Showing posts with label kenduRi. Show all posts
Showing posts with label kenduRi. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Yani

Assalamualaikum....

Cik ina amat berbesar hati kerana mendapat jemputan ke perkahwinan Dhiya Iryani yang sesama keje kat Kilang Texchem dulu. Thanks yani sbb ingat lagi kat akak dan sudi jemput akak... Demi jemputan tu, akak gagahi jua dan peneman setia akak tentulah cik sinar kita. Cik ina paksa cik sinar balik dari kampung dia awai ckit. 


Kenduri yani ni diadakan kat Auto City. Jadi senang la cik ina nak pi sbb rmh yani cik ina tak tau. Yg tau area alma jer tp tak pernah ke sana. So… bila dah buat kat Concept Hall, kat auto city senang la nk ke sana. maklumla,, kan auto city tpt kenangan... tempat mencari rezki...

Bila sampai cik ina call yana. Saja cari teman. Segan jgk kalau tak kenai org masa kat sana.





Kebetulan yana dah sampai dgn suaminya… joe. 
Cik ina cari anak yana tp tak bawa. Kempunan cik ina nak tgk anak yana.
Bila sampai tu.. pengantin baru turun keta. Jadi cik ina tak nak kacau mak ayah yani so.. cik ina pi makan dulu. 




Kebetulan meja yana makan ada kosong. So.. cik ina dgn sinar makan kat situ.
Menunya adalah kegemaran Cik ina. Cer teka apa… dlm entry b4 this cik ina mention pasal nasi tomato ayam berempah kan. So, menunya adalah, nasi tomato, ayam rempah, gulai dalca dan ulam.  Yang tak de Cuma masak cabai jer… mmg sedap la.. sinar pun kata sedap.

Selepas makan kami lihat pengantin sedang menjamu selera. So, kami tak nak kacau pengantin. Jadi cik ina snap pic yani jer la. Sedih jgk sebab tak sempat bergambar dgn pengantin.. huhuhu. Tp tak per sempat bergambar dgn yana.



Selepas dah selesai,, cik ina dgn sinar beredar dari situ... sambil berfikir ke mana nak dituju selepas ini.

nak tau ke mana?? tggu next entry...

Wednesday, April 18, 2012

Kenduri Sepupu | Kg Melayu Subang


Assalamualaikum....
dan 
Salam satu malaysia.....
First of all cik ina nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sepupu pertama Cik ina Ana yg dah mendirikan rumahtangga bersama pilihannya Rian. 


 Dah kawen sepupu cik ina nooo... Comel tak sepupu cik ina. Comel kan (harap ana tak baca entry ni,, nnti perasan plak dia)


Lokasi kenduri ni adalah kat Kg MElayu, Subang.. Maka dengan ini, Cik ina beserta family dari kedah kena la pi sana untuk memeriahkan keaadaan. 
Maklumla sepupu yang pertama kawen kalau dikira belah mak cik ina. Sebelum ni hanya adik-beradik Cik ina je yang kawen... (kecuali cik ina la kan).


Tarikh kendurinya adalah 10 march 2012... bersamaan hari Sabtu.. iaitu minggu pertama cuti penggal pertama. Maka sebab kedah dah cuti hari jumaat,, kami (3  biji kereta)iaitu cik ina dan anak2 sedara, abg cik ina dan isteri serta tok dgn cu, dan adik cik ina bersama isteri dan mak abah bergerak ke sana hari Jumaat yang mulia. 
Kami 3 beradik je yang dapat pi.. Lagi 2 beradik cik ina tak dapat pi atas sebab tertentu.

Kami berangkat pukul 8 pagi dan tiba pada kul 1.30 petang. Alhamdulillah,, selamat tiba ke destinasi setelah pusing2 kat pekan subang sbb cik ina pertama kali drive ke sana. B4 ni adik cik ina yg drive jadi hanya dia je yg tau jalan. 

Ketibaan kami disambut meriah oleh tuan rumah iaitu Pak Ngah cik ina dan family. Kan kami bawa ibu kesanyangan pak nagah.. mesti la kena sambut kan...
Turut sampai disana anak pak lang cik ina iaitu Najwa. Pak lang dan mak lang akan sampai esok dgn adik2nya


Upacara akad nikah lps asar. Jadi masa cik ina sampai pengantin tengah tunggu mak andam datang utk bersiap-siap. Cik ina pun bersiap apa yg patut la. Nasib baik bawa baju kurung lebih.

Upacara akad nikah sedang berlangsung
Selepas asar, upacara akad nikad dijalankan dan semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah...


 Lps tu upacara minum petang dan,,,, pengantin nk posing la... Turut memeriahkan keadaan adik-adik pengantin dan sepupunya iaitu kami la....




Kenduri ni berlangsung di dewan MBSA Kg MElayu Subang. Setelah bersiap seadanya bersama family, kami dari homestay yang telah disewakan khas untuk kami berangkat la ke sana utk tolong apa yang patut. Sbb kat dewan, maka less job la kan.



Lps tolong apa yang patut,, hanya tunggu acara makan je la kan. Tunggu apa lagi,, kita makan dulu la setelah semua telah dihdangkan. Menu kambing pun ada bagi peminat kambing.


sepupu-sepupuku dan ujung tu anak sedara


jemput makan semua

ambik berkat.....
 

my mom yang dah sihat



our family form kedah..... adik pengantin pun ada
 Kami (cik ina dan abg n family) ada kat sana sampai hari selasa. Pada pagi selasa after breakfast, kami bertolak balik ke Kedah negeri Jelapang padi...
Kami tiba di Kedah pada pukul 3 petang sebab bawa keta tak laju sangat. Maklum la drive sorang jer. Tapi alhamdulillah selamat sampai.

Tuesday, April 17, 2012

Kenduri Noni kat Perlis


Assalamualaikum Sahabatku..

Kai Fa ha lu kum??? betui ke tak  kalau pronounce utk semua.... 
Kalau tak betoi tolong perbetoikan...
yang tau kai fa ha lu ki (utk perempuan)

Cik Ina ada cerita terbaru,,, tp kira-kira dah nak outdated jgk la...but Cik ina tetap nak share... 
Lama jgk tak write something dln my blog ni... 

Cik ina nak citer ni... Baru-baru ni bertarikh 30.3.2012, Cik Ina pi kenduri my ex-housemate, noni yang menjadi housemate cik ina masa kami dok sekali  kat Pmtg Pauh dulu... 
Location kenduri tu kat perlis indera kayangan... 

ni la pengantinnya.. dari jarak dekat... sweet kan... Congrats my friend
Setelah sekian lama tak jejakkan kaki kat negeri perlis,, rasanya last pi tu masa 2 thn lps kot.. and akhirnya Cik ina jejakkan kaki semula. 
Kali ni cik ina pi dgn my best friend.. Cik Noorsham Sinar or kami kengkawan panggil Sinar...  macam matahari yang bersinar... (sori la sinar yer)

Nama exhousemate merangkap pengantin ni Yusni Yusoff. Kami panggil Noni....
Masa kat pmtg pauh ada satu sorang lagi my-exhousemate i nama dia aren. Aren ni dah tamatkan zaman bujang dia masa kami dok sekali dulu lagi kat Pmtg Pauh (jarak jauh). Dukacita Puan Aren ni tak dapat menghadirkan diri kerana bertugas terlalu jauh nun di selatan.... dan tpt kenduri nun di utara,, maka tak sempat nak terbang balik..dan sekarang... kedua-duanya dah kawen,,, maka tinggal la akak sorang.. huhuhu..

Noni dah htr kad kak Cik ina jadi berbekalkan kad tersebut cik ina dapat menjejak kaki ke tpt kenduri. Apa tak nyer.. noni tak buat knduri ni kat rumah dia tp buat kat homestay tepi sungai.... nama tpt tu kat kad,, esplanade pengkalan asam....

