Wednesday, April 20, 2016

CAMERON HIGHLAND 2015

Berapa kali dengar pun rasa nak ke sana. 
Orang lain Cik ina tak tau, tp yang pasti, Cik ina mmg nak p kalau ada duit dan masa... Begitula juga dgn trip kali ni. Abg Fani dgn kak Siti, Senior masa ngaji kat Poli dulu ajak Cik ina dgn Cik Farra p Cameron. 
Bila dah decide tarikh dan Cik ina book homestay selama 2 malam, maka sampai la detik tiba masanya. Hari yang ditunggu tiba iaitu hari Jumaat 20.11.2015. 

Cik ina book homestay di nombor 013-4200522 iaitu En Mokhtar. Sapa yang berhajat blh la call. Lokasi kat Anthrium Apartment. Plan punya cantik ada yang tak leh pi maka kami kena drive dua orang la jawabnya. Oleh kerana kereta Farra lagi ok, maka kami putuskan naik kerata Farra. 
Bertolak dari SP dalam 12.30 dan rehat kat Bukit Merah, sbb tggu org Penang pula. Dalam pukul 3 baru sampai depa.. Jenuh kami tunggu abg fani dgn kak ct oii
OTW, Hujan lebat kat Ipoh. Tapi berkat pengalaman Farra, kami selamat tiba di CH masa magrib.. Alhamdulillah
Lps amik kunci dan check in, kononnya, adik (anak kak ct) x sabar nak ke pasar malam. Lapar pun ada juga. Jom.. ni destinasi yang x blh tinggal kalau mai CH tau. Macam2 ada...
Manja2 dengan adik nampk Farra..
Nampak sedap tak..
x sah kalau x beli stobery dan coklat. Tapi dinasihatkan jangan terbeli macam2 nnti tak termakan. Beli share2 pun tak pe sbb nnti cpt sejuk dan tak sedap dah.


 Lps tu operasi mencari tempat makan...
Tetiba abg fani nak makan steambot. Punya mencari yang bajet dan senang park... Akhirnya jumpa jua kat Tanah Rata.. Hujung sekali kat sebelum Sekolah Convent.




Kami sedang menunggu ketibaan Dato Din dari Alor Setar kerana last min dia blh ikut. Pukul berapa nak sampai tak tau la..

Sambil tunggu tetamu,, cewah, macam rumah senduri pula kan.. adik ajak main monopoly.. Kak CT kata ni zaman moden punya monopoli. Jom try test tgk... sambil kita gigit stobery cicah coklat..



Tungu punya tunggu lebih kurang 2 pagi depa pun selamat tiba, Alhamdulillah........ 

 Tunggu citer cik ina esok pula ye,,, kat mana kami p melawat...
******************************************************
Cameron Day 1
Cameron Day 2
Cameron Day 3
******************************************************

TOL - Adat Kenduri Orang Johor

Cik Ina nak citer ckit keterujaan masa gi kenduri rakan Cik ina di Johor. Nak citer lama dah cuma tak jumpa buktinya. Kenduri ni masa Hari Raya Cina  Februari lepas, tapi bukti tu masih tenggelam dalam beg. Tup tup last week jumpa. Terus teringat nak citer kat uolls... Sebabnya,, ni adalah pengalaman pertama gi kenduri kat Johor dan cik ina salah sorang kutip TOL...

Masa pengantin lelaki nak masuk rumah,  pengantin perempuan iaitu kak ina panggil cik ina duduk dpn pelamin. Cik ina ingat nak bergambar.. Terus p duduk. Rupanya nak kutip tol. mmg pengalaman yangtak dapat dilupakan.. 
Ni la hasilnya


Rm1 je tapi pengalaman tu paling mahai. Bila cik ina cari balik rupanya :


Adat TOL ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja yang boleh dianggap kenangan manis waktu perkahwinan. Cuma pengantin lelaki perlulah membuat persediaan sebarang kemungkinan takut-takut tak lepas nak bayar TOL nanti (He..he..).



Dalam permainan TOL ni orang yang kena main peranan ialah pengapit anda. Sebab tu kena cari pengapit yang pandai mengawal situasi terutama kanak-kanak barisan paling hadapan pintu masuk tu sebab kanak-kanak ni hyper aktif sikit.. hihihi.. Sebenar tidak perlu TOL yang tinggi. 20sen hingga RM1 sudah mencukupi untuk bayar TOL setiap seorang, mengikut kepada kemempuan pengantin lelaki.


Ada 3 lapisan TOL :


  1. TOL pintu masuk ( majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1 ).
  2. TOL nak naik pelamin ( majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL  RM1 ).
  3. TOL Mak Andam ( Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50  ikut kemampuan).

Jadi.. Cik ina di TOL ke dua la kan....
Haaaa ni gambar tggu. Pengantin lelaki kat pintu lagi

 Pengantin lelaki dah sampai
Proses minta tol
 Tol dah dapat

DAh blh selfie, pengantin lelaki dah ada..


Hampa semua jangan la gelak tau. Ni pengalaman pertama Cik ina mai kenduri mcm ni... Tu yg over excited nak citer tu....

Wednesday, April 6, 2016

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Geng wefie kami akan berkurang sorang. Dia dapat bertukar  keluar negeri ikut suami di tempat baru...

Kat mana ye,, Nun jauh di Putrajaya. Jadi kami pun plan nk jumpa ramai2 tapi saat akhir sorang x dapat join. Ada urusan lain yang lebih penting. Maka 4 orang pun jadi la.. 

Kami makan kat 

 Sambil tunggu makanan.. sempat la wefie beberapa keping utk kenangan kan.... Layan je la ekk. Dah nama pun geng wefie...






Apa pun, Kak Nas, kami semua minta maaf kira ada salah silap dan tersilap kata sepanjang kita bersama. Kami doakan agar ukhwah kita berpanjangan dan selamat bertugas di tempat baru.

Peace...............

********************************************************************
*Cik Ina pakai macam ni sbb kt sekolah ada merentas desa.... 

SABAH DAY 5 - JPN SABAH

Hari ni adalah hari last Cik ina kat Sabah. Sangat sedih nak meninggalkan Bumi Sabah ni tapi hidup harus diteruskan. Mana la tau nnti mai honeymoon plak kat Kundasang kan.. Opss terlebih suda..


Pagi2 kami dah bangun utk solat Subuh sbb takut terlepas jadi gajah pula. Kan masa tak sama dgn waktu Semenanjung. Kami pun x hafal sangat jadi bangun awal la senang. Lps bersiap lebih kurang dan cari sarapan, maka tunggu bas untuk ke JPN sabah dan seterusnya lps tu kami akan berangkat pulang ke tpt masing2. 



 Di sambut oleh wakil JPN sabah,,, yg coklat tu kak Zarina..



Breakfast disediakan sebelum bermulanya acara...

 Ok, nak start dah... kita amik tiket depan ....


 Lagu kebangsaan...



 Ketua Pengarah Pendidikan Sabah dan Ketua kami...


Seterusnya kami dibawa ke SMK TAMAN TUN FUAD... untuk lawatan ke sekolah contoh.


 Acara lawatan ke pejabat dan bilik khas... tapi masa agak terhad untuk soaljawab yang panjang kerana nak ke Airport selepas ni...
Bertemu rakan baru yang merupakan orang semenanjung. Org kedah lagi tau. Nama Zatul... 

 Kami dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan makan tengahari. Alhamdulillah....




 Makanan dah sampai.. blh kita makan. Ada makanan tradisional SAbah. Nama apa Cik ina tak ingat la...
Mkan ckit je sbb x kena dgn selera. Tp lps tu nasi,, mmg sah la hbs sbb nk balik semenanjung dah.



DAn acara kenangan bersama... FOTO....

Jom p Airport...





akhirnya selamat tiba.... alhamdulillah..... Begitula ceritera cik ina first time menjejak kaki ini ke bumi dibawah bayu.... Dan pada masa ini belum terjadi lagi gempa di Gunung Kinabalu. Kiranya telinga mcm anjung tu masih ada...