Wednesday, April 20, 2016

TOL - Adat Kenduri Orang Johor

Best Blogger Tips

Cik Ina nak citer ckit keterujaan masa gi kenduri rakan Cik ina di Johor. Nak citer lama dah cuma tak jumpa buktinya. Kenduri ni masa Hari Raya Cina  Februari lepas, tapi bukti tu masih tenggelam dalam beg. Tup tup last week jumpa. Terus teringat nak citer kat uolls... Sebabnya,, ni adalah pengalaman pertama gi kenduri kat Johor dan cik ina salah sorang kutip TOL...

Masa pengantin lelaki nak masuk rumah,  pengantin perempuan iaitu kak ina panggil cik ina duduk dpn pelamin. Cik ina ingat nak bergambar.. Terus p duduk. Rupanya nak kutip tol. mmg pengalaman yangtak dapat dilupakan.. 
Ni la hasilnya


Rm1 je tapi pengalaman tu paling mahai. Bila cik ina cari balik rupanya :


Adat TOL ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja yang boleh dianggap kenangan manis waktu perkahwinan. Cuma pengantin lelaki perlulah membuat persediaan sebarang kemungkinan takut-takut tak lepas nak bayar TOL nanti (He..he..).



Dalam permainan TOL ni orang yang kena main peranan ialah pengapit anda. Sebab tu kena cari pengapit yang pandai mengawal situasi terutama kanak-kanak barisan paling hadapan pintu masuk tu sebab kanak-kanak ni hyper aktif sikit.. hihihi.. Sebenar tidak perlu TOL yang tinggi. 20sen hingga RM1 sudah mencukupi untuk bayar TOL setiap seorang, mengikut kepada kemempuan pengantin lelaki.


Ada 3 lapisan TOL :


  1. TOL pintu masuk ( majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1 ).
  2. TOL nak naik pelamin ( majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL  RM1 ).
  3. TOL Mak Andam ( Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50  ikut kemampuan).

Jadi.. Cik ina di TOL ke dua la kan....
Haaaa ni gambar tggu. Pengantin lelaki kat pintu lagi

 Pengantin lelaki dah sampai
Proses minta tol
 Tol dah dapat

DAh blh selfie, pengantin lelaki dah ada..


Hampa semua jangan la gelak tau. Ni pengalaman pertama Cik ina mai kenduri mcm ni... Tu yg over excited nak citer tu....

Best Blogger Tips

1 comment

April 20, 2016 at 2:45 PM

Pernah tengok je sebab dlu ikut rombongan pengantin laki kannn tapi takpernah dapat lagi haha bestlah dapat singgit pun :D

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen