Friday, September 28, 2012

Rombongan Sekolah Saya...

Rombongan... Eh,, rasanya ayat ini kita dengar masa kita bersekolah la kan. Best tak tajuk tu..rombongan sekolah saya macam karangan bm kat sekalah plak kan... tapi memang betul la. Memang tajuk nya rombongan sekolah tempat cik ina mencari rezki pun. 

 Ha,, utk yang dah tua2 pun ke sekolah macam cik ina ni,, ayat rombongan ni dah biasa… Kenapa?? sebabnya Cik ina baru saja balik dari rombongan sekolah,, 2 biji bas lagi tau. Jenuh juga la nak handle budak2 sekolah rendah ni tapi pujian harus diberikan kepada yang mengawal selia mereka ini kerana kami telah selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah…


Opsss terlupa cik ina nak bagitau kemana destinasinya. 
This time we all go to Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai (apa lagi utk shopping la). Nilai ni kami pi hari pertama. Jangan terkejut kalau cik ina kata student lagi shopping sakan daripada cikgu dan kerani sekolah. Siap beli remote control car lagi. Iskkk budak2 ni tak sayang duit ker.. 

Rasanya habis dah duit raya depa ni. Maklumla semua dan tiket masuk ke tempat yang dirancang telah ditempah dan  makan kami semua telah diorder khas dari sedara cikgu yang menetap di kwasan ni. Jadi depa ni mmg hanya bawa duit shopping jer la.

Destinasi pertama kami adalah ke Bukit Cerakah. Nk citer cikit, sebenarnya walaupun usia cik ina ni nak dekat 34 tahun, tapi Bukit Cerakah ni cik ina tak pernah pi lagi. 

Kesian kan.. hehehe.. Selepas ronda2 bukit cerakah dan masuk rumah iklim yang oada masa ni musim luruh yang tak berapa nak luruh lagi… 



Setelah puas meronda dan sedikit kepenatan, kami ke Putrajaya plak.. Kami sampai dalam kul 12.00.  Kami ronda kawasan sekitar di tengah hari yang panas sampai mata pun tak leh buka.. tgk la pic cik ina tu.. hahaha... Sementara menunggu masa makan tengahari yang telah ambik semasa kami otw ke sini. Selepas kami lunch, semua ahli bersolat zohor dan asar qasar di masjid Putrajaya yang menjadi kebangaan kita semua ini. 


Ada satu kenangan kali ke3 kaki cik ina di masjid ini. Nak tau kenapa, sila tgk pic cik ina jer la. (Nak tunjuk ke tak ni) Malu plak nk bgtau. 

Selepas tu kami melalui KLIA dan terus ke Nilai. Kat Nilai ni Cik ina hanya beli tudung yang murah jer dah satu beg. Nanti cik ina tnjuk beg tu ye.. Sebab tak bershopping adalah kerana tak tiba musim gaji dan juga sebenarnya cik ina baru saja bercamping kat pulau pangkor. Jadi ongkosnya kurang.  Opsss baru teringat.. cik ina lupa ambik gambar kat nilai.. (mcmmana bleh lupa ni sbb acara wajib utk cik ina tu)Cbuk shopping la kot kan..

Sori sesangat kepada kengkawan kalau tak dapat cenderahati dari cik ina sebab limited ckit. 
Macam ni la.. kalau ada masa, tak de duit, kalau ada duit plak, kita tak de masa. Setelah habis Shopping kami terus mancari tempat penginapan kami di Seksyen 15, Kompleks Otomobil iaitu –De Impian Inn yang blh menempatkan kami semua seramai 80 orang.  

Hari kedua pula adalah melawat ke Kuala Lumpur. Kali ni ahli rombongan berpecah dua. Satu bas melawat tugu Negara, istana Negara dan lagi satu bas akan ke KLCC untuk naik skybrige dan ke tingkat atas. CIk ina berpeluang ikut bas yang ke KLCC dan  cik ina rasa sangat teruja. Maklumla dah tua2 ni pun tak dpt naik lagi jejantas KLCC tu. Tak sabar rasanya.  Anda boleh lihat DISINI untuk cerita ke KLCC..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen