Monday, October 19, 2015

Tempat Makan Pagi / Breakfast Di Sungai Petani

Jom tengok tempat breakfast yang best di Sungai Petani

1. SARAPAN- WARONG LOT 10, TAMAN RIA 
 (Berdekatan Market Taman Ria, Sg.Petani)

Dekat simpang SP Utara yang ada Petronas tu. Kena masuk spg Petronas Tmn Ria.. and kona kanan. Br jumpa deretan gerai. Cari no 10. Antara menu yang ada masa entry ni ditulis (2015).....

-ROTI ARAB atau CAPATI dengan KUAH 
 (gulai sardin/dalca/daging & ikan)
-ROTI BAKAR (sapu plata & sekaya)
-TELUR SEPARUH MASAK
-NASI LEMAK

2. SARAPAN dan LUNCH TIME

KEDAI MAKAN POKOK CERI (Kena cari Hotel Swiss Inn, Sg.Petani. kedai ni lps hotel tu nnti akan jumpa. )



MENU SARAPAN

-ROTI CANAI
-ROTI JALA
-PEKNGA
-PAU
-NASI CAMPUR + PELBAGAI LAUK PAUK (sampai tghari)
-NASI LEMAK

3. DERETAN GERAI MAKAN DEPAN MASJID TAMAN RIA.

DAri Petronas taman ria.. terus sampai simpang 3. Ia terletak berhadapan masjid taman ria. Terdapat aneka jenis makanan utk sarapan seperti roti canai, nasi lemak, dan lain2.

4. Restoran Berkat

Terletak selepas stesen bas Pekan SP. Dekat tapak pasar tani... dulu Cik Ina suka p mln sana kalau p Pasar Tani.

5. Gerai Hujung Blok

Lps Restoran Berkat... kona kanan akan jumpa deretan gerai mkn pagi... dari situ blh nampak Bank rakya kerana ia terletak bersebelahan WS Craft lama tu... gerai ni ada byk pilihan dan yg berniaga pun org lama semua. 

6. Nasi Lemak Cinta Sayang

Nasi Lemak Cinta Sayang... Terletak sebelah NASMIR LAGENDA HEIGHT. Namanya diambil sempena Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani yang terletak berhampiran gerai asal nasi lemak ini. Kini kedai nasi lemak Cinta Sayang bukan saja mempunyai cawangan di Sungai Petani malah juga terdapat di Shah Alam.

Selain nasi lemak, gerai ini turut menawarkan juadah yang lain, akan tetapi tumpuan kita adalah kepada nasi lemak.


nasi lemak cinta sayang
Ni yang bersebelahan Nasmir. Gambar pinjam google

Ni dia rupanya
nasi lemak cinta sayang
Set nasi lemak


Harganya kat sini memang murah walaupun kita telah memilih lauk pauk yang pelbagai. Sambal nasi lemak di sini memang sedap dan untuk dinikmati dengan Lauk pauk kita boleh ceduk sendiri mengikut kuantiti yang kita kehendaki. Cadangan Cik Ina --- kena try sambal sotong keringnya yang “sangat marbeles”.

7. Nasi lemak mak cik pot pet (BLH LIHAT ENTRY CIK INA TENTANG NASI LEMAK FAV I NI)

Sambal mak cik ni sempoi je... 2 jenis je tapi marvelles...



Tapi bila time cuti sek ramai beli banyak bungkus. Tadi sebelum cik ina beli, org depan cik ina beli 11 bungkus.. Jadi sesiapa yang berhajat.. kena sabar banyak ye....dan jangan banyak tanya... Harga dulu 1.50 tapi sekarang dah rm2.00

Selamat mencuba.. dan mencari.  Sila share di komen jika ada tambahan tempat utk kita share

****************************************************************



Tuesday, October 13, 2015

Lawatan Penanda Aras ke JPN Kelantan

Kali ni Cik ina terpilih kerana menggantikan rakan sekerja lain yang tak dapat menghadirkan diri. Lawatan kali ni lawatan kerja ke Kelantan.... Kami bertolak dari PPD pada 26 Mei 2015 jam 9.00 malam. Seawal pagi kami telah tiba di Kota Baru dan bersolat Subuh di Masjid Negeri iaitu Masjid Al-Muhammadi. 

