Thursday, December 11, 2014

JULFADLY - Tour Guide / Supir Muslim Di Medan -- Danao Toba -- Brastagi

********************************************************************************

Untuk sesiapa yang hendak ke Medan, mesti nak yang terbaik seperti penginapan, transport dan makanan yang halal dengan harga yang berbaloi. Cik Ina juga begitu. Semasa book tiketnya.. tak terfikir lagi semua ni bila dah dapat tiket baru terfikir mcm mn nanti bila sampai ke sana.. 
Terus tanya pak cik google dan nmpk banyak blog yang menceritakan tentang servis yang terbaik daripada 

ENCIK JULFADLY SIAGIAN. 
Phone no +6281376455045
(whatsapp,line) +6281260896495
Email:julfadlysiagian@gmail.com

Maka , setelah salin no tipon ni, Cik ina dengan tawakkalnya terus whatsapp tuan empunya diri iaitu 
EN. JULFADLY yang lebih mudah mesra sebagai FADLY. 
Dengan pantas sahaja terus Fadly reply... Dalam hati bagus ni...


Ni la FADLY. Ganteng tak?? hehehe

FADLY +6281376455045
(whatsapp,line) +6281260896495

Email:julfadlysiagian@gmail.com


Setelah berwhatsapp dan dapatlah harga yang kami rasa ok la... 

maybe orang lain ada dapat murah lagi tapi bergantung kepada  masa kita sampai di sana, tempat penginapan kita, jenis transport, tempat yang dikunjungi dan jenis makanan juga ye..



TIPS PAKEJ MURAH DI MEDAN

For u olls punya info... Selalunya kalau kat Medan, kalau amik tour guide akan ada 2 jenis...
  • Satu bawak keta yang satu lagi mcm memberi info kepada kita....tapi kalau kita suka mcm tu kira ok la tapi agak mahal sbb....kita kene bayar untuk driver dan lagi satu perkhidmatan guide tu
  • Lagi satu org yang bawak keta yang mmg boleh memberi info sekali dan inilah yang dicadangkan oleh FADLY kepada Cik ina. Kira 2 in 1 la ...so kami dah jimat kat situ dengan kurang membayar kepada guide...tq Fadly atas cadangan tu..
So, pakej yang kami pilih, 
  • Fullboard tour with driver (toyota innova with toll & petrol & parking) 
  • 4hari 3malam ke Medan Indonesia, include:
  • segala tiket masuk
  • makan siang dan malam 3x 
  • dan mineral setiap hari
  • Penginapan Hotel di Danao Toba, Brastagi dan Medan
  • Tidak termasuk adalah tips driver, & air port tax. 
 RM520 seorang
MASA NI MINYAK KAT SANA MAHAL

Jadi Cik ina follow apa yang FADLY cadangkan.... Pada hari kami sampai sedihnya FADLY ada group lain maka kami dapat driver -anak buah FADLY yang nama glamernya DEDEK. 
Tapi mana boleh tak jumpa Fadly.. Cik ina jumpa hari ke 3 semasa disana.... mmg kelakar dan mudah mesra...
Bertemu dengan Fadly - senang dibawa berbincang

Kepada yang berhajat nak ke Medan, Fadly ada menyediakan : 
  • Perkhidmatan : Kereta dan bas - bergantung kepada berapa orang yang ikut
  • Jenis Kereta   :  KIJANG atau di sini panggil Innova - kebanyakkannya kt sini adalah jenis ini je..
  • Kondisi Keta  : Amat bersih setiap masa - tip top
  • Peribadi - DEDEK  : Kemas, pendiam pada awalnya (tapi sampai masa dan tempat info yang berkaitan akan diberikan) tapi selepas beramah mesra dengan kami yang ramah-tamah ni-dah pandai buat lawak dah. Terus je citer bila sampai waktu dan tempat yang dilawati... tapi Cik ina tetap jumpa juga dengan FADLY- memang peramah dan sempoi la. Senang berurusan
  • Pemanduan DEDEK : Alhamdulillah cekap dan rasa selamat. Maklumla jalan kat sana kat byk bukit dan jarak yang panjang
  • Rundingan Harga : Boleh runding dengan FADLY dan kalau rasa harga x ok blh mintak kurang lagi dari harga yang dia offer
  • Penginapan : Fadly boleh uruskan penginapan hotel dengan harga hotel lebih murah dari agoda (mungkin sebab dia orang local sana rasanya) selesa bergantung kepada bajet kita juga ye..
  • Makanan : Dia boleh bawa ke tempat makan yang best dan menarik dan yang pasti halal... blh inform kalau x mau makan minang. Kita blh pilih ikut kesesuaian tekak kita juga...
Lawak apa yang dedek buat sampai semua tersenyum
Yang berbaju hitam tu la DEDEK. Dedek yang agak pendiam pada awalnya tapi sudah pandai buat lawak dan mesra pada akhirnya. Sampaikan waktu nak balik tu terasa sedih la plak kami ni... OTW ke Airport pun masih ada citer yang diceritakan... tentang BOTOL. LAgi satu kisah yang tak blh lupa adalah kisah MAGNUM... torkona den..... hehehe. Hinggakan sampai dlm flight dan dah sampai kat rumah pun masih sebut nama dedek. (mesti tersedak dedek masa tu).

Kesimpulannya Cik ina dan rakan2 sepercutian berpuas hati sebab segalanya diuruskan dengan lancar dan baik sekali. Yang pasti blh dipercayai... 

Contohnya-
- sampai hotel je tggu je kat lobby dapat kunci. x perlu ke kaunter bagai.
-kemudian, driver akan uruskan beg kita.. Beg akan dibawa terus oleh bellboy
- sampai rumah makan pula duduk terus je.. nnti makanan sampai.
- sampai tempat lawatan terus masuk kerana dedek dah settlekan semua.

KAT MEDAN/ BRASTAGI/ DANAO TOBA - KAMI SENTIASA ONLINE TAU... BLH BER WHATSAPP SOKMO...

JOM BACA MCM MANA KAMI ONLINE

Hendak Online Sentiasa Di Medan

Kepada sesiapa yang ingin ke Medan atau kawasan sekitarnya..  
Kepada sesiapa yang memang sentiasa update status di FB or Twitter walaupun anda berada di Indonesia...
Kiranya kepada sesiapa yang whatsapp x berenti..

Ni jawapan nya.. berdasarkan pengalaman Cik Ina... dicadangkan menggunakan simcard ni sebab di mana sahaja geng kami berada tetap mendapat liputan... kecuali la kt atas bukit or gunung.. sbb kt Malaysia pun kdg2 x de kt atas tu... 

Nama simcard nya adalah simPATI... maybe dia simpati kat kita sebab di perantauan kot.. sebab tu nama simpati... hehe


Memang tidak mengecewakan. Sampaikan rakan kami kat Malaysia x percaya betul ke kami kat Medan sbb online sokmo..
 Apa tak nya.. blh layan whatsapp geng-geng sambil belanja gambar dua tiga keping...

Wednesday, December 3, 2014

Di manakah passport saya...

Di mana.. di mana.. di manakah passportku.. 
Tetiba teringat nak mencari passport.. 
Mana tau kot nak guna dalam masa terdekat ni...

Iskkk lupa lak.... kt mana Cik Ina letak passport ni. 
Lps balik dari Bali hari tu.. simpan kat mana ekkk.....
Jom teruskan misi mencari....

*****************************
update... dah confirm akan guna
ke mana?? nntikan...

Sunday, November 30, 2014

Novel Dia Yang Kucari

Terasa hati hendak kongsi novel apakah yang sedang dibaca sehinggakan masa tidurku juga tidak tentu... 


Haaa nindia jawapannya adalah 
novel yg bertajuk DIA YANG KUCARI... 

Novel ni Cik Ina pinjam dari.... 
pinjam kat mana.... dari perpustakaan Kg Belau -yang dekat dengan sekolah Cik Ina tu...

Tujuan cik ina adalah nak ingatkan diri sendiri yang cik ina dah baca novel ni. 
Nnti terbeli plak sekali lagi. Bukan rugi tapi better beli tajuk lain kan. 
Novel ini mempunyai 593 halaman yang mengisahkan tentang seorang yang bernama Haiqal mencari dan menunggu Dania.. Walaupun dania sudah berada depan mata Haiqal masih lagi mencari sehinggakan satu peristiwa di kebun durian yang membuatkan haiqal yakin itu adalah orang yang dicari.. Dania.. 
Ada sebabnya kenapa Dania menukar panggilan kepada Maisara. Nak tau kenapa.. jom baca...
Layannnn zasss

TIPS UNTUK INTERVIEW SPA

DEBARAN DAH PERGI...
Alhamdulillah. Debaranku dah berlalu. Ni nak citer ckit apa yg berlaku pada hari tu...

Cik ina seawal 7.45pagi dah sampai bangunan Persekutuan untuk hadiri temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP27. Setelah check semua dokumen, nak dekat pukul 8 ... Cik Ina melangkah ke tingkat 8 yang menempatkan pejabat SPA. Dalam surat panggilan temuduga ini.. masa yang ditetapkan untuk Cik Ina adalah 8.45 pagi.. tp alang alang dah sampai awal, maka terus naik lapor diri nk interview awal lg senang.   


Setelah melaporkan diri dan check semula susunan sijil dan dokumen yang dikehendaki tu ikut susunan.. nombor cik ina adalah no 5 bilik B. Setakat ni org yang pertama dan ada didalam bilik interview. 





Dari pandangan Cik Ina yang baru beberapa kali mai interview ni.. Cik ina nampak ada calon-calon yang mengambil lewa perkara ini... ada yang datang lewat dan kemudian kalut susun sijil ikut susunan, sedangkan masa dah suntuk.. jadi kelam kelibut sangat Cik ina tgk.. Di sini ada sedikit tips yang tak seberapa untuk sesiapa yang tidak pernah interview SPA.
  1. Pastikan Surat Panggilan, RESUME, sijil sokongan dan salinan sijil sokongan yang disahkan dan diletakkan dalam satu folder - lagi senang.
  2. Sila susun susunan sijil asal anda dalam fail tu mengikut urutan dalam surat panggilan. Salinan sijil pun hendaklah susun ikut susunan yang sama. Ini adalah kerana untuk mengelakkan anda kelam kelibut menyusun sedangkan masa tersebut hampir dengan nombor giliran untuk di temuduga (nanti jadi tak tenang)
  3. Pakaian haruslah rasmi.. kasut bertutup dan bertumit. Kemudian tudung haruslah tiada blink blink dan dicadangkan tudung bawal kerana nampak lebih formal.
  4. Pastikan anda tahu lokasi temuduga. Jika perlu anda p survey dulu sehari sebelum interview dijalankan.
  5. Pastikan datang awal kerana anda akan lebih bertenang dan anda akan lebih yakin. Jika lambat anda mungkin akan kelihatan kepenatan dan jiwa pun tak tenang.
  6. Kalau pakai blazer lagi bagus- untuk org gomen dicadangkan pakai bazer dan tanda nama adalah wajib.
  7. Tahu isi semasa yang tejadi. 
    • Contoh pada masa sekarang musim banjir...
    • musim bola 
  8. Pastikan anda juga tahu tentang jawatan / peranan yang dipohon. Ini kerana Cik ina ditanya berkenaan tersebut. Contoh.. 
    • Apa yang anda tahu tentang JPN.. 
    • APa yang anda tahu tentang UTC...
  9. Anda akan ditanya tentang .. SILA PERKENALKAN DIRI ANDA.. atau "ceritakan serba-sedikit tentang diri anda"  maka siap sedia menjawab apa yang perlu..
  10. Nak share sikit tips nak masuk bilik untuk diinterview-
    • silalah anda ketuk pintu dahulu baru buka dan masuk...
    • tolong lemparkan senyuman anda walaupun mereka tak berapa nak balas senyuman itu...beragama Islam?? berilah As salam...
    • Terus serahkan fail anda yang berisi sijil-sijil dan resume paling hebat korg tu pada 2 interviewer tersebut...
    • Sila berdiri dahulu...mereka akan silakan anda duduk..kalo dorg x silakan, sila tanya 'boleh saya duduk?' dan ucapkan terima kasih...
    • Handbag plak- sila letak di bawah walaupun sebelah anda ada sebuah lagi kerusi yang tidak diduduki..letakkan handbag anda di bawah sebelah kerusi yang anda duduk....
    • Duduk dengan selesa dan penuhkan dengan senyuman...
  11. Minta restu dan doa dari mak ayah kita sebelum menghadiri temuduga ini.. lebih berkat... 

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Cik ina, ini sahaja yang dapat dikongsi bersama,, kalau ada lagi TIPS yang terlintas di fikiran, Insyaallah cik ina akan tambahkan LAGI.

Cik ina doakan kita semua berjaya dan lulus dalam temuduga ini dan Doakan Cik ina juga berjaya.. AAMIIN

Selepas interview ni,, cik ina pergi melawat member Cik ina kat Sini.. Jom tgk kat mana???