Monday, July 7, 2014

Setiap Hari Bumi Menyeru Manusia Dengan Sepuluh Perkara

Setiap Hari Bumi Menyeru Manusia Dengan Sepuluh Perkara


Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

Bahaya Minum Air Sejuk Ketika Berbuka

Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu. 

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser. 

Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit. 

Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com|Bahaya Minum Air Dingin Ketika Berbuka

Sumber :SINI 

** Cik ina tertarik nak share sebab mmg menjadi kesukaan kita untuk minum air yang sejuk ketika berbuka.. Cik ina yang kurang minum ais pun minum juga cuma tak terlalu sejuk je.. Mari kita cuba try tukar cara minum kita pada tahun ni tgk....

lagi satu info.. cuba elakkan minum minumam yang bergas.. kalau sejuk pun dah bagi effect mcm ni.. kalau bergas macamana la agaknya kan...

Tuesday, June 24, 2014

Aira n Adiknya Elly

Ingat tak lagi entry cik ina yang dapat anak sedara baru... Ni sambungannya la...
Ha,,, hari ni mama aira mesti suka sebab hari dah hari ke 45. Maknanya sudah hbs pantang... Masa Cik ina call mama aira, mama aira bgtau si aira x leh tgk Elly senang... Nak sayang sokmo... Yang adik pun senyum je kakak aira sayang...


Baru-baru ni cik ina p melawat mereka,,, rindu nak tgk Elly sbb rasa lama tak tgk... Rupanya elly dah pandai senyummm..


Bila la depa semua nak balik kampung. Tok dengan wan pun rindu juga tapi x leh selalu p sebab nnti pi lama2 tok dgn wan tak reti dok...


Sunday, June 22, 2014

Perjumpaan Sahabat Lama Lagi -3

Setelah perjumpaan ke 2 hari tu, yang dekat RMH ADIK A, kami dijemput ke rumah salah seorang rakan kerana dia buat makan-makan. Nama tuan rumah - ZALIZA... 
jangan silap ye.. NAMA cik ina ZALINA... 

Tq Za sbb sudi buat makan2 dan jamu kami semua...

yangbelakan sekali tu la tuan rumahnya

 Cik ina sampai lewat ckit sebab kena pi amik kuih raya yang dipesan oleh tuan rumah. Pesan kat adik a tu la,, biskut choco bee. 




Daripada tak pernah berjumpa selama 19 tahun, sekarang hampir setiap minggu kami berjumpa.. Dan setiap hari kami berwhatsapp....

Perjumpaan pertama
Perjumpaan kedua
Perjumpaan Ketiga

Pertemuan Sahabat Lama

Assalamualaikum.. Cik ina gembira pada hari ni sebab bertemu dengan rakan sekolah menengah. Kami dah lama tak bertemu. Rasanya dalam 19 tahun dah...

Maka, disebabkan ada inisiatif salah seorang rakan yang menggabungkan kami semua dalam WHATSAPP, kami telah merangcang dalam masa 2 hari saja untuk bertemu.. Kami plan nak jumpa kat Pantai Murni Yan...
Cik ina p dengan Fazilah.. Ini sebabkan rumah kami dekat je. Lagipun Fazilah temankan Cik ina pergi kenduri kat Jitra. Biasa la sekarang bila tua2 ni kena teman p kenduri sbb takut tak de geng nanti...

Oleh kerana kami dari Jitra, maka kami la yang paling lewat... Setelah berkumpul, maka rancak la sembang,,,, sampai ibu2 tu x ingat anak.. Sebenarnya anak rakan yangtua tu jaga yang kecik cikit kira masih dalam jagaan la...

Hanya beberapa gambar sahaja sempat kami abadikan.. sbb rancak sembang..