tangga menuju ke puncak di mana letaknya patung gergasi Wisnu. Dibelakang patung Wisnu ada anak tangga turun ke tempat patung Garuda. Bayaran masuk IDR 60k.



12.Tegalalang, Ubud


Tempat tinggi ckit ni adalah area Tegalalang. Orang kampung kat sini tanam beras kat bukit. Tu yang jadi pemandangan dia cantik sangat tu. X de kat Malaysia . Ada je yang tanam kat tanah rata kat area Canggu. Ubud ni terletak kira-kira 600m atas paras laut. Ubud ni kita boleh singgah sekejap dia jalan sekali ke Kintamani. Sat gi kita sampai kat Kintamani

13. Tanah Lot


14. Sunset At Kuta Beach

 Bersama dengan pelancong tempatan,,,,,

15. Makan malam di Jimbaran Bay






Jadi,,, sesiapa yang berkunjung ke Bali, jangan lepaskan kenangan utk berada di tempat ini. Cik ina pun ada miss lagi beberapa tempat menarik seperti jadual kerana tak cukup masa... Bas rosak. Kita hanya meranang tapi Allah yang tentukan.....

************************************************************
JOM LIHAT PENGEMBARAAN CIK INA DI BALI
--------------

Big Mouth Republic SUNGAI PETANI

Cik ina berpeluang makan kat sini tahun lepas tapi masa tu tak aktif dlm dunia blog ni... Maka sekarang baru terasa nak update pasai ni... Setelah terfikir kat mana tempat makan sedap disini.. dan terus teringat kedai ni...Nk tahu lokasinya di mana.... Senang saja... 

Kedai ni berada di deretan rumah kedai berhadapan dengan Parkson Taman Sejati... Ia juga berdekatan dgn susur keluar SP selatan...


Alamatnya....
C123 Tingkat Bawah Lorong 10 
Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah.


Copy dari Farisha.. Cik ina p malam jadi x clear gambarnya...

Apabila melangkah ke kedai ni.. terasa keunikannya yang tersendiri.. Hiasan dindingnya yang menarik perhatian setiap pengunjung...
thanks to Saifullah


jom order
 Kami ke sana berempat... jadi layan je la pi kami ni... biasa la sementara tggu makanan sampai...


tu dia air farhana.... semua dia punya.. hehehe





gambar dari foursquare... rapunzel

Jadi, kepada sesiapa yang nak mencuba, silalah ke 

---------------->>> 
Big Mouth Republic Cafe n Restaurant... 
C123 Tingkat Bawah Lorong 10 , 
Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah.

Terdapat juga gambar yg diambil DI SINI

******************************************************************************




Satu Hari Di Hari Malaysia....

Sebelum ni Hari Penubuhan Malaysia, Cik ina selalu ikut rombongan sekolah. Oleh kerana postpone rombongan tu, disebabkan kertas soklan UPSR bocor, maka Cik ina dgn member hanya niat nk lepak kat rumah je... 
Apabila dah kumpul kt rmh, maka terjadilah aktiviti yang tak dirancang dgn geng rumah sewa... 
So... kami pun rasa nak p  jalan-jalan cari makan-makan.... 

Lokasi yang kami jelajah adalah seperti berikut............





2. Tesco..

Membeli barang dapur yang dah hbs...

3. Ke Pantai Merdeka...

Semasa kat Teso, kami rasa dari memerap kat rumah apa kata kami ke suatu tempai utk tenangkan fikiran... Maka, kami putuskan utk ke Pantai Merdeka... Dengan harapan nak berkelah... kononnya.... Siap bawa bekal sandwich sardin lagi...

Maka kami pun ke sana selepas zohor dengan semangat berkobar-kobar untuk menikmati keindahan pantai... tp perasaan tu terbantut ckit sbb jam... hampir 1 km.. Rupanya ada event kat sana...


Pastu kami tiba dengan selamatnya setelah membayar parking RM2 perentry...

Setelah itu, we all bertiga terasa nak ke Tanjung Dawai... So,, kami terus berjalan ke tpt bot...


 4. Tanjung Dawai...

Maka, setelah 3 minit atas bot, minit ke 4 kami sampai ke daratan dengan selamatnya..
Maka aktiviti bershopping pun bermula...
Cik ina hanya beli satu barang iaitu sotong kering untuk buat sambal nasi lemak...
Setelah itu kami kembali ke pantai merdeka...


Sempat juga kami menikmati keindahan pantai dan melihat gelagat org yang mandi manda.




5. Burger Hijau Kuning

Setelah hbs magrib kami bertolah pulang. Tetiba teringat burger warung kuning yang glamer di FB kat titi nak ke Penaga... Kami pun mula mencari kedainya.. dan alhamdulillah bertemu jua kerana lokasinya memang senang di cari.

Tapi malangnya nasib kami kerana semua meja fully book. Esok juga fully book dan hari khamis Cuti... X dapek la kami merasa burger yang baru menjadi glamer di FB tu...


6. Kedai Steamboat & Grill

Setelah itu, Cik ina teringat entry my adik Myra, tentang steamboat yang sedap dan murah.
Maka kami pun ke sana untuk mencuba sebab kedai tu dalam perjalanan pulang kami jer..
Dah sampai kami masuk,, tapi semua meja tulis reserve... Rupanya sekali lagi kami tak berpeluang merasa kerana x booking..




7. Kedai Makan Padang Temusu

Oleh kerana dah kelaparan sbb hanya makan sandwich je.... dan kempunan nak makan berger n steamboat, kami singgah kat kedai makan di Padang Temusu je...


Nasib baik service kedai ni ok... cepat dan sedap.... Hilang sikit rasa sedih dan kempunan tu kan....

Apa pun sesekali jejalan dengan rakan serumah, dan ke tempat santai ni, rasa tenang dan segar untuk ke pejabat semula esok...


Tuesday, September 9, 2014

Berminat Nk Sponsor....

Assalamualaikum,,,,


Cik ina nak tanya,,ada sesiapa rakan yang nak anjurkan GA... 
Sebabnya adalah Cik Ina berniat nak sponsor.. Kalau ada sila tinggalkan pesanan di peti komen dibawah ye...


Kalau nak tau sebab pun komen kat bawah. nnti cik ina bgtau kenapa...

* ikhlas dari hati...