Salam Semua...
Just nak share saja....bukan nak gosip.. tapi tumpang gumbira....
kot la ada sapa2 yang tak tau...
kot la ada sapa2 yang tak tau...
Citer ni pun cik ina ambik dari website mynewshub.my
So.. sapa nak tau lebih lanjut blh buka website tu...
PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi.
Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, dekat sini dan masih lagi belum diberikan nama.
Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail mengesahkan khabar gembira kelahiran bayi itu walaupun Ekin diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai komplikasi sewaktu dalam proses untuk bersalin.
“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
“Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir dalam mStar Online.
Buat sementara waktu ini, pasangan artis yang bahagia dengan kehadiran orang baru itu enggan mendedahkan bayi mereka memandangkan mahu memberikan ruang buat Ekin untuk berehat sepenuh masa.
Bagaimanapun, sebuah majlis kesyukuran untuk menyambut orang baru itu bakal diadakan dalam masa terdekat ini.
Mawi dan Ekin bernikah pada 21 Disember 2008 dengan acara yang penuh gilang gemilang dan Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun lepas.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Akhirnya...... mawi dapat baby.... congrat mawi n ekin....
sambungan dari entry ni...
Cik ina petik dari blog ni...
Berkaitan dengan nama anak mawi dan ekin ini pula adalah pilihan mereka berdua selepas beberapa lama mencari idea untuk nama baby itu.menurut sumber dari gua.com.my mawi berkata nama tersebut membawa makna cahaya permaisuriku.Difahamkan Cahaya Malaika merupakan nama pilihannya dan Ekin.jom layan gambar anak sulung mawi dan ekin..
sambungan dari entry ni...
Cik ina petik dari blog ni...
Berkaitan dengan nama anak mawi dan ekin ini pula adalah pilihan mereka berdua selepas beberapa lama mencari idea untuk nama baby itu.menurut sumber dari gua.com.my mawi berkata nama tersebut membawa makna cahaya permaisuriku.Difahamkan Cahaya Malaika merupakan nama pilihannya dan Ekin.jom layan gambar anak sulung mawi dan ekin..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen