Wednesday, March 6, 2013

BEG Langkawi !!!

Assalamualaikum.. 

Nak citer pasai beg beroda ni.. Beg yang cumel dan cantik la bagi pembelinya iaitu cik ina.. hehehe. As requested by Cik Ayu (rakan blogger cik ina), dia nak tengok. Jom dengar citernya...  ... 

 Kalau p ke Pulau Lagenda or Pulau Langkawi ni, tak sah kalau kita tak beli beg.. Dengan kata lain, kebanyaakan yang p sana mesti beli beg sebiji untuk kegunaan seharian atau beg roda isi pakaian untuk kegunaan bila ke mana-mana. Cik ina pun mcm tu juga sbb jarang beli beg kecuali kalau ke Langkawi je.. 

Tiada niat nak beli pun sebenarnya cuma bila ke sana rasa nak beli satu untuk kegunaan jika ada kursus atau nak pi jejalan selain beg galas cik ina tu.. Beg galas tu pun dah uzur tapi masih boleh berbakti kat cik ina for a few years dah. 

So, berbalik kepada tajuk utama iaitu beg beroda cik ina . Sekarang beg roda dah ada 360 roda dengan harga berpatutan. Maka cik ina terus tertarik nak beli satu.. Ermm macammana pilihan cik ina ye..

Tadaaaa cantik tak?? 

Mesti la cantik kan.. Pink kemerahan lagi,, Cantik tak Cik Ayu (AJ) and my sis yang pink lover --> Farhana.

Monday, March 4, 2013

Teringat Coklat Langkawi

PEPERO ke RAPERO.. 
PEPERO ke RAPERO..
Isk,, langsung tak ingat nama coklat tu. Mai sekolah tadi pakat dok tanya dah makan ke pepero. Cik ina jawab tak makan lagi sebab Sabtu dah sampai kul 8 lebih kat rumah. Maka alkisahnya, lepas solat isyak terus tido sampai Suboh la... Letih kot sebab 2harian ke Langkawi.. tapi best la sesekali bercuti dengan rakan sekerja.. Mmg happening la..

Berbalik kepada pepero ke rapero ni.. Dalam hati sedap sangat ke sebab menjadi sebutan satu sekolah. Cerita bermula macam ni.. Kak Su ni borong 5 kotak kot.. Bila Kak Su borong 5 kotak, maka kami yang melihat ni tanya la.. sedap ke kak su?.. dengan beria-ianya kak su jawab, mmg sedap dan anak dia memang suka sangat... Dan baki 3 kotak ni cikgu Din yang pesan sebab anak dia pun suka.. So, kami yang tengok ni pun beli la sorang sekotak.. (lagipun sekotak besar ada 8 kotak kecil mcm dalam gambar tu.. Dalam tu baru ada 8 stick)

Bila dah citer mcm tu maka tetiba terasa hati tak sabar nak balik makan pepero ni.. Sampai je kat rumah, terus pi cari PEPERO ni dan bismillah terus ngap.. Yummy juga. Memang unik dan sedap la.. Bg kanak2 memang sedap sebab presentation dia mmg khas untuk mereka. Satu kotak tu ada 8 kotak kecik..

So, sapa yang ke langkawi, try la beli dulu baru tau rasa dia macam mana kannn

Selain pepero ni ada lagi yang cik ina beli.. my fav adalah kinder bueno dan coklat yang ada cornflakers kat dalam tu.. warna kuning..

Antara coklat lain yang diborong oleh cik ina...
 dan ini

 dan ini
 
p/s : esok post entry beg roda merah baru atas permintaan cik ayu kita 

Sunday, March 3, 2013

Blue Van Giveaway II


Jom join GA ni ----> "Blue Van Giveaway II" Jom join ---->>cik ayu
5 pemenang yang bertuah akan mendapat 2 paket SHISEIDO Black Mask..

Langkawi, Cik ina keletihan!!

Cik ina dah selamat sampai ke tanah besar Kuala Kedah kelmarin jam 6.30 petang. Alhamdulillah kami semua WARGA SKMP selamat mendarat kat Jeti Kuala Kedah dengan menaiki feri yang tak berapa baru... 

Cantik kan .. sempat cik ina snap sekeping masa beratur jumaat lepas

Fuh.. letih beb sbb terpaksa marathon sambil mengangkut barangan yang dibeli dan beg dibawa dari jeti ke feri, dari feri ke jeti dan dari jeti ke Bas yang disewa tu.. Jauh kot.. Nasib baik ada beg roda yang baru dibeli.. hehehe.. 

Cerita kegilaan shopping dan jejalan warga SKMP akan distorykan after this sbb gambar tak dapat lagi. Cik ina guna camera canggih kak su.. 

p/s : Cik ina ada beg roda baru..

Opisku ada CCTV

Haha,, lupa nak announce ni.. ada pengumuman... dengar sini wahai orang kampung...
Dengan ini nak mengumumkan bahawa kat kawasan sekolah dan dalam pejabat tempat kami keje ni dah ada CCTV. 
So, berwaspadala kepada sesiapa yang ada niat tak baik tu.. hehehe...

Dok tengah pasang



Dah siap... Yeyeye.. 

AWAS, SEGALA TINGKAHLAKU ANDA DIPERHATIKAN...