Sunday, February 15, 2015

LAKSAM YANG SEJUK

Selepas kami ke SK MANIK URAI LAMA kami terus ke Kota Bharu. x SAH la kalau kami tak singgah di PASAR SITI KHADJAH. Dalam hati teringin nak makan LAKSAM. Geng kami pun teringin nak makan juga kira ok la kan. Sebulat suara.. Jadi senangla citer.
Setelah turun bas semangat kami jalan terus ke sana. Berkobar-kobar la katakan nak makan laksam Kelantan. 
Bila sampai terus cari kedai yang sesuai.. At last jumpa juga gerai laksam yang bernomber 865. Setelah order untuk 7 orang kami, tadaaaa laksam dah sampai...


Nampak best kan... selepas doa makan kami terus makan,,, AKAN TETAPI kuahnya sejuk sekali. Blh bayangkan tak kalau makan laksam or laksa kuahnya sejuk... potong terus selera makan kami ber7.... Frust sangat...

Wefie b4 mkn....
Tapi kugagahi makan sehingga habis sebab kan keteringinan yang meluap. Tapi kadar makan tu lambat ckit sebab sejuk.. huhuhuhu sedih sangat sbb cheq mai dari kedah nak makan laksa kt Pasar Siti Khadijah tapi kuah dia sejuk.

Bila cik ina tanya kepada yang mai kira laksam tu, jawapan simple je. Kuah tu buat pagi tadi jadi tadi je yang panas.

Kepada sesiapa yang berniaga, bg la panas ckit kuah tu. Sedap dah tapi tak panas pun hilang selera cheq.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen