Sambung semula..Cik Ina jenuh juga nak ingat kisah lalu... Tapi melaui gambar geng bajet ala model tak bergaji ni teringat la juga...
Kita mulakan kisah hari ke tiga ni dengan breakfast kat hotel.
1. BREAKFAST DI HOTEL - GRAND KARTINI
Letih kemarin ada lagi tapi semangat shopping masih ada. PEnat kemas beg semalam pun ada lagi. Kain pasang banyak juga la kan..
Kami turun breakfast serta check out dalam jam 8.15 pagi.
Kami turun breakfast serta check out dalam jam 8.15 pagi.
Bergambar kenangan dulu sebelum bergerak ke Padang. Nampak tak mak cik kat belakang yang buka meja menjual kain dan telekung. Ha,, geng ni pantang nampak orang menjual... sat lagi pakat serbu la tu...
Kak bib dah buleh seplastik. Nnti jenuh la tak celuih beg.
Tengok kan dah kata... Dah pakat dok belek dah...Ok jom gerak ....
2. Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim
Kami singgah di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim. Apa itu Sanjai berlado?? Sanjai berlado adalah di antara makanan terkenal di Padang. Apa benda sanjai ni pula? Ia adalah kerepek ubi bersira. Rasanya lain sikit daripada yang ada di Malaysia. Kalau sapa sampai sini bolehlah beli lebih sikit untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada orang tersayang yang ditinggalkan di Malaysia.
Penyambut tetamu pun comei muda belia lagi..
Pakat posing dulu geng ni..bukan pakat nak rasa...
Ni adalah rendang depa. Jom try....
Ok tak leh dok dalam lama-lama nanti koi banyak memborong. Dalam dok santai2 tu ada pula pak cik menjuai buah.Su teringin nak rasa pula..
Ni la rupanya...
Ni pekerja yang buat kerepek ubi tu.. simple kann
3. KINIKO ENTERPRISE (pembuatan kopi tradisional)
Sejam selepas tu kami dibawa ke melawat kilang kopi Kiniko. Kilang kopi kiniko initerletak di negeri Tabek Patah Batu Sangkar Kabupaten Tanah Datar. Di sini kita boleh melihat kilang kopi dari biji kopi di jadikan serbuk kopi dan juga melihat pembuatan pisang salai. Kami hanya terus ke belakang untuk menikmati kopinya aja. Kilang kopi Kiniko adalah antara kilang kopi yang popular dan menjadi tempat lawatan pelancong dari Malaysia. Kopinya pahit, betul-betul original. Disini juga kita bisa minum kopi dan kawah daun dengan percuma. Kawah daun adalah daun kopi yang rebus dan di letak gula kemudian baru di minum.
Pada masa penjajah belanda hasil rempah-rempah di ambil termasuk kopi. Jadi zaman itu masyarakat yang suka minum kopi.tidak bisa lagi menikmati minuman kopi.akhirnya daun kopi itu di rebus dan di minum....Itulah singkat cerita nya. Ada juga kopi najis kelawar. Tapi, rasanya tak tertelan di tekak sebab dah tau dari mana datangnya. Jom minum kopi dulu
Buka penutup tu ada senduk untuk cedok kopi, harum semerbak bau kopi uolls, kopi dan teh daun kopi free flow, jadi boleh minum sepuasnya.
Teh daun kopi pula dihidang dalam bekas tempurung seperti yang cik ina pegang tu. Unik kan. Sedap tau teh daun kopi ini, Cik ina buka periuk tu, penuh daun kopi dalam tu. Tapi Cik ina lupa nak tanya pulak guna daun kopi tua atau yang muda.
Kami ke laman belakang untuk menikmati panorama dan bergambar. Mana buleh tak bergambar kann...
Dah settle semua, moh le kita ke tempat lain pula. Nanti tak sempat sampai ke Padang untuk melawat kawasan area sana pula
Bagi Cik ina tempat antara tempat makan yang pernah cik ina makan, sini la tempat makan paling menarik untuk makan tengahari di Bukit Tinggi. Tempatnya penuh dengan ciri2 alam dan sambil di kelilingi sawah yang luas terbentang dan pelbagai elemen desa lain yang unik. Jarang dapat tempat makan yang best kat sini.
Memang berselera kami makan. Samaada sebab sedap atau memang dah lapar. Tapi suasana memang marbeles la.. Sambil makan, boleh tengok di tepi sungai ada burung-burung dok ronda tau
.
Masa ni ada rombongan sekolah sampai.. yang baju merah kat belakang tuuu
Ini la pak supir kami Aben atau Benny Muchtar
5. ISTANA BASO PAGARUYUNG
Perjalanan kami diteruskan ke Istana Pagaruyung. Sepanjang perjalanan, masih banyak rumah gadang yang dapat dilihat. Tapi Cik ina tengok tidak banyak yang masih kekal cantik. Banyak juga yang usang atau sudah ditinggalkan. Tapi tetap terpesona sebab kat Guaq tak dak semua ni..Gambar pinjam dari Blogger Syed |
Istana ini adalah salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi. Ia lebih popular dengan sebutan Istana Pagaruyung. Istana ini terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana adalah salah satu destinasi wisata budaya paling terkenal di Sumatera Barat.
Tadaaa dah sampai. jom masuk
Pilih baju
Tengah belajar posing
Cik Ina pilih color Maroon
Ok pilih yang mana berkenan. Hat no 1 dan 2 ja berpunya..
Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.
Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gubernur Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain. Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya. Pada akhir 1970-an, istana ini telah boleh dikunjungi oleh umum.
Kami berada di laluan penyambung istana dan bahagian dapur.
Dapur Istano Basa terletak di bangunan lain di belakang bangunan utama yang dihubungkan dengan sebuah jambatan terbuka yang beratap. Ruang dapur terdiri dari dua bahagian, satu untuk memasak dan satu lagi sebagai ruang untuk dayang-dayang istana.
Ni view dari tepi. Panaih lit lit
Kami ada amik gambar kenangan dengan jurufoto sini.. Tadaaa
Perjalanan kami berlapan diteruskan. Kali ini kami singgah di Danau Singkarak. Tasik yang kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. Jika Danau Toba sangat popular dengan ikan pora-poranya, Danau Singkarak pula sangat popular dengan ikan bilisnya yang sangat sedap. Memang bersaiz ikan bilis yang kita biasa nampak. Cuma besar sikit.
Rehat sebentar dan amik angin sepoi-sepii...
Jom kita teruskan lagi kembara kami ini ke Padang.
SAmbil melihat keindahan dan kehijauan alam ciptaan Allah...
Oleh kerana bila dah sampai ke Padang dan nak malam dah keadaan hujan, maka kami tak sempat pergi ke Malim Kundang. Cadangnya diganti esok.. tapi tengokla bagaimana. Harapnya sempat la. Apapun perut dah lapar kena isi dulu kan.
Jangan tak tau, kami makan sambil ditemani lagu langsung dari penyanyi di kedai makan ni.
Jom check in hotel...
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 1
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 3
PADANG BUKIT TINGGI DAY 4
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen