Wednesday, November 28, 2012

Fenomena Durian Crepe

Assalamualaikum kengkawanku
>> Durian Crepe... <<  apa tu yer
>> Durian Crepe..  <<  sedap ke??
>> Durian Crepe..  <<  ishh teringin nak rasa plak..

Mula-mula yang bermain diminda cik ina, apakah itu durian crepe. Sedap ke tak ye.. harus try ni.. Pastu Cik ina ada  terbaca blog my sifu iaitu Puan Myra cerita durian crepe ni. 


Apapun cik ina nak ucap tahniah kepada pencetus idea yang mencipta resepi ini sehingga kejap jer dah menjadi melotup. Cik ina rasa, durian Crepe dah jadi fenomena luar biasa. Sungguh cepat dia glamer no..

Cik ina pun tak terperasan kenapa tetiba aje Durian Crepe jadi kegilaan.. Tetiba aje muncul dalam FB cik ina yang diperkenalkan oleh Farhana Kirana... dan entah bilakah resepi baru ini muncul??

Maka cik ina pun tercari-cari kat mana blh rasa durian crepe ni.. Nak jadi cerita jumaat lps iaitu 23.11.2012 cik ina berkesempatan ke Penang. Maka dgn pertolongan rakan sekerja cik ina dulu iaitu kak wati, dia telah beri no phone kedai kek pembuat durian crepe ni yang terletak kat balik pulau. 
2 sahabat yang mencari durian crepe
Oleh kerana Cik ina teringin sangat nak makan, dan sahabat cik ina zatul,yang bersama dengan cik ina pun turut terpengaruh dengan cik ina kami pun ke sana. Rezeki kami .. durian crepe masih ada stok.. alhamdulillah.. 

  Layan gambar cik ina n zatul sejurus selepas beli. 

ee tak sabar nak makan ni

masuk keta jer.. terus bismillah n ngap

ermmm sedapnyaaaaa
Selesai makan baru la gerak balik ke sungai petani. Sedap jgk no... Kepada sesiapa yang x pernah rasa dan teringin nak rasa, tgk website ni -->> KEDAI KEK SBE

Tuesday, November 27, 2012

DINNER with Geng kat Tanjung Dawai

Yes,, akhirnya plan menjadi,, Dh 2 bulan kami rancang sejak balik dari P.Pangkor hari tu. Akhirnya dapat juga rakan cik ina ni menziarahi cik ina serta rakan-rakan kami yang lain kat Kedah ni. 
Rakan cik ina ni dok kat Kuantan Pahang. Dia kata dah 11 tahun tak jejak kaki ke kat kedah ni.. Lama jg kan. Kalau kami dah ada anak, maybe dah darjah 5. B4 ni kami hanya bertemu di FB dan juga sms jer. Kali ni kami bersua muka dan berpeluang melawat kawan serta adik-adik kami kat Polimas. Rakan yang dimaksudkan adalah Kim Akhamsiah (nama FB).

ni la orangnya... cun kan

Hari pertama kim mai, cik ina kena keje lagi jadi mlm baru sempat kami berborak. Mlm ni kami akan berjumpa sahabat cik ina yang sorang lagi memang dok kat sini iaitu Zatul. Zatul ajak kami mkn kat Tanjung dawai lagi. Ermmm dah terbayang ikan bakar atau siakap 3 rasa ni.. 

Pukul 9.00 kami pun gerak dan berjumpa kat Petronas Merbok dan setelah Zatul dan suaminya Leman sampai, kami ke sana sebiji keta jer. Bila sampai kat kedai pilihan, rupanya kami kena tunggu sorang lagi rakan lama iaitu cipon dan anak isteri. So,, sambil tunggu makan, kami tunggu depa sampai. 

Bila cipon dan isteri sampai, tggu apa lagi,, makan la.. Sedap makanan kat sini tapi harga pun blh tahan la. Thanks to Leman dan Zatul sebab belanja kami makan. 
yes,, mknan sudah sampai

Menu yang dipilih adalah Ikan siakap 3 rasa, Kailan ikan masin, sotong goreng tepung, telur dadar dan kerabu mangga. Yummy... 

Sebelum makan,,, kita bergambar kenangan dulu

Ni anak cipon dan mar

 Bila dah bertemu dgn geng, makin meriahla kami sebab lama tak jumpa. Macam2 cerita sampai nak ke larut malam pun tak sedar dah..

Terima kasih daun keladi,, nnti kita jmpa lagi... 
****************

Hari Sambutan 100 tahun SKMP

Tak sabar nk citer ni.. Maklum la hari yang dinantikan telah tiba. Tanggal 10.11.12,walaupun serba kekurangan, majlis sambutan 100 ini telah berlangsung dengan jayanya.Sambungan daripada entry lepas iaitu Sambutan 100 dan Perasmian Surau SKMP  

 Cik ina teramat la letih sebab kelmarin dah sehari suntuk berkampung kat sekolah. Pastu mlm after Isyak, Cik ina ke UPTOWN sp plak nak cari tudung. Tudung tak beli lagi sebab baju baru ambik kat tukang jahit.
Hari yang sebelumnya cik ina balik kampung untuk ambik baju yang ditempah khas untuk majlis ini. Baju ni semua kena pakai sebab kain semua dapat sorang 4 meter.

Seawal pagi semua guru dan stafft elah bersedia dengan tugas masing-masing. Nak tau apa tugas cik ina hari ni.. Tugas cik ina hari ni adalah menyampaikan cenderahati dari warga SKMP kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kita. 


 Mari kita lihat gambar-gambar yang menarik di sekitar majlis ini berlangsung... Layannnn












Sekitar Sambutan 100 tahun

Persediaan untuk majlis ini sangat memenatkan. Tambahan pula sekolah cik ina ni serba kekurangan dan kos yang terhad. Nak jadikan cerita,1 week b4 the majlis, nasib baik PPDKMY sudi bagi bantuan cat untuk mengecat bangunan dan apa yang patut. Alhamdulillah..

Dan juga budi IKM yang sekali lagi buat tempat Timbalan Perdana Menteri tandatangan.

Mari kita layan gambar di sekitar menjelang Majlis Sambutan 100 tahun ini...

Pensyarah dan pelajar IKM sedang menyiapkan tempat tandatangan 


Cat


Guru dan pelajar sedang buat kerja kontrak

Dah hampir siap


Pasukan kompang sekolah buat rehersal

Sunday, November 4, 2012

Sambutan 100 dan Perasmian Surau SKMP

Salam semua.. Dah dekat hujung tahun dah kan. Pejam celik-pejam celik sekolah cik ina bakal menyambut Sambutan 100 tahun seperti yang dirancangkan sejak awal tahun lagi dan juga perasmian surau sekolah yang akhirnya berjaya juga disiapkan setelah terbengkalai selama beberapa tahun. 

Dulu cik ina pernah post entry mengenai Majlis Makan Malam Sambutan 100 tahun dan kini masanya telah tiba untuk Sambutan 100 tahun pula. Alhamdulillah, akhirnya akan terlaksana juga setelah semua persiapan telah dibuat seperti gotong royong mengecat yang melibatkan semua pelajar, guru dan staf supaya majlis ini berjalan dengan lancar. 

 Akhirnya  majlis sambutan tu akan diadakan mengiikut ketetapan seperti kad jemptan dibawah dan yang paling bangga sekali, Timbalan Menteri Pelajaran akan merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun ni.   



Pihak sekolah juga menjemput agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang menarik untuk dikongsi bersama penduduk tempatan. Diharap semua penduduk setempat akan hadir untuk memeriahkan lagi sambutn ini..
JEMPUT LA...