Tuesday, June 28, 2016

MEDAN - CIK INA DATANG LAGI DAY 1

ALHAMDULILLAH.... dipanjangkan usia untuk menjejakkan kaki ke sini buat kali ke 2. Kali ni Cik ina ikut rombongan. Sedia-sedia cik ina ni  ikut rombongan kan... Nak buat macam mana.. mak abah nak bawa..tak mampu.. maka ikut rombongan pun ok la.. Rombongan kami seramai 63 orang yang terdiri daripada anggota kumpulan pelaksana KEPTAN KEDAH dan sebilangan guru dalam negeri Kedah juga. Kiranya ini moments best bersama semua Pembantu Tadbir area Kedah. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni....

 LAWATAN MUHIBBAH WARGA PENDIDIKAN PRIHATIN KE MEDAN

      TARIKH       :  26-28 MEI 2016
      TEMPAT       :  MADANI HOTEL MEDAN

******************************************
JOM IKUT CIK INA.. jeng jeng

26.5.16 - Khamis
Day 1

8.00 Pagi - semua ahli rombongan masih ke opis dan tghari semua dapat kebenaran untuk pulang awal kerana bas JPN - PPD Pendang akan datang menjemput kami di PPD Kuala Muda dan Kulim. Wakil daripada PPDKMY hanyalah Cik ina dan Kak Nisah (KN). Bas dijadualkan sampai jam 2.15. 

Setelah solat Cik ina bergegas ke PPDKMY dan bas sampai dalam 2.30 dan terus ke PPD Kulim. Bas satu lagi pula dari JPN (bagi peserta Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Padang Terap). Kami mesti sampai kat Airport Penang pukul 4.30. Agak2 uolls, sempat ke??? dalam hati berdoa bagi sempat dan alhamdulillah kami sampai dalam 4.40 macam tu. Bukan apa seriau jam atas penang bridge je. Sebab flight pukul 6.15 petang.

Bila dah jumpa semua ahli rombongan baru terasa lega... barula perut keterasaan kelaparannya. Kena makan cepat2 ni. Jom KN kita makan KFC. Jam 5 kami terus check in. Nasib baik Airport Penang ni x besar sangat macam KLIA2.
Tengah beratur nak lepas kastam
ni tengah beratur nak depart...

Its the time...Dah nampak dah kapal terbang tu.. Jom... Moga selamat pergi dan kembali. Jomla kita..
Nampak tak abg pilot tu...



Dalam bersembang dan berkenalan dgn kakak serombongan yang dok sebelah, lps tu isi declaration form tu,, sedar2 dah pengumuman akan tiba sebentar lagi. Semua kru sila pakai sabuk pengaman... (tali pingang)
Akhirnya kami selamat landing dah kat Kualanamu International Airport.. alhamdulillah. Kali ni tak de papantanda nama Cik ina okey sbb Fadly dah kenai Cik ina... Terimbas pulak nostalgia di sini buat pertama kali sampai.. cewaah.
Rombongan kami disambut oleh Supir kami iaitu
Julfadly Siagian atau nama glamer Fadly. Fadly ni adalah supir masa Cik ina datang buat pertama kalinya ke sini. Servis memang tip top dan berpuas hati.

 Yang baju putih di belakang tu Fadly sedang bersembang dengan ketua Rombongan kami En Jalil.
Ni la bas yang akan membawa kami sepanjang kami disini... 1 bas panjang 1 bas kontot sikit.
Atas bas. Muka pun dah keletihan. Ni dia pemandu pelancong kami atas bas. Nasib baik hemsom kan...
Nama Aditya Wanda ..... 



Apa pun be4 check in, kena mkn dulu,,jom kita makan dulu.... Weolls dibawa makan semasa dalam perjalanan ke hotel... 


x sabar nak sampai hotel... dan beradu....


okies kita dah sampai. Lampu pun samar bayangan je.. sesuai sangat kann... jom tido...

Sambung 
Day 2 Medan 2016 




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen