Wednesday, April 18, 2012

Kenduri Sepupu | Kg Melayu Subang


Assalamualaikum....
dan 
Salam satu malaysia.....
First of all cik ina nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sepupu pertama Cik ina Ana yg dah mendirikan rumahtangga bersama pilihannya Rian. 


 Dah kawen sepupu cik ina nooo... Comel tak sepupu cik ina. Comel kan (harap ana tak baca entry ni,, nnti perasan plak dia)


Lokasi kenduri ni adalah kat Kg MElayu, Subang.. Maka dengan ini, Cik ina beserta family dari kedah kena la pi sana untuk memeriahkan keaadaan. 
Maklumla sepupu yang pertama kawen kalau dikira belah mak cik ina. Sebelum ni hanya adik-beradik Cik ina je yang kawen... (kecuali cik ina la kan).


Tarikh kendurinya adalah 10 march 2012... bersamaan hari Sabtu.. iaitu minggu pertama cuti penggal pertama. Maka sebab kedah dah cuti hari jumaat,, kami (3  biji kereta)iaitu cik ina dan anak2 sedara, abg cik ina dan isteri serta tok dgn cu, dan adik cik ina bersama isteri dan mak abah bergerak ke sana hari Jumaat yang mulia. 
Kami 3 beradik je yang dapat pi.. Lagi 2 beradik cik ina tak dapat pi atas sebab tertentu.

Kami berangkat pukul 8 pagi dan tiba pada kul 1.30 petang. Alhamdulillah,, selamat tiba ke destinasi setelah pusing2 kat pekan subang sbb cik ina pertama kali drive ke sana. B4 ni adik cik ina yg drive jadi hanya dia je yg tau jalan. 

Ketibaan kami disambut meriah oleh tuan rumah iaitu Pak Ngah cik ina dan family. Kan kami bawa ibu kesanyangan pak nagah.. mesti la kena sambut kan...
Turut sampai disana anak pak lang cik ina iaitu Najwa. Pak lang dan mak lang akan sampai esok dgn adik2nya


Upacara akad nikah lps asar. Jadi masa cik ina sampai pengantin tengah tunggu mak andam datang utk bersiap-siap. Cik ina pun bersiap apa yg patut la. Nasib baik bawa baju kurung lebih.

Upacara akad nikah sedang berlangsung
Selepas asar, upacara akad nikad dijalankan dan semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah...


 Lps tu upacara minum petang dan,,,, pengantin nk posing la... Turut memeriahkan keadaan adik-adik pengantin dan sepupunya iaitu kami la....




Kenduri ni berlangsung di dewan MBSA Kg MElayu Subang. Setelah bersiap seadanya bersama family, kami dari homestay yang telah disewakan khas untuk kami berangkat la ke sana utk tolong apa yang patut. Sbb kat dewan, maka less job la kan.



Lps tolong apa yang patut,, hanya tunggu acara makan je la kan. Tunggu apa lagi,, kita makan dulu la setelah semua telah dihdangkan. Menu kambing pun ada bagi peminat kambing.


sepupu-sepupuku dan ujung tu anak sedara


jemput makan semua

ambik berkat.....
 

my mom yang dah sihat



our family form kedah..... adik pengantin pun ada
 Kami (cik ina dan abg n family) ada kat sana sampai hari selasa. Pada pagi selasa after breakfast, kami bertolak balik ke Kedah negeri Jelapang padi...
Kami tiba di Kedah pada pukul 3 petang sebab bawa keta tak laju sangat. Maklum la drive sorang jer. Tapi alhamdulillah selamat sampai.

Ladang Anggur Tasik Beris Kedah | Best

Assalamualaikummm

Salam Petang...
Kali ni nak story salah satu tarikan yang ada kat kedah.. 
Kisahnya adalah mengenai Tasik Beris Vineyard – Ladang Anggur Tasik Beris
Rasanya dah ramai yg tau,, 
and mesti dah ramai yang pernah menjejak kaki ke situ 
 tp buat yg tak tau tu... Jom la kita pi ke sana....

saja eksyen je tp tak leh petik pun


Buat info semua, Ladang anggur tu dah  beroperasi 2 tahun lebih, 
diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd. 
Ladangnya seluas 34 ekar, Cik Ina terpegun dan berbangga 
jugak la daerah Sik sekarang ada ladang anggur
dan ladang ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.. 
Yang bestnya, walaupun di negeri ini cuacanya agak panas dan hujan tidak menentu, Cik ina rasa anggur di kawasan ini tetap manis dan segar dengan saiz sama seperti anggur di pasaran.

Menurut info, terdapat empat jenis anggur ditanam iaitu black opal, black grape, white Malaga dan loose pelite. Benih anggur diambil dari Jabatan Petanian Perlis. Ladang ini ditanam secara tertutup, menggunakan jaring. Teknik tanaman secara tertutup itu digunakan supaya serangga ulat ratus tidak merosakkan pokok anggur.

Yang best lagi, tanaman anggur di sini tidak mempunyai musim tertentu untuk dipetik, justeru pelancong boleh datang bila-bila masa untuk menikmati hasilnya.

Cik ina tumpang bangga kalau projek tanaman anggur ini berjalan lancar... 
Bangga jadi anak Kedah... 
hehehe
Bangga tu bukan sebab apa.. sebab b4 ni kat negeri mat saleh je boleh tanam anggur, tp sekarang kat Kedah boleh.. 
Malaysia boleh...  hehehe dan anggur tu blh idup subur lagi .. 


Untuk  pergi ke Ladang Anggur di Beris Lake:

Dari lebuhraya Utara Selatan , exit dekat Gurun ke Jeniang, lepas tol ada sampai simpang 3, belok kanan, ada papan tanda Ladang Anggur(antara banyak2 papan tanda situ) . Lepas tu terus saja sampai jumpa simpang 4 dekat Jeniang terus lagi.
Perjalanan kira-kira  4 km dari Jeniang. Pergi terus lagi sampai jumpa Empangan Beris Lake.
Peta ke Beris Lake.




Sebenarnya Cik ina pi ke sana dah lama.. rasanya tahun lps,, 
b4 cik ina buat blog ni lagi tetapi 
cik ina baru berkesempatan nak share... 
walau apa pun kita layan jer la gambar ini karana tuan empunya blog ni suka bergambar... 
hehehe jangan marah.


Untuk melengkapkan cerita ini, Cik ina nak cerita la ckit... 
Sebenarnya Cik ina pi melawat mak sedara cik ina kat Sik. Alang-alang dah sampai ke sini, kami terjah la ke LAdang Anggur ni. Cik ina ke sana bersama dengan bondaku yang tercinta..
Kakak yg sulung serta anaknya, 
serta abg no 2 dgn anak-anaknya . ....


Apabila sampai di situ,, keterujaannya terasa kerana nmpk buah anggur yg masak kat pokok.. 
cuma sayangnya tak leh makan... blh bergambar jer.... tu pun nsb baik bergambar tak kena duit.










Ada banyak jalan baru kat Sik Baling tu, jadi kena le tanya orang kalau sesat.
(tak jumpa jugak, tanya orang le ye, malu bertanya sesat jalan..)

Alamat :
Beris Lake Vineyard  (Ladang Anggur Tasik Beris)
Lot 264, Kampung Ternas
08200 Sik. Kedah Darul Aman
Tel : 604-4620466
H/P : 019-5667908
Fax : 604-4620611

Beris Lake Vineyard ni dibuka pukul 9.30 pagi – 6.30 petang. 
Tiket bagi orang dewasa ialah RM3.00, kanak kanak RM1.50.

Tuesday, April 17, 2012

Kenduri Noni kat Perlis


Assalamualaikum Sahabatku..

Kai Fa ha lu kum??? betui ke tak  kalau pronounce utk semua.... 
Kalau tak betoi tolong perbetoikan...
yang tau kai fa ha lu ki (utk perempuan)

Cik Ina ada cerita terbaru,,, tp kira-kira dah nak outdated jgk la...but Cik ina tetap nak share... 
Lama jgk tak write something dln my blog ni... 

Cik ina nak citer ni... Baru-baru ni bertarikh 30.3.2012, Cik Ina pi kenduri my ex-housemate, noni yang menjadi housemate cik ina masa kami dok sekali  kat Pmtg Pauh dulu... 
Location kenduri tu kat perlis indera kayangan... 

ni la pengantinnya.. dari jarak dekat... sweet kan... Congrats my friend
Setelah sekian lama tak jejakkan kaki kat negeri perlis,, rasanya last pi tu masa 2 thn lps kot.. and akhirnya Cik ina jejakkan kaki semula. 
Kali ni cik ina pi dgn my best friend.. Cik Noorsham Sinar or kami kengkawan panggil Sinar...  macam matahari yang bersinar... (sori la sinar yer)

Nama exhousemate merangkap pengantin ni Yusni Yusoff. Kami panggil Noni....
Masa kat pmtg pauh ada satu sorang lagi my-exhousemate i nama dia aren. Aren ni dah tamatkan zaman bujang dia masa kami dok sekali dulu lagi kat Pmtg Pauh (jarak jauh). Dukacita Puan Aren ni tak dapat menghadirkan diri kerana bertugas terlalu jauh nun di selatan.... dan tpt kenduri nun di utara,, maka tak sempat nak terbang balik..dan sekarang... kedua-duanya dah kawen,,, maka tinggal la akak sorang.. huhuhu..

Noni dah htr kad kak Cik ina jadi berbekalkan kad tersebut cik ina dapat menjejak kaki ke tpt kenduri. Apa tak nyer.. noni tak buat knduri ni kat rumah dia tp buat kat homestay tepi sungai.... nama tpt tu kat kad,, esplanade pengkalan asam....

Kenduri noni hari Sabtu. oleh kerana exited nak pi Perlis, Cik ina decide nak pi hari Jumaat,, sbb tak nak lenguh kaki drive lama-lama. maklumla kaki cik ina ni byk kali tergeleceh,, so,, kena la beringat... Cik ina tggu Cik Sinar balik keje hari jumaat tu... Setelah lunch kat nasi ayam periuk besar lagenda height, kul 3.00 ptg kami gerak.... 

