Wednesday, February 13, 2013

dangai

Assalamualaikum semua..
Apa tu dangai,, benda apa tu.. Ha.. kalau korang yang tak tau, dangai ni sejenis makanan tradisional la belah utara rasanya. Sedap kot..  tapi disarankan makan sesekali je sbb nyok banyak.
Pinjam pic pak cik google

Ada sesapa pernah makan tak?? Kalau korang teringin nak makan dangai ni ada dijuai kat pasar malam gurun pada hari jumaat mlm. 
Cik ina tertarik nak tau cara nak buat dangai.. Dulu mak ada buat tapi sbb tak jadi fav abah jadi mak tak buat la. Dangai ni simple je.. Meh kita tgk cara nak buatnnya...


Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 sudu garam halus

Untuk taburan
Gula putih secukupnya
Gula merah secukupnya

Cara-cara :
1. Gaulkan kelapa parut, tepung pulut, secubit garam dan 2 sudu besar gula.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Tekan satu bahagian ke dalam loyang yg telah disapukan sedikit butter/minyak masak.
4. Taburkan gula putih dan gula merah secukupnya ikut selera masing-masing.
5. Tuangkan separuh lagi adunan dan tekan padat.
6. Bakar dlm oven pada suhu 175 darjah celcius sehingga agak kekuningan. Membakarnya tidak perlukan masa yang lama. Jadi, always on the look out ye puan-puan...jgn sampai terlebih garing


Sepatutnya bakar dengan arang baru aroma dangai tu sedap.. Kat pasar malam tu bakar dengan arang tau...

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisl8BQ8Kzl9bwQG88GgVLHpet0XcS6szU7PoSRRSl1CUzFPffUsWxUmDpXKzQEa3eDN_7JA94qBzEg9l4rmgWcZn-8McjSS6jP-D1N7IhUB9T6jJ8lHB7JDtt1iWqApCKIWh_nLoMzTgo/s1600/dangai.jpg

Sumber : SINI Uiks

Power Bank..

Last week cikgu sekolah cik ina ajak cik ina share beli power bank. Memang lama dah cik ina cari power bank ni tapi tak terbeli lagi. Ada order kat Puan Myra tapi hari tu pi jumpa dia tak ambik pun. Isk awat lupa tah hari tu, sbb kenyang makan bawal goreng panas juru sampai lupa. Bila Cikgu kat sekolah ni inform kata 24,000mAH, jadi tertarik juga la. Sbb tak sabar dgn nak cepat cik ina pun setuju share order dengan cikgu B. So, dengan malunya terpaksa cancel order kat Puan Myra. Jadi sesapa nak order POWER BANK  boleh order kat Puan Myra

Kat bawah tu details power bank yang cik ina order...

Highlights

  • Up to 78% OFF 24,000mAh Universal Dual-Port Power Bank with 1-year warranty!
  • Available in 5 colours: Blue, Pink , Green, Black and White
  • Compatibility: iPhone, iPad, Samsung, Nokia, HTC, PSP, digital cameras, and etc
  • Compact and lightweight for convenient traveling
  • Includes 1-year warranty for manufacturing defects
  • FREE Delivery Nationwide

Merchant Information

Today’s StreetDeal offers up to 78% OFF 24,000mAh Universal Dual-Port Power Bank with 1-year warranty. Choose either:

•    1 Unit for only RM108 instead of RM450
OR
•    2 Units for only RM199 instead of RM900



Now you can charge your phone or even your tablets on the go with today’s StreetDeal. The 22,000mAh Powerbank is an ideal gadget to have around when travelling especially during long the long drive home for the upcoming festive season. Whether it’s your smartphone, tablet, PSP or any USB driven device you won’t have to worry about it dying on you with the 22,000mAh Powerbank.




The powerbank has two USB ports that can charge two digital devices at the same time. This powerbank has been proven to be safe and reliable!


Product includes:
•    1 x power bank charger
•    1 x USB cable
•    6 x connectors

Sumber : Street Deal

Senyum : Polis Dan Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, 
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis  : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis      : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…


Tuesday, February 12, 2013

Aku Yang Tersakiti - JUDIKA

 Cik ina amat berminat dengan lirik lagu ni. Amat menyentuh  hati,, cewahh.. Laaa,, rupanya lagu dari seberang lagi.. B4 ni pun cik ina post lagu dari seberang jugak kan.. Nanti kalau ada yang cik ina berkenan lagu kita, cik ina kan post entry jugak pasai lagu tu.. B4 kita dengar lagunya, kita tgk dulu sapa dia penyanyi ni...



Judika Nalon Abadi Sihotang
Judika Nalon Abadi Sihotang dilahirkam di Sidikalang, Dairi, Sumatera Utara, 31 Agustus 1978; umur 34 tahun) adalah seorang penyanyi berkebangsaan Indonesia yang meraih runner-up Indonesian Idol 2. Ia adalah anak ke-6 dari 7 bersaudara menghabiskan masa kecilnya dengan berbagai macam kegiatan. Bakat bernyanyinya sudah tampak semenjak Judika masih duduk di bangku Sekolah Dasar Inpres di Brastagi. Bahkan ia sempat membuat grup vokal bersama Roy (adik), Juneidi (sahabat) dan Jonathan (sahabat) dan juga dikontrak di sebuah hotel internasional berbintang 5 di Brastagi.Selain bersolo karir, saat ini Judika juga menjajal sebagai anak band dengan menjadi vokalis Mahadewa sebuah band yang digawangi Ahmad Dhani.Tak hanya berprofesi sebagai penyanyi, Judika juga mulai merambah dunia akting. Ia bermain di film "Si Jago Merah" pada 2008, dan pada 2009 bermain di film "The Tarix Jabrix 2". Bersama kekasihnya, Duma Riris Silalahi ia juga bermain di film "Impal (pariban)".Di ajang Indonesian Movie Awards 2009, Judika mendapatkan penghargaan dalam kategori Pemeran Pendatang Baru Pria Terbaik lewat film "Si Jago Merah".




Jom nyanyi sesama................

Judika – Aku Yang Tersakiti
Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia


Sumber : sini dan sini

Simple Giveaway Aisyah Humaira'

Wahai kengkawan mari kita turut serta,
Simple giveaway nama tertera,
Jom kita memeriahkan suasana,
Agar dapat kita beramah mesra
Sesama blogger dapat saling bertegur sapa.

Klik sana klik sini dah siap
Jadi marilah kita bersiap
Untuk hadiah kita berharap,
Moga tuah Cik ina kali ni melekap

Hadiah menarik ramai sponsor pula,
Jom semua klik banner atas je la,
Jangan tunggu jangan leka,
GA tamat 16 FEbruari je.


P/s : moga cik ina tersenarai jgk dlm penerima hadiah.. amin..