Pernahkah anda sedih..
Kenapa anda sedih..
Kali ini cik ina nak share sikit....
Cik ina tersangat sedih kerana telah ditengking oleh seorang..
tersangatla sedih sebab mak abah cik ina pun tak pernah buat macam tu..
Korang bayangkan kalau korang yang ditengking, dan matanya terus pandang ke muka kita dan dalam masa yang sama meja dihadapan korang tu ditepuk dengan kuat. Nsib baik tak pecah cermin meja dan tak tercabut jantung cik ina dengan tindakan drastik ini.
Yang pastinya orang ini bukan my family,sedara, kawan baik tetapi orang yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Salahkah kalau kita menengakkan kebenaran. Memang kejadian ini bermula dari kesilapan cik ina yang menyatakan sesuatu tetapi ia memang melibatkan sesuatu yang akan dihitung pada jangka masa panjang nanti. Walaupun pahit tetapi rasanya ada cara lain yang boleh diselesaikan tanpa perlu melakukan sebegini... Bersabarlah wahai hati walaupun ini kali ke dua ditengking sebegitu rupa..
Cik ina tak nak panjangkan kisah ini cuma cik ina nak luahkan kesedihan cik ina ni jer...
Nasib baik ada kengkawan yang memahami cik ina..
Thanks u olls yang terlibat,,,
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim
KEPENTINGAN HADIS
Kepentingan hadis tersebut ialah Rasulullah mendorong menahan emosi ataupun jiwa dan tidak marah dengan menjelaskan pahala orang yang memiliki sifat mulia tersebut. Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda,”Tidak ada teguran yang lebih dicintai Allah dari teguran kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba tidak menahannya karena Allah kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dengan iman.”
Ibnu Katsir setelah menuturkan hadis tersebut berkata,”Imam Ahmad meriwayatkan sendirian dan sanadnya hasan, tidak ada yang cacat, dan matanya hasan. [1]“Rasulullah bersabda, “Siapa yang menahan amarah dan ia mampu untuk meampiaskannya, maka ia akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya memilih bidadari mana yang ia suka.”[2]
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen