Showing posts with label RezeKi. Show all posts
Showing posts with label RezeKi. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

Hoodie Kedahan Gift from Muar


Assalam...

Cik ina baru sahaja menerima hadiah dari Muar lagi.... Ni dia order dari Empayar Kuku Besi.. Pre order tau..
Terima kasih kepada yang memberi... I LIKE IT VERY MUCH...Dah dapat, dan dan try.. (org kedah kata..) org key el cakap terus try..


Hehe posing ckit hoodie baru.. 



Tada,,,, sweet tak,, ops terperasan plak
Terima kasih daun keladi...
Nanti bagi yang lain lagi...

Nak tuan dia blh?? Opsss

Tuesday, February 17, 2015

Purse Baru Koyak

Sedih sangat.. sedih sangat-sangat. Cik ina sedih kerana baru nak try purse baru yang Cik Ina dapat tu dah koyak. 

Cik Ina baru nak isi kad-kad pastu tetiba terus koyak.
Purse tu Cik Ina baru dapat masa besdey Cik Ina tahun lepas. Cer tengok tak guna lagi pun. 



Utk org yang memberi tu,  Cik Ina nak minta purse baru blh tak??? Purse ni cik ina simpan...

Monday, January 19, 2015

Jagung oh jagung...

Hari ni Cik Ina sangat gumbira kerana dapat menikmati jagung bakar fav cik ina. Rasa lama dah tak makan sejak pak cik yg bakar jagung ni berhijrah ke Alor Gajah Melaka. Masa dpt tau tu sangat sedih sbb x leh merasai kelazatannya. 

Hari ni rezeki Cik Ina sebab kedai yg Cik Ina nk p tu berehat sebentar untuk solat Jumaat maka Cik Ina ronda sampai ke tempat jualan jagung bakar tersebut. 
Nk tau gerai tu kt mana.... Jeng jeng jeng.. 
Gerai yg sempoi ni kt Teluk Bahang je... 
Terletak betul2 dpn masjid teluk bahang


Ni la tokeynya
Rasanya hilang kempunan Cik Ina... Untuk pengetahuan semua, semua ahli keluarga Cik Ina mmg gemarkan makan jagung.


Alhamdulillah tercapai hasrat nk mkn jagung ini.... 



Pastu cer teka.. cer teka Cik ina ke mana.....

Jawapannya.... 
Cik Ina ke Taman Rama-rama.. jom layannnnnn

Wednesday, December 17, 2014

Besdey Gift From Muar

Alhamdulillah,,, Cik ina dapat hadiah besdey yang tertangguh dari Muar... Sebelum ni pun dah dapat juga OLE-OLE DARI VIETNAM
 Ermmm suka suka suka.. 
Terima kasih kepada yang memberi. Cik Ina suka sangat... Muaahhhs...


Alhamdulillah. Syukur.. dapat telekung instant, purse, key chain JOHO n FM - Cik ina  telah menjadi pengumpul sejak 2 thn lalu..
Moga yang memberi dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Oh ya,, esok tanggal 18.12.14 adalah hari kelahiran org yang memberi ini.. 

Maka, di kesempatan ni Cik Ina doakan ORG MUAR ini dimurahkan rezeki, berbahagia selalu di samping orang yang tersayang, cepat naik haji, dan dipermudahkan segala urusan kita berdua... Aamiin...

Gift from Sabah n Guangzhou

Walaupun dah lama my good friend iaitu cuk falah ni ke sana.. akhirnya dapat juga gift dari Cik Falah ni. Ni la namanya rezeki utk i kan..

Thanks my friend sbb sudi memberi. I loike it very much....

Ermm bila la nak ke Sabah.. Kena himpun duit lagi la... Dah pokai sebab ke Medan.. 
Walaupun duit habis janji hati gumbira sebab yang p semua sekepala...

Monday, April 21, 2014

Pembukaan Jambatan Ke dua Pulau Pinang...

Cik ina amat teruja awal bln Mac lps.. iaitu 1 Mac 2012..  Utk apa ye keterujaan Cik ina sampai ke Penang? Cik ina buat pertama kalinya akan bertukar status nk berniaga.. nk tau berniaga apa.. Cik Ina join member Serbuk iaitu cik sherrie.. buka booth for opening 2nd penang bridge... X sabar menunggu esok.. Actually citernya cik ina nk temankan member cik ina, cik sherrie yang begitu semangat nak buka booth ni. So, cik ina pun free je x de apa nk buat maka.. Join la. 

28.2.2014... Jumaat.. 

Kami dah bersiap sedia dengan segala kelengkapan.. hurmmm kira mmg penuh la ikan kelisa saktiku tu..  Dalam kul 2.30 kami gerak ke penang. Dan smpai dan check in hotel apa tah tp yg bajet je la. Sbbnya bdekatan dgn tapak opening tu. After mgrib kami p tgk tapak booth kami utk setup apa yang patut. 








Blk tu kami dinner dkt giant sbb hotel tu area giant je. Bila rasa dah settle semua, kami lupa nk buat mcm name card. Nsb baik ada mmber cik ina.. iaitu mr z yg tolong buatkan. Tq z. Segala jasa baik akan kami berdua kenang sampai bila bila. 

Setelah hbs gunting name card yang sempoi tp cantik tu.. time to sleep. Esok adalah hari yg panjang.. opss lupa nak bgtau kami nk jual apa... jeng jeng jeng.. jom tgk esoknya .. 

1 Mac 2014..  sabtu

Hari yg ditunggu dah tiba... Kami dua dengan semangat nya. BAngun awal dan terus ke gerai tapak perasmian. 



Setelah set up meja and decoration ckit, baru breakfast.. mr z yang belikan sbb cik ina x sempat cari nasi lemak.. my fav breakfast. Thanks again z.  Nak tau apa kami jual. Kami jual :

1. Serbuk kari Chef Norman Musa -ni la jualan utama kami
2. Kek yang sedap belaka
3. Bun yang simple tp sedap
4. Acar My mom  buat
5. Asam jawa pun mak buat..(sebenarnya nak jual kat lain tapi bw sini dulu)





Kami dibekalkan oleh penganjur apron dan topi. Cik Ina pakai topi je. Macam2 acara berlangsung kat pentas. Siap ada persembahan artis lagi? Yang bestnya, Gerai kami berhadapan dengan pentas Utama. Mmg clear la cuma jauh ckit je. Apapun kami x amik port pasai ni cuma concentrate kt Jualan kami. Target bg habis semua sbb senang ckit nk blk. Nasib baik tghari kami dibantu oleh Hanim - tuan punya kek.. ringan beban cikit. Fuh.. letih juga berniaga 2 org ni. Tp semangat tu masih berkobar kobar. 



Yang bestnya serbuk kari kami mendapat sambutan yang memberansangkan. Pandai juga kami promote.  Mak cik sherrie kita ada buat sambal daging tester. Lagi la laju kan. Cik ina sampai x sempat bergambar.  Ckit je. Huhuhu sedih.. dah la first time meniaga kan. 

Sebelah malamnya lagu meriah sebab Perdana Menteri kita pun mai. Cik Ina nampak Pm dan org ramai yang bertuah naik bas x de bumbung p rasmi jambatan baru. Huhuhu nak naik juga. Harap sat gi mlm lps officially opened kami dpt naik dan blk terus ke seberang sana.. Produk kami laris. Serbuk kari cuma tinggal sedozen tu pun ada org suruh simpan. Kek pun tinggai ckit je.


Selepas dah tutup gerai kami, baru sedar tak blh balik lg sebab jalan ditutup dan jam... Tgk konsert kristal dulu la...

And bila konsert kristal dah habis kami pun bergerak pulang. Nak ke jambatan lama, jam jalan dan tak tentu blh naik lagi.. Oleh kerana dari tapak perasmian tu berdekatan dgn deretan kereta menunggu nak rasmi JAMBATAN BARU maka Cik ina decide nak join sekali... Kereta dari tapak perasmian tak byk jadi kami dpt mencelah... Dan akhirnya kul 1.00 pagi lebih JAMBATAN BARU PUN DIBUKA.. Kami berdua begitu teruja nak naik ni...dan akhirnya dapat juga naik tanpa sebarang kesesakan sbb kami antara yang terawal....
.


Kami berdua selamat sampai ke rumah pada kul 2 lebih dengan selamatnya. Mlm tu Cik ina menginap kat rmh ik Sherrie la....



Ole2 dari Vietnam... Lalala

Mggu lepas cik ina happy sangat sebab terima call dari seseorang dari Muar Johor yang minta alamat untuk poskan souvenier dari Vietnam. 

Ingatkan tak de ole2 dari Vietnam untuk kita.... tapi rupanya ada. yeyeyeye tepuk tangan sebentar. Alhamdulillah,, ada juga orang ingat kat kita. Tq abg Muar....

Dan bila kat opis pula Cik ina tertunggu-tunggu abg pos laju plak.. X sabar rasanya. dan,, yang ditunggu kunjung tiba. Mgg cepat la plak sampai... Kemarin POS hari ni sampai... Tahniah la POS MALAYSIA.
Kembang kempis pipi cik ina sebab seronok sangat..

Nk tau apa barangnya... Tadaaaaaaa.....



dan of course fridge magnet la kan... 



Tq abg Muar....

###########################################

Terima kasih daun keladi
NNti bagi lagi

#######################################

Tuesday, February 26, 2013

BR1M Cik Ina Dapat RM250

Assalamualaikum semua..

Hehehe, cik ina ke rumah sewa kedua cik ina kelmarin lps ambik keta dari tukar timing belt.. Rumah sewa sapa lagi kalau tak rumah FK n Cik sinar.. my best adik2.. So, Dayah, ana n sinar bagitau kata depa dah dapat surat untuk ambik duit BRIM 2.0. Cik ina pun terfikir,, ermmm aku pulak bila lagi nak dapat. Alamat letak alamat rumah kat kg. Dayah à housemate depa letak alamat SP, so dah dapat surat juga. Dia siap buka depan cik ina lagi tu..

Dalam hati kata, tak pe la, aku ni dah la hantar borang lewat (hantar hari tu 31.12.2012 tepat jam 5.30 petang) masa kaunter BR1M nak tutup dah. Dah la jadi orang terakhir hantar pada tahun 2012 kat LHDN SP. So, maybe aku akan dapat lewat kot.. Semua ni cik ina kata dalam hati je la..

So, pepagi Sabtu lps setelah pokai byr repaire ketaku, cik ina nk balik rumah kg  sbb semlm menginap kat rumah depa.. Lagipun adik cik ina balik. Sebab rindu Aira, jadi semangat bangun awai dan siap2 nak balik. Tetiba bunyi mesej handphone dari adik ipar cik ina (mama aira) kata surat BR1M cik ina dah smpai 3 hari lps tapi mak tak buka.

surat yang dituggu telah tiba
 Adik cik ina baru buka pagi sabtu tu.. (Yeye akhirnya aku dapat juga… ) Hehehe tersengih la masa drive nak balik kg tu…

P/s : Ahad pagi kena ambik… kat Gurun… masuk keje lewat ckit la….

Ni layan pic orang dapat duit... zasss

lokasi ambik duit
ye, kita q dulu
masa baru sampai b4 kul 9.00 pun dah ramai

kul 9.00 buka kaunter dan kul 9.30 cik ina dah ada dalam keta utk ke opis pulak. Kira ok la kan.. Siap dapat bekal drinkingwater dalam cup n roti utk breakfast.