Monday, October 29, 2012

Jom Bersenam...

Cer teka apakah itu,,, mesti semua tau kan...

Kita semua pernah guna benda ni masa kita sekolah dulu2. Sekolah rendah je. Sek menengah dah segan nak guna benda ni.. Biasala.. perempuan kan.. hehehe (mesti malu)

Yes,.. betui.. jawapannya adalah gelung rotan.. yang ni versi org dewasa. Yang paling kecik tu je versi kanak-kanak.. Yang besar gedabak tu tak tau utk sapa sbb cik ina guna yg kelima dari kecik tu pun kira dah berat n payah juga.  

Mesti semua tertanya-tanya,, agak2 blh ker lagi kita bersenam guna gelung rotan ni..
Apa pun kita try dulu la kan... Cik ina dah try dan masih lagi tak lupa cara2 bersenam guna gelung rotan ni... Tapi anda cuma perlu berhati-hati masa nak stop je sbb takut kena kali. Sakit kot..

Kalau sapa berminat nak beli, blh cari cik ina. Cik ina akan bg direction kedai tu kat mana... 

Wednesday, October 17, 2012

ABC SEDAP

Pada suatu masa di suatu tempat baru-baru ni,, Cik ina berpeluang merasa ABC sedap. 
Orang kedah panggil ABC tu ais kacang la. ABC ni direkemenkan oleh rakan serumah cik ina... iaitu Syada.. Mmg marbeles la... 
Mmg tepat sekali la.. sekali rasa,, nak p makan sekali lagi. Dah la presentationnya pun menarik, kacang pun banyak, siap boh topping coklat dan sikit topping strawberry.. tengok pun dah terliur.  
Ermm mmg yummy la. Tak jumpa lagi ABC kat area kedah macam ni.. Tetapi kat kedah ada juga ABC special walaupun nmpk sempoi.. 
Ala,, kedai AIS KACANG GEBU yang pernah cik ina story dulu tu...
Lokasinya adalah kat medan selera seksyen 3 shah alam.. ala,, dekat dgn uitm shah alam. Sesapa yang pernah dok sana mesti tau punya la..
Insyaallah,, kalau ada umur panjang kita pi makan lain yer syada

* Thanks to syada sbb bawa cik ina pi makan kat sana.

Tuesday, October 16, 2012

Mari kita Selawat...

Salam semua...

Mesti korang terperasan, kadang2 ada doa, atau hadis atau kata semangat dlm blg cik ina sejak akhir2 ni.. Niat cik ina ikhlas,, untuk share...



Tapi cerita juga bagaimana ia bermula...  
Cik ina nak citer, hari tu masa break.. kat opis, ada seorang ustazah ada tegur, letak la doa ke, hadis ke, atau yang sewaktu dengannya.. Jadi,, untuk penambah baik kan.. cik ina pun letak la doa or hadis dalam ni....
Moga dengan itu dapatlah kita share atau kongsi...

Wednesday, October 3, 2012

Ke Petrosains pula

Kisah ini bersambungan daripada kisah ROMBONGAN SEKOLAH SAYA yang lalu. Kalau nak citer semua dalam entry lepas nnti tak celuih pulak pic cik ina nak letak. so kita buat entry baru...

Selepas kami naik KLCC skybridge, kami menunggu bas yang lagi satu sampai untuk lawatan seterusnya iaitu ke Petrosains. Rupanya penat jg berjalan sepetang dari station ke station lain  kat petrosains ni no. Yang budak2 ni plak mcm tak mau keluar. Puas kami dgn cikgu2 ni ligan sbb masa nak cukup dah. Semua depa nak naik dan buat.. Fuh.. agak2 penat jalan ke penat ligan.. hahahaha.. Layan je pic yang sempat diambik





R