Wednesday, April 6, 2016

SABAH DAY 5 - JPN SABAH

Hari ni adalah hari last Cik ina kat Sabah. Sangat sedih nak meninggalkan Bumi Sabah ni tapi hidup harus diteruskan. Mana la tau nnti mai honeymoon plak kat Kundasang kan.. Opss terlebih suda..


Pagi2 kami dah bangun utk solat Subuh sbb takut terlepas jadi gajah pula. Kan masa tak sama dgn waktu Semenanjung. Kami pun x hafal sangat jadi bangun awal la senang. Lps bersiap lebih kurang dan cari sarapan, maka tunggu bas untuk ke JPN sabah dan seterusnya lps tu kami akan berangkat pulang ke tpt masing2. 



 Di sambut oleh wakil JPN sabah,,, yg coklat tu kak Zarina..



Breakfast disediakan sebelum bermulanya acara...

 Ok, nak start dah... kita amik tiket depan ....


 Lagu kebangsaan...



 Ketua Pengarah Pendidikan Sabah dan Ketua kami...


Seterusnya kami dibawa ke SMK TAMAN TUN FUAD... untuk lawatan ke sekolah contoh.


 Acara lawatan ke pejabat dan bilik khas... tapi masa agak terhad untuk soaljawab yang panjang kerana nak ke Airport selepas ni...
Bertemu rakan baru yang merupakan orang semenanjung. Org kedah lagi tau. Nama Zatul... 

 Kami dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan makan tengahari. Alhamdulillah....




 Makanan dah sampai.. blh kita makan. Ada makanan tradisional SAbah. Nama apa Cik ina tak ingat la...
Mkan ckit je sbb x kena dgn selera. Tp lps tu nasi,, mmg sah la hbs sbb nk balik semenanjung dah.



DAn acara kenangan bersama... FOTO....

Jom p Airport...





akhirnya selamat tiba.... alhamdulillah..... Begitula ceritera cik ina first time menjejak kaki ini ke bumi dibawah bayu.... Dan pada masa ini belum terjadi lagi gempa di Gunung Kinabalu. Kiranya telinga mcm anjung tu masih ada...

KE PADANG BESAR KITA - Naik KTM Komuter

Jom kita ke Padang Besar.... Macam menarik je bunyinya.. Adik Cik ina ajak ke Padang Besar tapi yang bestnya nak try naik KTM KOMUTER. 

Siap bagitau Si Aira lagi. Punya excited Aira sampai nak tido awal sbb nak naik keretapi katanya.. Apa saja la aira... Jgn esok takut nak langkah naik sudah... 


Seawal 8.20 kami dah sampai ke STESEN KERETAPI GURUN. Mesti hampa tertanya.. kenapa tak naik ETS. ETS tak berenti kat Gurun. Kalau nak naik kami kena p kt Sg Petani. Aaah sudah. Satu hal plak kan..

Jom tgk schedulu dulu. Cik Ina dah dapat dari member sekolah sehari sebelum bertolak tu  (dia naik dari tepeng ke Gurun) yang bajet masa cun tu..



Dah sampai... jom kita beli tiket...
Ok.. tiket dah beli. Sementara tunggu Komuter sampai... kita pose satu dua dulu...


Abah pun nak ikut.. so jom abah.. mak tak nak p sbb dia tak larat nak jalan.. Mak tggu beras pulut dari kami ye..

Wajah aira yang excited nak naik ketapi katanya..

Setelah naik turun,, ke platform yg sepatutnya, pukul 9 mcm tu yang ditunggu dah tiba... Jom masuk. Nasib baik aira ok... kalau tak jenuh Cik inasbb Cik ina pegang dia...
Mama Aira dah duduk sbb dukung Elly. Masa ni Aira n Elly dah jalan p kat papa dia..
Last,, semua dah duduk. Cik ina bangun bg anak sedara sorang lagi duduk plak. Take turn la kan. Sampai Arau baru Cik ina duduk.. Kira ok la tu.

Sejam selepas itu kami sampai. Sebab semangat punya pasai, kami jalan kaki sampai kompleks membeli belah yang sokmo kita p tu.

Ni jalan atas jejantas lintas keretapi
Aira nak rest sebentar. Amboi,, gaya kalah mak sedara... siap spec bagai...

Makan plak. Elly x nak duk diam...


Kita usha kosmetic yang hangat dalam FB... nk pilih apa ye...
 Rehat sebentar sebelum balik. Kita solat kat Stesen keretapi... Train pukul 3.30





 Tengokla aira dgn adik dia. Tak dok senyap kan.. Abah dah letih.. short nap...
Muka letih x tau nak habaq
Kami antara terawal gerabak ni. Blh la duduk...
Sejam kemudian kami sampai... 
Nak tau apa aira kata,,,,, - AIRA TAK NAK NAIK DAH KERETAPI NI..AIRA TAK LARAT JALAN..  AIRA NAK MAI SINI NAIK KETA JE. 

A week later, Cik ina nak uji lagi aira,,, Aira kata yang sama ... aira x mau naik dah keretapi...

*************************
ok la,, merasa juga naik Komuter area UTARA. 
Jom naik lagi... tp kena amik teksi plak kali ni dari Stesen...