Wednesday, December 18, 2019

Padang Bukit Tinggi Day 2

Sambung.... Day 2

Bangun pagi cuaca memang sejuk. Ini kerana bentuk muka bumi bergunung-ganang dan berbukit di Bukit Tinggi ini menyumbang kepada faktor cuaca yang nyaman seperti di Cameron Highlands. Kami bangun setelah mendengar laungan azan kerana hotel kami berdekatan dengan masjid. Jom bersiap. x sabar nak tengok keindahan dan kehijauan dan keindahan tasik Maninjau.
1. Breakfast Hotel
Seawal 8.30 kami bersarapan. Alhamdulillah sarapan kat hotel ni boleh telan. Kena dengan tekak Cik Ina. 




Tepat jam 9.00 kami dijemput ke destinasi pertama - ke Jam Gadang


2. Jam Gadang
Elok ja keluar dari hotel... Masya Allah ada lagi yang lagi menarik... Jeng jeng.. Ada peniaga yang buka gerai awai depan hotel. Kak Su terus ja p tengok.
Kami pun join sekali.. Pantang je nampak org juai kain
Setelah Van sampai, kami pun bergerak ke Jam Gadang. Macam jauh tapi rupanya dan sampai. 5 minit ja dari hotel. Jom layan model tak berbayar ni..
Bajet pos ala model gitu

Pantang selfie mesti ada orang kat belakang

Sedikit info dari https://www.bidadari.my/tempat-menarik-di-padang/
Jam Gadang merupakan menara jam yang terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi. Ala-ala Big Ben di London. Kalau anda sampai di Bukit Tinggi, Padang, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil gambar sebagai kenangan. Jam gadang ialah simbol Bukit Tinggi.

Selain itu, anda juga boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Bukit Tinggi. Tetapi kami tak minat nak naik keta kuda..Lebih minat nak melihat kain2 dan telekung.




Gambar tak ready dok gaduh apa tah

Jom gerak pi Kelok 44 dan Tasik Maninjau



3. Panorama Sungai Ladia

Dalam perjalanan menuju ke Danau atau Tasik Maninjau, kami singgah di Panorama Sungai Ladia. Kat sini cuma singgah berehat sebentar hilangkan pening2 dan minum teh halia disebabkan perjalanan yang berbukit-bukau.





Pemandangan kat sini cantik sangat. Dari kejauhan nampak macam lembah yang menghijau dan juga kelihatan rumah-rumah. 
 Kami berehat dalam setengah jam je konon untuk bergambar.. tapi sempat juga beli buah tangan sebelum meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.

Jeng jeng apa yang cik ina beli.. Jawapannya kopi.. Memang tiap kali Cik Ina ke Indonesia Cik Ina akan beli kopi kalau jumpa.



Van kami..hijau tak..
Sebenarnya nak habaq mai.. perjalanan ke Danau Maninjau ni akan melalui Kelok 44.. Keluk tu macam kona la orang Kedah kata. Kelok yang paling tinggi/permulaan dinamakan Kelok 44, sehinggalah yang paling bawah Kelok 1. Ada 44 kelok tajam semuanya.. Pemandangan dari kelok teratas sangat cantik sebab kita akan nampak pemandangan luas Danau Maninjau. Dalam perjalanan, Pak Anton tunjukkan kami pokok kayu manis. OO mcm tu rupanya pokok kayu manis
Ni kena cari mana pokoknya..

4. Kelok 43
Jom teruskan perjalanan. Setelah kami masuk ke kawasan Kelok.. Bermula la roller coster jalan raya, tapi supir kami berbesar hati berhenti di Kelok 43. Katanya untuk melihat panorama Tasik Maninjau.. 

Ya,, kamimemang terpukau melihat keindahan kawasan bergunung-ganang dengan tasik yang jarang dapat dilihat ditempat lain, sawah terbentang luas selain rumah kediaman penduduk tempatan yang comel dan unik.




Ok dah rehatkan kepala yang pusing, sambung perjalanan ke rumah Buya HAMKA sambil melihat panorama yang tersergam luas dan indah ini.

Kami singgah lagi di Kelok 33 dalam pukul 11.40 pagi. Ni baru kelok 33 maknanya banyak lagi kelok yang kena ditempuhi. Ada yang dah pening kepala dah. Tapi bab bergambar nampak macam tak pening pun. Digagahi kerana bukan senang nak sampai sini. Setahun kami himpun duit oo....

Cik Falah

Kak bib dan kak su

                                   Kak Jue
Falah n BFF misha
Yang menariknya ada juga jurujual yang entah dari mana entah datang, dan berhenti untuk menjual cenderahati konon khas untuk kami. Jom usha sat...
 Ini supir kami....
Lepas supir kami dah kembali ke Van, Cik Ina amik alih pula.. Oleh kerana ada yang dah sakit, maka kami terpaksa patah balik dan perjalanan kami ke Kelok ni sampai setakat ini sahaja. Maka tidak dapat la Cik Ina melawat Rumah Buya HAMKA.

4. Relai Puncak Lawang
Dalam perjalanan, Supir kami mencadangkan kami singgah di Puncak Lawang. Kami tiba di sana pada pukul 12.05 tengahari. 
Di sini pemandangan Masha Allah lagi la cantik dan menarik. Terpukau seketika dengan alam yang indah ciptaan Allah. Jom layankan kami yangmmg semua hantu posing...








Jam 12.45 kami pun bergerak turun. Cadangnya nak p ke Lubang Jepang tapi memandangkan ramai tak mau pi maka dibatalkan hasratnya. Jawabnya bergerak balik ke hotel je la.

5. Makan di Randang Cubadak
Jam 3 kami dah sampai area Bukit Tinggi. Baru la tersedar perut berkeroncong. 





5. SHOPPING KAT PASAR ATAS
Peerut pun dah kenyang kan.. Lepas makan Pak Anton bawa kami ke Pasar atas untuk shopping. Ni la saat yang ditungu-tunggu.
Mula kami melawat lagi sekali jam Gadang.

Kan ia simbol kita sampai ke Padang. Lepas tu jalan2 di deretan kedai untuk ke pasar atas.





 Masing-masing dah keletihan tapi sebab shopping lupa sebentar.
 Hat dok tengok kamera tu banyak melihat ja..

Ni dah jelajah kawasan lain dah
 Ronda kot belakang
Apakah ini,, rasanya belut kering


************************************ 

Day 2:
- Jam Gadang
- Singgah di Panorama Sungai Landia
- Melalui Kelok 44 dan Danau Maninjau
- Relai Puncak Lawang
- Melawat rumah kelahiran Buya HAMKA ( x jadi kerana masalah kesihatan)
- Lubang jepang pun x dapat pergi juga )
- Makan
- Shopping di Pasar Atas




Tips: Perjalanan jauh dan berbengkang bengkok. Bawa la apa yang berkenaan seperti minyak angin ke, gula-gula dalam perjalanan untuk elak dari muntah dan pening kepala terutamanya sewaktu melalui Kelok 44.

Tips : Kepada sesiapa yang nak masuk ke dalam Lubang Jepang, akan ada penduduk/tourist guide yang akan bawa anda masuk, tunjuk jalan bagi elak sesat dalam Lubang Jepang ni dan terangkan sejarah di dalam Lubang Jepang ini..Bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap orang yang dibawa.Tapi kalau ramai-ramai (rombongan bas tu kot) akan dikenakan cas RM5 setiap seorang.


Monday, December 16, 2019

PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 part 2

 Assalamualaikum

Rasanya dah berhabuk dan bersawang dah blog Cik Ina ni. Niat nak sambung cerita Percutian Ke Padang dan Bukit Tinggi pun dah lama tapi tak dan nak update. Dulu Cik ina update DAY 1 saja... Tu pun part 1

Jom baca............... 
DAY 1 PART 2 plak

Kami tiba di hotel jam 4.30 petang. Check in dulu.

1. Makan Malam
Lepas check in dan berehat ala kadar pukul 8.00 pak ajo kata keluar makan. Model ni macam biasa la posing dulu.... Jom cari makan

2. Kedai Kain Pasang
Dalam nak ke kedai makan pun sempat singgah lihat2 apa yang patut. Maklumla excited nak tengok kain Padang tu berkobar-kobar. Singgah kedai pertama untuk malam ni..








Jom kita makan dulu





Jom singgah kedai ke dua pula.....
Ada teh untuk tetamu





Jenuh pilih... sampai jadi rambang mata dah kami


Su tak tau nak pilih mana. Last last amik semua...



Ok selesai sudah shopping malam ni... Jom balik hotel

Bila sampai hotel pak ajo kata ada gerai area berdekatan. Maka kami pun saja la nak jalan2 melihat kawasan. Cuaca agak sejuk juga. Maka kami seramai 8 orang ni jalan la mencari murtabak ... Depa kata murtabak kat Bukit Tinggi sedap... 


Jom la kita.............

Tadaaa dah jump kedai...jom try






Teka.... apa yang cik ina minum
Jawapannya....Bandrek telur.... Tu pun jenuh nak telan sampai habis...


Dah selesai menikmati murtabak terang bulan dan bandrek telur..maka jom la kita balik tido, Esok banyak lagi acara

LIHAT
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 1
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 3

PADANG BUKIT TINGGI DAY 4

JDK ADUKA REDA REBORN

ASSALAMUALAIKUM HAMPA

REBORN JUS DARA KENCANG atau nama glamernya JDK, JUS ADUKA DAN JUS REDA 

and introduce our NEW PRODUCT, 

PUSPAWANGI....MasyaAllah Tabarakallah.


Ni dia rupanya Puspawangi


Apa ada dlm sebotol #Puspawangi ? Jom kita baca💁

Bahan-bahan :
🌷 Ekstak Rose
🍃 Ekstrak Sireh
🌱 Ekstrak Alovera
🌸 Ekstrak Sakura
🌰 Manjakani
💛 Olive Oil
💦 Menthol

Ada kelulusan dari pihak KKM..Jd kita x perlu rasa was-was utk mencubanya. Berisipadu 160ml


Alhamdulillah . Cik Ina juga berpeluang menyaksikan sendiri Majlis Pelancaran yang diadakan di Steel Cafe

Rezeki hebat Allah Swt hadiahkan untuk CAMAR HARYAN

Jom kongsi REZEKI bersama kami.❤

Cik Ina dan Puan Su, Founder CH
Cik Ina Dan Rakan Regional Manager Ieja, Yati dan Nad

Team Empire Puan Su (EPS)
Cik Ina dan Staff EPS











CIK INA DAN HUSNA
Add caption

Kepada sesiapa yang nak jadi agen Cik Ina, pendaftaran masih dibuka dan pendaftaran PERCUMA

Produk boleh campur tau. Tak semestinya JDK atau Puspawangi aja

www.wasap.my/60194229997/agen



Thursday, August 22, 2019

Khory Steamboat, Grill dan Yong Tau Foo Sungai Petani



DICEDUK DARI https://www.facebook.com/khory.yongtaufu/


STEAMBOAT BAJET MURAH mai lagi OOIII...!!

Nak try makan steamboat, tapi mahal??

Nak barbeque ayam daging grill tapi malas buat sendiri??

Nak makan Yong Tau Fu UNLIMITED??

Mai ja kat KHORY YONG TAU FU, STEAMBOAT & GRILL.

Semua ada dalam satu harga.

Yaa..!! RM13 sahaja harga per head bagi dewasa.

Ekonomi tak menentu laa ni.

Poket kering tak sampai hujung bulan...

Kena laa jimat ooii...

.

Kedai ni kat mana?KHORY Yong Tau Fu, Steamboat & Grill
No 6, Jalan Padang Temusu, Taman Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah.
https://maps.app.goo.gl/RSs7Z
.
Awas..!
Jangan mai hari SELASA
tokey bagi kami cuti 😂
.
.
Nak mai ramai?
Takut xdak tempat??
Call 0177971992


Atau klik link whatsapp dibawah :

https://wa.me/60177971992

.

Nak lagi jimat?

Tag kawan hangpa, mintak depa belanja 😂😂


#khorySteamboat

Monday, August 5, 2019

PROMOSI MERDEKA CAMAR HARYAN


CAMAR HARYAN ADA PROMOSI SEMPENA 
HARI KEMERDEKAAN
BERMULA DARI 

1 OGOS SEHINGGA 31 OGOS

20 PEMBELI TERAWAL
CIK INA BERBESAR HATI NAK BAGI 
FREE GIFT UOLLS
NAK KE TAK NAK

JOM TENGOK














JOM GRAB CEPAT SEMENTARA FREE GIFT MASIH BANYAK

www.wasap.my/60194229997