Oleh kerana Cik ina melalui tpt nostalgia kat tanah merah atau sekarang lebih dikenali dgn nama bandar darulaman (tpt menimba ilmu kat POLIMAS),  cik ina singgah sebentar kat rmh member lama masa sekolah rendah.. diulang sekolah rendah yer (cuba bayangkan berapa lama kami berkawan baik).Nasib baik  Puan Hana Seman (nama FB) ada kat rumah. 

Kami berdua teruskan perjalanan ke Arau.. Oh Ya,,, Cik ina lupa nak bgtau, selama kat PErlis ni cik ina nak bermalam di Arau- rmh sepupu Cik ina. 
Dah janji sebulan yang lalu tu.. 


Siap book dia jadi penunjuk arah lagi. Nsb baik sepupu cik ina ada kira kurang bajet ckit.. kalau tak kena la cari bajet lebih nak pi dok kat Hotel kan... 

Malam tu mmg cik ina dgn sepupu plan nak pi makan kat Kuala Perlis. 
Lama tak menikmati sotong goreng tepung Kuala Perlis. 
Rasa dia mmg lain cikit dari tempat lain. May  be tepung yang digunakan dan cara goreng tak sama dgn tpt lain. 


Ni la sotong goreng tepung yang diidamkan.... yummyyyy

Kalau dah kat Kuala Perlis, tak sah la kalau tak makan nasi dengan ikan yang segar-segar kan.. Kami order ikan seekor tp potong 2.. setengah bakar dan setengah lagi buat masa 3 rasa.
dah sampai tp ikan bakar blm sampai.. jom makan dulu..

Cik ina dgn cik sinar

cik sinar dgn my seppu- cik najwa adni

Pagi 31.3.2012.. setelah bersiap sedanya... kami bertiga pun mula operasi mencari esplanade pengkalan asam dan akhirnya ketemu jgk.... 
Parking yg dkt tak de maka kena park seberang sungai. Utk shorcut ada jambatan gantung ke sana but kalau take long cut kena lalu tepi jambatan jalan raya yang tak berapa luas. maka kami decide nak adventure ckit,,, kami naik jambatan gantung...
 Boleh tahan jgk la .. nnti cik ina post picturenya,, sbb pic nya dalam camera.



Ok,, dah jumpa... layannnnnnnn


















ni la pengantinnya... Comei tak???


At last dapat juga kami bergambar dengan pengantin setelah peluh-peluh tunggu 




Cik ina dgn Puan Iffah

After solat zohor, dlm kul 4 kami gerak ke Padang Besar. Saja nak jejalan alang-alang dah jejak kaki ke Perlis ni kan... Tapi bajet lari sikit,, so tak leh shopping byk2. Huhuhu tapi at least sempat curi masa ke sana. Alhamdulillah selamat sampai  kat Pdg Besar.





Cik ina bergerak balik ke Sungai Petani dalam kul 6.00 petang. OTW balik, cik ina singgah sebentar kat Bandar Darulaman.Cik ina nak singgah ke gerai "Jan Western". Kedai ni tak special sesangat tapi yang penting adalah kedai ni telah dibuka oleh junior Cik ina iaitu Faizal atau lebih dikenali dengan nama Jan. Dia ni Jurulatih tetap yang mengajar budak2 junior Pengakap Polimas setiap hari selasa( kalau tak silap). I dah lupa hari apa kokorikulum kat Poli. 










Tuesday, February 28, 2012

Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan

Salam Semua...

Just nak share saja....bukan nak gosip.. tapi tumpang gumbira....
kot la ada sapa2 yang tak tau...
Citer ni pun cik ina ambik dari website  mynewshub.my

So.. sapa nak tau lebih lanjut blh buka website tu...


PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi.
Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, dekat sini dan masih lagi belum diberikan nama.
Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail mengesahkan khabar gembira kelahiran bayi itu walaupun Ekin diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai komplikasi sewaktu dalam proses untuk bersalin.
“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
“Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir dalam mStar Online.
Buat sementara waktu ini, pasangan artis yang bahagia dengan kehadiran orang baru itu enggan mendedahkan bayi mereka memandangkan mahu memberikan ruang buat Ekin untuk berehat sepenuh masa.
Bagaimanapun, sebuah majlis kesyukuran untuk menyambut orang baru itu bakal diadakan dalam masa terdekat ini.
Mawi dan Ekin bernikah pada 21 Disember 2008 dengan acara yang penuh gilang gemilang dan Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun lepas.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Akhirnya...... mawi dapat baby.... congrat mawi n ekin.... 

sambungan dari entry ni...

Cik ina petik dari blog ni...

Berkaitan dengan nama anak mawi dan ekin ini pula adalah pilihan mereka berdua selepas beberapa lama mencari idea untuk nama baby itu.menurut sumber dari gua.com.my mawi berkata nama tersebut membawa makna cahaya permaisuriku.Difahamkan Cahaya Malaika merupakan nama pilihannya dan Ekin.jom layan gambar anak sulung mawi dan ekin..