Wednesday, December 24, 2014

Brastagi - Medan ♡ Day 3 ♡


*****************************************************************************
Bangun pagi ni di Brastagi ni agak sejuk juga. 
Maka kemalasan menguasai diri masing-masing.. Letih jln jauh kat klia2 pun masih terasa. Nasib baik baju kami semua dah iron sebelum tido. Kami bersiap dan breakfast pukul 8.30 pagi. 


Tengok-tengok menunya macam sama je dengan kat danau toba. 
Nasi goreng pun colornya hampir sama. 

Lps breakfast kami ambil peluang utk merakamkan kenangan indah kat hotel ni. Bilik kami sebenarnya depan pool je tp oleh kerana x bawa baju mandi jadi x mandi la... cewaah macam la betul kan.. yang bebenornya oleh kerana cuaca masih lagi berdebu debu dari gunung Sinabung maka kami posing ala kadar je.

Sorang kat depan bilik sorang kat pool,kat pokok


nampak tak kat lantai tu.. debu
Time to check out...yeye nak pi ke Medan lak... 


Depan hotel Green Garden..
Niat nak ke pasar buah tp cuaca x mengizinkan.Huhuhu sedih juga tp kesihatan lagi penting kan. 
Jom ke Medan kita. OTW kami nampak Gunung Sinabung yang masih mengeluarkan debu untuk hari yang ke3.


tak berapa nampak sangat gunung sinabing sebab byk debu
Pic ni Cik ina amik dari google -yang ni clear ..
1. TAMAN ALAM LUMBINI

Kami singgah dengan niat nak tengok je kat taman ni. Dengar kata semua emas.. Tapi x buka lagi sebab tengah dok sapu debu.. maybe lambat cikit penjaga pagar tu kata. Dedek cakap Taman Alam Lumbini terletak di Desa Tongkoh, di kaki Gunung Sibayak. Jarak Taman Alam Lumbini dari Berastagi sekitar 8 km dan dari kota Medan sekitar 55 km. Daya tarik utama Taman Alam Lumbini adalah replika Pagoda Shwedagon yang ada di Myanmar. Tinggi pagoda mencapai 46,80 meter, merupakan pagoda yang tertinggi di Indonesia. 






Jalan masuk ke Taman Lumbini
2. SINGGAH DI PENATAPAN

Mulanya kami rasa nak minum teh, tapi bila tgk ramai orang yang singgah maka x jadi. Tetiba baru ingat hari ni Ahad, jadi hari cuti mingguan di sini.. Tak pe,,, kita teruskan perjalanan... 

Ni pun puas tunggu orang tak de...
Sebelum balik Cik Ina ternampak ada orang juai jagung plak... Issk i ni pantang nampak jagung mesti beli...  maka cepat je cik ina p order... sedap nampak.. Jagung dia ada letak sos tau...  Harga jagung ni = IRD5,000


Jom try jagung sini plak..
3. Shopping Telekung dan kain
Kami tiba di Medan hampir jam 1.00 petang. Destinasi pertama--- Kami terus dibawa ke Jalan Wajir untuk membeli kain suit dan telekung. Tang ni akak suka....suka suka suka.. Nak masuk kedai kain ni pun banyak halangan. Kami ber5 diserbu oleh penjual jalanan. Puas nak tepis juga. 



dari google sbb cik ina x sempat amik. excited nak pilih sangat
Masa kami masuk tu tak ramai orang sangat tapi masa asyik memilih tu,, punya la ramai orang. Nak jalan pun payah ..Kat sini tak berapa murah tapi nak jimat duit, ada geng yang nak guna kredit card maka tempat ni la sesuai..  Nnti tgk Cik ina beli apa ye... jeng jeng. Sebab sepupu kata kat Pajak ikan lagi murah.. huhuhu.. tapi x pe la,, kredit card punya pasai.. pejam mata noo


Jom pilih... yang tudung merah tu la Elfy sales girl kami yang comel..
Siap hafal nama kami lagi
Model kain baru...
Beli kain ni utang bank.. jadi tak masuk dlm duit yg bawa belanja Cik ina.

Tips.. kat pintu kedai tu- jangan ada yang tunjuk minat sebab kalau kita nampak minat je.. depa akan pegang kita sampai beli. Cik ina kena dah.. Masa beli FM

4. Makan di Restoran Seafood Wajir
Tengah syok tawar menawar kain pasang tetiba ada bunyi dondang sayang.. opss baru sedar dah jam 2 lebih. Dedekkk kami dah lapar..Kakak - kakak ni dah bersuara... Maka Dedek pun cakap - baik kakak (ni ayat fav Dedek tau).. jom kita makan kakak...Dekat aja kakak... Rupanya kedai makan tu seberang jln je dr kedai kain... 


2 manggo 30 ribu, air avokado, markisa dan terung belanda..
Setiap satu harga 11 ribu

Hari ni kami cerewet bab makan. Kami request kat Dedek untuk pilih sendiri.. Dedek kata ok... Maka ni la pilihan kami...siap tambah 2 pinggan cumi goreng tepung.. ni la makan yang paling sedap semasa kami di sini...  Sedap sedap sedap...

Cumi goreng tepung sampai dulu
Jom kita makan.. 

Lps Dedek bayar Dedek tunjuk harga ... Kami minta sebab nak tau harga -makan kami masih dalam pakej.... tgk harga masih murah dari harga kita di Malaysia. Pttla sepupuku yg mai mggu lps suruh Cik Ina mai mkn sini.. murah.. sedap dan cepatttt... Sapa nak mai medan.. kena mai mkn kt situ... Wajib tau..


Ni la jumlah nya.. berbalio kan... dah la sedap cepat dan murah

Ni la hasil belian mereka,, cik ina ckit je...
Selepas makan. plannya nak ke Istana Maimoon tapi hari ni Ahad ada event pulak. Kena p esok la. Maka kami terus ke Masjid raya. 


4. MASJID RAYA

Rupanya masjid ni ada kat depan Hotel Madani je.Hotel tempat kami menginap malam ni. Cuaca yang panas dan orang yang ramai ni membantutkan kami untuk melawat. Jadi kami decide nak solat dalam Hotel je..




 5. HOTEL MADANI, MEDAN
Yess, setelah penat bershopping hingga habis duit, time untuk merehatkan diri sebentar.. tgk dulu hasil belian...

 Solat dan regangkan otot dan golek2 atas tilam dulu. Malamnya nak keluar lagi. Kita tinjau dulu hotel mcm mana..




 6. Toko Bika Ambon Zulaikha.

Kami ingat malam ni nak tengok SOGO Medan tapi kurang semangat sebab masing-masing dah hbs rupiahnya... Ada untuk airport tax je... Tetiba kak mah baru ingat ada orang pesan kek lapis. Terus Dedek bawa kami ke Toko Bika Ambon Zulaikha.. Tengok semua best macam nak beli tapi.... huhuuhu

Jika ditanya apa oleh-oleh khas Medan ni kalau makanan la, Bika Ambon yang terkenal di Medan adalah Bika Ambon Zulaikha. 


Masa kami sampai ada tulis x leh amik gambar. Jg mintak kat pak cik google la
PAk Cik goole bg gambar yang siang


7. SOGO MEDAN
Selepas puas merasa pelbagai jenis kek lapis, kami terus ke Sogo Sun Plaza Medan. Niat dihati nak tengok mcmmana la rupa SOGO sini. Bila sampai,,, emm besarnya. 

Depa ada keretapi

Pintu keluar/masuk
Setelah itu kami pi minum kat belakang Hotel Madani, Medan. Blh tengok life show tau... Kami minum je tp terbekenan dengan goreng pisang cheese. 


Cik ina order anti oksidan... dgn teh jahe
ni 18,000 tau
kat belakang tu life band


Setelah kenyang kami balik.. Esok dah last day we are here.. huhuhuhu x puas jalan lagi ni... 

Belanja hari ni

Jagung                IDR  5,000 
Teh Jahe             IDR  6,000
2 Ice lemon         IDR 12,000
Jus antioksidan    IDR 15,000
Goreng Pisang Cheese IDR 18,000
Total                  IDR 56,000 RM 16.00


****************************************************************

****************************************************************

Tuesday, December 23, 2014

Danao Toba -Brastagi ♡Day 2 ♡

****************************************************************
Kami bangun pagi ni agak janggal kerana waktunya Suboh lebih awal  
walaupun sebenarnya sama je dgn waktu kita cuma jamnya awal sejam. 
Cik Ina dah set jam awal sejam tu utk elakkan kekeliruan mindaku. 
Biar senang janji dengan Dedek.  
Lps tu terasa sejuk ckit nk mandi,, kami rest sambil pack bag nak check out.. Lps siap ala kadar dan tolak beg, kami breakfast dan tunggu Dedek untuk ke Pulau Samosir. Tambang bot dah termasuk dalam pakej... 



1 . PULAU SAMOSIR

I. Jeti ke Pulau Samosir
Walaupun ada bot boleh pick up kami kat hotel tapi Dedek bawa kami ke Jeti yang disediakan untuk ke sana. Sempat juga la kami mendengar budak2 Kaum Batak ni mendendangkan satu lagu..




II. Tiba di Pulau  Samosir - Jeti Tomok
Setelah tiba di jeti yang dikenali nama Tomok.. wah macam nama retis kita plak kan,, tu yang senang ingat tu... Dedek citer serba ckit tentang mercu tanda tu yang sambut kedatangan setiap pengunjung tu. Cerita tentang kaum batak yang terdiri dari beberapa kaum.





III. Pulau Samosir -Rumah kaum Batak
Setelah melihat tugu dan peta tu, Dedek takut kami kesuntukan masa, jadi kami dibawa menyusuri gerai yang menjual pelbagai cenderamata dan pakaian, tapi Dedek pesan jangan beli lagi.. kerana kami akan ke rumah kaum  batak terlebih dahulu.. Bila fikir logik la sbb kalau membeli, tak sedar dah masa berlalu.. Nanti kena tinggal bot plak kan x dan melawat kawasan. 

Oooo macam ni rupanya rumah kaum batak zaman dahulu.. Ada 2  jenis je iaitu untuk kaun lelaki dan kaum wanita. Bezanya kat pintu nak masuk je..



Di tepi ujung kawasan rumah tu terdapat satu tiang tinggi yang fungsinya macam tabuk. Mcm kat balai raya dulu kalau nak panggil org kampung  kena katok tiang mcm ni la.


IV. Pulau Samosir - Muzium Kaum BATAK
Selepas berjalan lagi 500 meter, kita sampai ke Muzium... Jom layan...

Dalam Muzium


Luar Muzium.. tgk tu ada cicak di atas tangga
Istilah simbol2 orang batak:
  • Patung muka di rumah orang batak: pengawal jaga rumah 
  • Cicak: menandakan orang batak flexible, ke mana sahaja mereka boleh pergi, atas bawah tepi belakang 
  • Payudara: menandakan orang batak subur, anak ramai berbelas-belas....
Area ni juga ada Makam kuno Raja Batak tapi kami tak masuk pun.. Rasa macam tak nak masuk. Selepas tu shopping sikit dan berjalan ke bot untuk balik ke PArapat..

So kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Sipiso-piso. Perjalanan agak jauh...dan kali ni perjalanan kami sangat mencabar sebab jalan bengkang-bengkok,tak rata dan berbukit-bukit. Dedek drive x laju sangat tp Cik Ina yang kadang2 suruh laju ckit.

Beli gelang 3 pcs            = IDR50,000
Beli fridge magnet 30pcs = IDR20,000

2. SIMARJARUNJUNG

We still di tepi Danao Toba.. OTW ke Air Terjun Sipiso-piso, kami nak singgah kat Simarjarunjung. Bila sampai, lihat pemandangan memang cantik tetapi oleh kerana terlalu ramai orang, maka parking tak de. Cik ina amik pic ni kat google je.. Masa kami sampai kat bawah ni penuh dengan orang walaupun ujan renyai-renyai. X dapat rasa bandrek kat sini.. huhuhu


Ni dari jalan belah kiri

ni plak dari jalan belah kanan..