Kenduri noni hari Sabtu. oleh kerana exited nak pi Perlis, Cik ina decide nak pi hari Jumaat,, sbb tak nak lenguh kaki drive lama-lama. maklumla kaki cik ina ni byk kali tergeleceh,, so,, kena la beringat... Cik ina tggu Cik Sinar balik keje hari jumaat tu... Setelah lunch kat nasi ayam periuk besar lagenda height, kul 3.00 ptg kami gerak.... 

Oleh kerana Cik ina melalui tpt nostalgia kat tanah merah atau sekarang lebih dikenali dgn nama bandar darulaman (tpt menimba ilmu kat POLIMAS),  cik ina singgah sebentar kat rmh member lama masa sekolah rendah.. diulang sekolah rendah yer (cuba bayangkan berapa lama kami berkawan baik).Nasib baik  Puan Hana Seman (nama FB) ada kat rumah. 

Kami berdua teruskan perjalanan ke Arau.. Oh Ya,,, Cik ina lupa nak bgtau, selama kat PErlis ni cik ina nak bermalam di Arau- rmh sepupu Cik ina. 
Dah janji sebulan yang lalu tu.. 


Siap book dia jadi penunjuk arah lagi. Nsb baik sepupu cik ina ada kira kurang bajet ckit.. kalau tak kena la cari bajet lebih nak pi dok kat Hotel kan... 

Malam tu mmg cik ina dgn sepupu plan nak pi makan kat Kuala Perlis. 
Lama tak menikmati sotong goreng tepung Kuala Perlis. 
Rasa dia mmg lain cikit dari tempat lain. May  be tepung yang digunakan dan cara goreng tak sama dgn tpt lain. 


Ni la sotong goreng tepung yang diidamkan.... yummyyyy

Kalau dah kat Kuala Perlis, tak sah la kalau tak makan nasi dengan ikan yang segar-segar kan.. Kami order ikan seekor tp potong 2.. setengah bakar dan setengah lagi buat masa 3 rasa.
dah sampai tp ikan bakar blm sampai.. jom makan dulu..

Cik ina dgn cik sinar

cik sinar dgn my seppu- cik najwa adni

Pagi 31.3.2012.. setelah bersiap sedanya... kami bertiga pun mula operasi mencari esplanade pengkalan asam dan akhirnya ketemu jgk.... 
Parking yg dkt tak de maka kena park seberang sungai. Utk shorcut ada jambatan gantung ke sana but kalau take long cut kena lalu tepi jambatan jalan raya yang tak berapa luas. maka kami decide nak adventure ckit,,, kami naik jambatan gantung...
 Boleh tahan jgk la .. nnti cik ina post picturenya,, sbb pic nya dalam camera.



Ok,, dah jumpa... layannnnnnnn


















ni la pengantinnya... Comei tak???


At last dapat juga kami bergambar dengan pengantin setelah peluh-peluh tunggu 




Cik ina dgn Puan Iffah

After solat zohor, dlm kul 4 kami gerak ke Padang Besar. Saja nak jejalan alang-alang dah jejak kaki ke Perlis ni kan... Tapi bajet lari sikit,, so tak leh shopping byk2. Huhuhu tapi at least sempat curi masa ke sana. Alhamdulillah selamat sampai  kat Pdg Besar.





Cik ina bergerak balik ke Sungai Petani dalam kul 6.00 petang. OTW balik, cik ina singgah sebentar kat Bandar Darulaman.Cik ina nak singgah ke gerai "Jan Western". Kedai ni tak special sesangat tapi yang penting adalah kedai ni telah dibuka oleh junior Cik ina iaitu Faizal atau lebih dikenali dengan nama Jan. Dia ni Jurulatih tetap yang mengajar budak2 junior Pengakap Polimas setiap hari selasa( kalau tak silap). I dah lupa hari apa kokorikulum kat Poli.