Wednesday, September 26, 2012

Camping Kat Pulau Pangkor ...paling best

Perkhemahan Pengakap Kelana

Tempat          : Rimba Camp Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Tarikh            : Tanggal 14-16 September 2012
Peserta         : 80 orang ahli Pengakap Kelana Polimas



Teruja... tak sabar... dan tido tak lena.. dah lama tak alami perasaan cegini kan. Nak citer ni... itulah perasaan cik ina sebelum tiba tanggal 14.9.12. Apa tidaknya.. Sudah lama rasanya tak melangkah ke Pulau Pangkor. Rasanya last ke sana, masa Cik ina kat UUM iaitu tahun 2002. Kiranya kalau dicongak kembali maka dah nk dekat 10 tahun. Wow dan tetiba rasa diri dah semakin tua. Keceriaan cik ina bertambah kerana sahabat cik ina yang juga masih solo ikut serta. Siapa lagi kalau bukan kim akhamsiah (nama FB la plak). 

Pada mulanya cik ina mmg plan cantik dengan junior poli cik ina, Farra Ashnie (pun nama FB) dan tetiba saat-saat akhir Cik Farra tak dapat ikut disebabkan kekangan tugas. Apakan daya dan Cik ina pun terpaksa melelongkan diri di Group Geng kami YTDT dan akhirnya cik ina dapat juga pergi ke sana bersama junior bekas student POLIMAS yang telah bekerja. Alhamdulillah... hanya tunggu masa nak pergi. 

Setelah tiba hari yang di nanti,,, kami 2 biji keta yang bertajuk sama iaitu Pesona menyusur highway sehingga ke exit Changkat Jering dengan gagahnya.... dan selamat tiba ke Jeti Lumut sebelum Solat Jumaat bersama-sama bas POLIMAS. So, dapatlah ahli jemaah lelaki ni tunaikan solat jumaat terlebih dahulu. 



ni la geng pesona - masa kat hentian rehat..
Lokasi kami menaiki bot adalah kat Jeti Marina. Disitu telah siap sedia menunggu family abg Yazid dan kak ima, Cik Kim kita dan juga senior yang lama tak jumpa iaitu abg awie. 


 Apabila dalam bot, mmg terlihat keterujaan semua . Meh kita layan gambar yang sempat diambil dari camera ayie. 


thnks to cik det kerana reserve tpt kat kami 2



Aktiviti kat Pangkor ni memang best la... Tapak camping pun bersih,selesa walau ada kawan baru dari atas pokok yang dok usha jer. Pantang lepa, makanan kita habis. Surau pun luas dan chalet untuk pensyarah dan super senior pun berdekatan dengan pantai dan ruangan aktiviti. Untuk makan, agak berlainan dengan camping yang lain sbb ada tokei western. Jadi makanan pun ala-ala western gitu. Siap ada sponsor ketam rebus lagi pada malam tu.. caya la abg yazid... yang tetiba dapatkan sponsor tu... Bagi aktiviti plak, Cik ina lihat dari kacamata hati cik ina (walaupun tak pakai cermin mata) agak bagus perancangannya. Kiranya setiap slot tu terisi dan santai dan yang penting menggembirakan semua. 




Hari pertama pun dah terasa keterujaan nak mandi laut tapi hasrat tu terpaksa dipendamkan kerana takut sunburn.. Cewah.. cik ina ni tak takut sunburn sebenarnya tapi memandangkan cik ina akan mengikuti rombongan sekolah pula pada ahad malam, maka terpaksa limitkan aktiviti mandi laut pada jumaat yang mulia ini.

Hari ke dua, Sabtu - juga tak kurang meriahnya. Slot mula yang paling menarik iaitu senamrobik dan sarapan ala-ala western gitu. Menunya roti dan mushroom soup prepared by Jan western. Mmg happening la dan best la geng AJK conduct. 
Paginya cik ina berkesempatan menyusur pantai hingga ke ujung tpt kami camping masa dulu. Sungguh mengujakan walaupun tempatnya dah berubah 100%. Cik det pun ikut sama untuk menikmati keindahan pantai. Sempat juga la kami posing ats batu.. tpt lepak dulu..




Tgharinya plak , siap ada acara tunggu ombak lagi. Dan kali ni penglibatan peserta juga memang sempoi. Payah nak dapat peserta macam ni setakat cik ina join camping lately ni. Apa pun - Tahniah kepada geng AJK yang berjaya menghandlekan camping ini dengan jayanya. 



Pada hari ketiga pula, walaupun angin kuat dan hujan pada awai pagi, ianya tetap tidak mematahkan semangat peserta perkhemahan ini. Mereka tetap meneruskan persiapan pulang dan mengemas barang seadanya.


ni la geng senior yang dari dulu sampai sekarang join


ready - waiting van pink color


dah sampai jeti marina...
...........Apa pun, walau segembira mana pun kita, walau ke mana kita, adap sopan kami masih dijaga. Kan kengkawan kan.... Sebab itu kami semua masih bersahabat sampai sekarang........


 Firman Allah SWT yang bermaksud, 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 

(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen