Thursday, April 26, 2012

Treasure Hunt ke Pulau Karimun


Assalamualaikum Semua...

Cik ina nak kongsi cikit citer masa cik ina keje kilang dulu. Citernya pada tahun 2007. Tahun ke2 cik ina keje kat kilang tu. Nama kilang tu kilang Texchem Polymers. Kilang ni lebih dikenali dgn nama TXPO dalam group of company. Kilang ni buat sheet extrusion yg high quality.  

Sebab tahun 2007, tengok la, masa tu Cik ina pun nmpk muda remaja lagi kan. Hehehe perasan sebentar. 



Jadi , Cik ina berpeluang ikut explorace syarikat cik ina bekerja. Kali ni kira event besar ckit sebab explorace ni akan diadakan di Pulau Karimun, Indonesia. Semua company under Texchem group akan join explorace ni dan semua ditanggung oleh company. Yang tu yang best tu.. Pekerja hanya perlu sediakan passport sahaja. 

Imbas sikit sejarah Pulau Karimun..
Pulau Karimun pada masa lalu yaitu pada masa Kerajaan Riau-Lingga yang berpusat di Pulau Penyengat merupakan sebuah wilayah dengan pusat pemerintahan di Meral. Dengan demikian, bukan yang tampak seperti sekarang ini dimana pusat pemerintahan berada di Tanjung Balai. Keadaan ini merupakan perubahan struktur pemerintahan seiring dengan proses sejarah yang berhubungan dengan kerajaan Riau-Lingga tersebut.Begitula sedikit sejarah yang dicopy dari sumber.
 

Berbalik pada citer kita, Geng Texchem Penang akan berkumpul kat Texchem Pack Penang dan geng Texchem (TXPM dan TXPO) area Prai akan kumpul kat kilang Fumakilla. Kilang fumakilla yang lebih dikenali dgn ubat nyamuk fumakilla tu pun sebenarnya under texchem group of company. Kalau tak silap Cik ina, kami geng utara dalam 2 biji bas. 


Kami akan bergerak ke KL dan berkumpul di sana kerana acara akan bermula dari sana. Di sana ada lagi Texchem group of company yang lain dok tunggu. 

Sesudah subuh kami semua berkumpul berhampiran Texchem-Pack KL. Rasanya dalam 6 biji bas semuanya dan akan bergerak ke Jeti Kukup, Johor. 

Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di sepanjang perjalanan sehingga ke Pulau Karimun. Setelah mengharungi macam-macam aktiviti seperti teka-teki, cari barangan kat R&R, petang, dalam pukul 4 kami sampai ke Jeti Kukup. 

Setelah menjalani pemeriksaan dan cop passport kami menaiki feri ke sana. Feri tu mcm feri ke Langkawi dari Penang jer. Setelah 1 jam perjalanan dari Jeti Kukup ke Pulau Karimun, akhirnya feri kami berlabuh di Jeti Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia. Perjalanan 1 jam dari Kukup pkul 2 petang dan kami sampai di Tanjung Balai pukul 2 petang juga. 

Hrmmmm....macam mana tu ekk? Sebenarnya waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu kita di Indonesia. Tapi bila kita berada di Indonesia, sebaiknya tak perlu melihat jam di Indonesia untuk menentukan waktu Solat, kerana sama saja. Contohnya waktu Zohor kita di Malaysia pada pukul lebih kurang 1ptg, tapi Zohor di Indonesia, pada kul 12tgh.

nak smpai dah



Setelah sampai... perasaan cik ina terharu kerana melihat pekannya yang begitu sederhana tetapi mendamaikan serta tak de jammed.... 


dan bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang agak best berbanding masyarakat kat sini yang serba sederhana tapi jangan tak tau... ada jgk kereta honda jazz kesukaan cik ina... hehehe.


Kami dibawa terus ke tpt penginapan iaitu 
Hotel Padi Mas dengan menaiki jip macam yg dalam gambar tu.... 


Hotel tu rasanya satu-satunya hotel yang besar yang cik ina nmpak kat kawasan situ. Kalau ada yang lain cik ina tak pasti sbb tak nmpk kan... 

Aktiviti disambung lagi sebelum check in.  Selepas selesai aktiviti, tak sabar nak check in dan berehat kerana sepanjang hari aktiviti dan perjalanan yang baru terasa penat. 


Cik ina dok kat tingkat 4 bersama kak meera. Dari penang hanya kami berdua adalah perempuan melayu terakhir.... lelaki melayu terakhir banyak la.

cik ina dan rakan txpm
ni la wajah perempuan melayu terakhir ni...
Malamnya plak upacara makam malam dan seterusnya penyampaian hadiah. Mcm tak caya jer group cik ina dapat no 3. hehehe kira hebat jgk la kan..


Dah kenyang...
Dah hbs penyampaian hadiah rupanya masih awal, acara bebas tp tak tau nk pi mana sbb tak de tpt menarik untuk dikunjungi pada waktu mlm. Ada geng yang sewa teksi untuk ronda2 pulau. 

Untuk isi masa, cik ina pakat dgn kak meera dan 2 org texchem KL untuk minum di gerai kat spg di depan jalan nk msk hotel. 


Walau agak kepenatan tp tak salah rasanya ambik angin malam. nanti blh la tido nyenyak cikit kot... Kedai ni kira-kira 60 meter dari hotel. Jom try test teh jahe. First time minum. Punya la seksa nak hbskan.. 

Kawan baru dari Texchem -Pack KL
Paginya, setelah sarapan dan berkemas untuk pulang ke tanah tumpah darahku, kami sewa bas kecik yang comel untuk pusing pulau. Ia mengambil masa 1 jam juga la. 



Lps tu kami dibawa ke Pekan untuk membeli apa apa yang patut. Cik ina tak beli apa sangat pun. Maklumla pertama kali kira wang indonesia, jadi tak mahir sangat. Beli 2 helai baju je utk diri sendiri. 



tu dia, borong sakan depa..
Selepas 1 jam membeli belah, akhirnya kami ke Jeti dan berangkat pulang ke Malaysia oh tanahairku. 

sumber : sini
dan : sini

***Sekarang mesti ada banyak perubahan.. Aktiviti ni masa 2007 

Saturday, April 21, 2012

100 tahun SK Merbok (Pusat)


Cepatnya masa berlalu....
Tahun ni dah genap seratus tahun SK Merbok (Pusat). Dah tua sekolah cik ina ni.. opss sekolah tempat cik ina mencari rezki.. 

Walaupun cik ina kerani yang baru berkhidmat di sini (walau dah 2 tahun) tapi sekolah ni masih lagi terdapat bangunan lama yang masih ituh berdiri. Kawasan ni juga masih tidak dicemari dengan asap-asap kenderaan kerana terletak di kampung merbok yang damai.


Jadi tak menyusahkan anak-anak yang datang ke sekolah sendiri kerana berada jauh ckit dari jalan raya Bedong-Tanjung Dawai. 



Sehubungan dengan itu, kami staf dan guru2 di sekolah ini sibuk menjalankan misi mencari bekas pelajar sekolah ini untuk menjayakan aktivi sambutan ke 100 tahun ni. 

Ada tak sesiapa yang pernah sekolah kat sk merbok ni???
sila jawab... ya atau tidak..
atau ...
Kepada sesiapa yang mempunyai kenalan atau pernah bersekolah disini, anda blh dapatkan borang untuk menjadi ahli alumni sekolah ini.
Mari kita imbas nostalgia di sekolah ini. Pic ini cik ina ambil daripada salah seorang guru yang misinya mencari memori lama dan beliau telah dapatkannya daripada guru-guru lama yang pernah berkhidmat di sekolah ini. 


Dan gambar warga sekolah pada tahun 2011.


Untuk menjayakan Majlis ni, pelbagai persiapan telah kami buat dan masih lagi ke arah itu. Tapi kami beruntung kerana pihak IKM Sungai Petani sudi menghulurkan sumbangan. 

Besar ertinya bagi kami kerana sekolah ini kekurangan kos dan juga tenaga. Antara sumbangan yang dihulurkan adalah Sofa, Curtain di bilik Guru Besar, Bilik mesyuarat dan di pejabat. Terima kasih ya. 

ni la sofa baru ..
pelajar IKM sedang memasang railing.

Pelajar IKm sedang memasang curtain kat bilik GB


Mereka juga telah menghulurkan sumbangan signboard sekolah. Semua sumbangan ini telah direka dan dibuat sendiri yang dibuat oleh pelajar IKM ini. Cantik kan....





Terima kasih kepada IKM. Budimu sentiasa dikenang oleh warga sekolah ini.


For further info anda boleh melayari blog sekolah cik ina ---- >> http://skmerbok.blogspot.com/

D'King Mee Banjir SP


Assalamualaikum Pembuka Bicara....
Semoga semua sihat ceria,
kali ke berapa kita bersua
Moga anda tak jemu membaca...

Hari ni cik ina nak kongsi satu tpt makan yang menjadi fav cik ina. 
Nama kedai ni D'King Mee Banjir.  Cik ina mula suka makan kat sini masa cik ina dgn exhousemate try makan kat sini setelah dengar orang bgtau ada mee udang sedap. Oleh kerana Cik ina malas nak drive jauh-jauh ke Pulau Sayak, maka terus cari dan makan kat D'king ni. Masa cik ina pi dulu, kedai ni beroperasi di depan kilang sharp. Lps sebulan nak pi makan kat situ, tengok dah tak de orang berniaga. Orang yanng makan lagi la tak de kan... 
Rupa-rupanya kedai ni dah berpindah ke tpt yang lebih luas iaitu kat Depan Giant menuju ke Tikam Batu. 
Ni masa kami mula-mula makan 2 tahun lps kat dpn kilang Sharp


Kalau dari Highway, masa simpang Giant tu kena ambik ke kiri tp kedai dia dah nmpk cuma tak leh nak p sbb kena pi kiri dan pusing semula di simpang 3 yang berdekatan dan melalui jalan lama. kalau terlepas jalan lama, jalan biasa menuju ke Giant semula tp  b4 trafic light kena kona kiri sebelum simpang kiri. D'King ni ada dua waktu beroperasi. Tue-Fri, pukul 7 malam-1 pagi, Sat-Sun, 4 petang-4 pagi. 
Bila sampai anda akan lihat Banner kat depan. Siap ada orang tolong jaga parking lagi.


Dari Pintu depan

Bila dah masuk ckit

Kedai dia ni sangat besar dan ada banyak landskap. Masuk ke kedai je,, kita boleh pilih nak pilih seat area kiri or kanan. Budak-budak pun suka sbb ada aquarium ikan selepas main entrance dan di sebalik kolam ada gajah besar.

gajah pun ada.. hehehe
Tempat duduk dia pun banyak. Jadi, jgn risau kalau nak datang ramai. Rasanya dua bas pun blh muat la. Seat dia ada macam macam style. Nak duduk bersila, bawah pangkin buluh atau tpt makan biasa, kerusi batu kayu pun ada. So,, ikut anda, kat mana yang berkenan nak duduk...


Titi kecik ke tpt mkn atas pangkin dari pintu masuk


gitar yang cantik ni ada di tepi titi tu...

dari titi kecil anda akan lihat meja makan yg byk ni..


ni la pangkin bersila....
 Angin sepoi-sepoi bahasa la akan menyapa nada kat atas pangkin ni...


ni copy dari website dking.. ni la kaunter bayaran yang berdekatan pintu masuk




Menu dia plak selain mee udang, kuey teow udang ada ikan bakar jugak tapi dia ikut set. Ikan kita boleh pilih sendiri. Ikan tu yang kat depan kaunter bayaran tu. Dia ada set untuk 2, 4 dan 6 orang. Buat masak tiga rasa konfirm mesti sedap la. Kerang bakar pun ada tau.
ni masa dking baru berpindah ke tpt baru
dulu pun sama je rasa
rasanya jarang la ada baki kecuali kulit udang.

Kat sini kita blh order semangkuk besar mee udang or sepinggan. Tapi kalau ramai ahli makan, dicadangkan semangkuk besar tu, order untuk 2 orang makan, sbb setakat perut kecik macam i ni blh 3-4 orang makan. Kira jimat la ckit kan


Sekarang dah order semangkuk utk 2 org tp makannya 3 orang


jemput makan
Waiter dia akan tanya pilihan kita,, nak udang laut or udang biasa. So,, ikut selera dan bajet kita la. Yang specialnya... mee dia pun lain dari yang lain. Tak macam mee kuning yang biasa kita beli kat kedai. Char keow teow pun ada. Apa pun, sangat la sedap! Cik Ina mesti mai makan sini at least sebulan sekali. Pendek kata tak cuba tak tau.. ....



dah hbs makan...
"Sedap tak dak dah". Itu la Tagline D'King.. Blh nmpk kat gambar Cik Ina kat atas.


Untuk keterangan lanjut, anda blh layari laman web ni.... http://www.dkingseafood.com

atau

Lot 20072, Jalan Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
+60 19-511 1152