Seterusnya bila semua dah segak-segak belaka, kami terus dibawa ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. 
Gebus tak....
Oleh kerana masa awai lagi, maka kami singgah makan pagi di Kedai ni.. Nama kedai tu amat menarik iaitu Kedai Nasi Lemak Bersinar. Wah hara lps mkn kami ni bersinar-sinar la sepanjang hari ni...
apa tunggu lagi.. kita makan dulu... Menu pilihan my feberet la.... haruslah nasi lemak.

Acara posing lepas makan.. maklumla dah kenyang...
Dan ,,, 
jom kita ke acara rasmi pulak.... 
Ok dah sampai... Bangunan baru depa dok keje no...
Setibanya kami di situ.. kami disambut meriah...
Ni dia wakil AKP dari JPN Kelantan bersama eo kami yang berbaju biru. Terima kasih atas layanan yang sangat mesra.






Nampak tak....Sama nama

Hari ke 2

We olls bermalam di Ridel Hotel. 
Sebelum tu p shopping kit kat Pasar Siti Khadijah.
 
Acara rasmi hari ni pula.... 
Adalah Lawatan ke SK Belimbing. 

Jom....

Sambutan yang tersangat meriah disertai dgn kompang dan yang istimewanya dikir barat oleh guru-guru sendiri. Lagi terharu dari kelmarin...




Seisi suaikenal dengan semua....
 


Seterusnya melawat kawasan sekolah



ni baju merah cikgu sek tu tp org kedah...


 Ha.. jgn tak tau.. yg sporting blkg tu Guru Besar depa... t ikgu..
 
nampak tak sangat meriah kan.. kami sangat terharu. Tq warga SK Belimbing ...



Monday, October 12, 2015

Hari lahirku

Tanggal 1 Oktober 37 thn lalu lahirla seorang yg di panggil Cik Ina. 
Selamat hari lahir buat diriku... Hehehe aci dak wish utk diri sendiri..


Begitulah ucapan yang diterima saban tahun.

Thn ni saja Cik Ina dapat 100 lebih ucapan di Fb dan x kirang 50 ucapan di whatsapp. Syukur alhamdulillah kerana masih ramai rakan2 yang sudi wish besdey dan doakan Cik Ina. 

Apa pun Cik ina bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas & menikmati kehidupan dimuka bumi ini. Semakin bertambah usia kita, makin dekat kita menuju pada-Nya. Semoga, pertambahan usia ni seiring dengan perubahan yang lebih baik & diredhai. Di samping itu Cik Ina juga mengharapkan agar diberikan kesihatan yang baik supaya dapat berbakti kepada mak dan abah. Semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan & kesihatan yang berpanjangan. Aamiin.

Seperti tahun lalu, tiada sambutan untuk meraikan hari lahirku ini...Apatah lagi kek.. Sob sob sob.. Cuma kali ni Cik ina ada di Penang sempena Lawatan sekolah. Hadiah pun x dapat. Ye la kan,, dah tua... Tp my best friend akan bagi hadiah tp selalunya lewat ckit... Memang itu perjanjian kami along time ago. 

******************************************
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Amin Ya Rabbil-Alamin.

Doa ni Cik ina petik dari SINI




Tuesday, October 6, 2015

Penang Trick Art Museum

Akhirnya hajat nk ke Penang Trick Art Museum ni terlaksana. Bukan blh p sendiri tapi rasa kena p ramai-ramai dengan kawan-kawan baru meriah... happening gitu.


Kali ke berapa rombongan ke Penang, entah x ingat dah tp kali ni Cik Ina turut serta dgn pelajar Sk Merbok  (Pusat) yang semestinya tmpt Cik Ina bekerja.
For uolls punya info...Kat Penang ni ada banyak muzium yg seumpama ini, jadi make sure anda pastikan dahulu tempat yang anda kunjungi.
Next destination Cik ina adalah UPSIDE DOWN MUSEUM...

Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini anda blh layari web ini 

>>> www.penangtrickart.com<<<

Serta kalau nak melalui fb or instagram or Twitter ni dia --->>penangtrickart<<<

Open daily
Monday -Friday      : 9am-6pm
Sat-Sun-&Holiday  : 9pm-8pm

Alamat dia pula :
10 Lebuh Penang, 10200 Penang
Jom layan gambar yang sempat diambil..