3. AIR TERJUN SIPISO-PISO

Masa kami sampai ujan masih lagi belum berhenti. Maka, kami singgah di kedai untuk menikmati TEH JAHE atau nama glamernya Teh Halia. 


Pinggan goreng pisang tu dah licin ye...
Tarik nafas dulu b4 minum..
Ermmm rasanya macam makan air ubat la plak. Patut la org kat sini kurus-kurus.. rupanya suka minum teh halia ni.. Kami makan goreng pisang dan goreng ubi panas. Sedap sbb cuaca masih lagi hujan... 

Yang ni Siti Fazilah bayar...

Selepas doa sikit, akhirnya Allah makbulkan permintaan kami.. Alhamdulillah. Jom kita tengok air terjun Sipiso-piso.. x sabar rasanya sbb tengok gambar sepupuku Onie, cantik sangat...



Menurut Dedek, Waterfall Sipiso piso ni kita boleh mandi tapi nak ke air terjun tu, kita kene turun berpuluh puluh ribuan anak tangga. Tengok pun letih dah.. Dah la nak turun ke bawah air terjun mengambil masa 1jam. Nak naik atas pun satu jam. Bila tengok tu, terfikir juga kot mana mai air terjun dicelah celah pergunungan nii... Subhanallah cantikkk




Yang ni belah Tasik Toba pula. Cuma yang ni belah kiri.. kalau kanan air terjun yang cantik tu.. Tempat yang sama je.




Ni la kawan sekolah Cik ina - Cik Fazilah or Falah..

Dari Air Terjun nak ke Berastagi pula amik masa dalam 2jam lebih..OTW ke Brastagi Dedek tunjuk ada satu gunung.. Nama dia Gunung Sinabung. Dedek bagitau Gunung Sinabung baru mengeluarkan asap debu untuk hari yang

ke 2-- Oh,, nampaknya kedatangan kami ke sini memang disambut oleh Gunung Sinabung.. Dedek cakap gunung tu tunggu masa nak meletus. Huhuhuhu dalam hati berdoa tunggu kami balik dulu ye..Maka keadaan di Berastagi ni menjadi agak berdebu dan masa kami sampai tu tgk macam kabus.. kabus la sangat kan.. but sejuk. 


4. PASAR BUAH
Kami sampai dah lewat jadi x sempat naik kuda.. huhuhu sedih oo. Jadi terus masuk tengok buah.

Carrot segar dari ladang.. mcm nak makan je tgk tu
Ni la jurujual buah tu.. Kami try macam2 buah.. 
Cik ina suka carrot dia ada tangkai pokok tu
Pak Cik n mak cik ni kami kenal masa atas bot ke Pulau Samosir lagi..
Jumpa kat sini plak...

Kat sini,  Cik ina beli buah limau sekilo... t-shirt untuk cik ina, seluar tido 3 helai dan kain sehelai. 

Buah limau        IDR  60,000
T-shirt               IDR 50,000
Seluar               IRD 110,000
Kain kembang   IDR    70,000
Total                 IDR 290,000 RM 84.00


5. MAKAN... KEDAI TAK INGAT NAMA TP SEDAP







Selepas tu baru la kami check in Hotel Green Garden.....


Test kain kembang baru...

Total shopping today....

Beli gelang 3 pcs             = IDR   50,000
Beli fridge magnet 30pcs  = IDR   20,000
Buah limau                     =  IDR   60,000
T-shirt                            = IDR    50,000
Seluar                             = IDR 110,000
Kain kembang                 =  IDR   70,000
TOTAL                             = IDR 360,000 RM 105.00

Selepas iron baju untuk esok... maka kami pun beradu la,,, Nite Brastagi....


****************************************************************

****************************************************************