Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Hari lahirku

Tanggal 1 Oktober 37 thn lalu lahirla seorang yg di panggil Cik Ina. 
Selamat hari lahir buat diriku... Hehehe aci dak wish utk diri sendiri..


Begitulah ucapan yang diterima saban tahun.

Thn ni saja Cik Ina dapat 100 lebih ucapan di Fb dan x kirang 50 ucapan di whatsapp. Syukur alhamdulillah kerana masih ramai rakan2 yang sudi wish besdey dan doakan Cik Ina. 

Apa pun Cik ina bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas & menikmati kehidupan dimuka bumi ini. Semakin bertambah usia kita, makin dekat kita menuju pada-Nya. Semoga, pertambahan usia ni seiring dengan perubahan yang lebih baik & diredhai. Di samping itu Cik Ina juga mengharapkan agar diberikan kesihatan yang baik supaya dapat berbakti kepada mak dan abah. Semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan & kesihatan yang berpanjangan. Aamiin.

Seperti tahun lalu, tiada sambutan untuk meraikan hari lahirku ini...Apatah lagi kek.. Sob sob sob.. Cuma kali ni Cik ina ada di Penang sempena Lawatan sekolah. Hadiah pun x dapat. Ye la kan,, dah tua... Tp my best friend akan bagi hadiah tp selalunya lewat ckit... Memang itu perjanjian kami along time ago. 

******************************************
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Amin Ya Rabbil-Alamin.

Doa ni Cik ina petik dari SINI




Tuesday, February 17, 2015

Purse Baru Koyak

Sedih sangat.. sedih sangat-sangat. Cik ina sedih kerana baru nak try purse baru yang Cik Ina dapat tu dah koyak. 

Cik Ina baru nak isi kad-kad pastu tetiba terus koyak.
Purse tu Cik Ina baru dapat masa besdey Cik Ina tahun lepas. Cer tengok tak guna lagi pun. 



Utk org yang memberi tu,  Cik Ina nak minta purse baru blh tak??? Purse ni cik ina simpan...

Thursday, October 23, 2014

Ulangtahun Kelahiranku - Oktober

Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah.. Allah masih lagi beri peluang untuk Cik Ina bernafas di muka bumi ini... Dah lama Cik ina nak share, tapi masa sangat pantas berlalu.. SEDAR x sedar dah 23 hari dah berlalu sejak Hari Ulangtahun kelahiran Cik ina yang ke..... jeng jeng... cer teka.. cer teka...



Cik ina x nak berahsia sangat pun... JAWAPAN.... Besdey Cik ina yang ke 35. Huhuhu dah lebih byk dari 1/4 abad kan...


Apa azam tahun ni ekk.. Selaras dengan bertambahnya usiaku ini.. Azam yang dah berbuih-buih mulut dok sebut- nak kurus la kan (tapi x kurus juga) makin byk makan ada la.. tapi deep inside my heart --- >Azam CiK ina hanya nak perbaiki segala kekurangan diri dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa... lebih baik dari semua aspek dan menjadi anak yang solehah... Mudah-mudahan azam ni selari dengan perbuatan Cik Ina,,, Aaminn. 

Apapun yang terjadi,, Cik ina bersyukur kerana masih lagi bernafas (touching la plak), walaupun Cik ina masih single lagi, (doakan moga ada jodoh ye). Cik ina juga sangat2 bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan berada di kalangan rakan-rakan yang memahami serta persekitaran kerja yang bagus... Allah maha adil lagi mengetahui kan...



Tapi sejak pertambahan usia tahun ni.. sedih member bgtau dapat hadiah yang Toj Jib bagi iaitu minyak naik 2kupang seliter... Huhuhu Namun Cik ina terharu kerana rakan2 sejawatan cik ina sudi buat kenduri... Depa belanja makan kt SP... Thanks u olls... 


Cik ina juga menantikan hadiah tertangguh dari jauh ni... 
Mana la hadiahnya x sampai2 lagi (jangan tak sampai dah le)....  Nk tau hadiah apa... Nnti sampai kita tgk ye..


Wednesday, December 19, 2012

Hadiah Hari Lahir...

Last month my best friend ada tanya apa yg cik ina nak utk hadiah besdey.... Ada ke mcm tu.. tp utk kami dua,, mmg selalu mcm tu,, sbb blh request apa yang kita nak.. lebih bermakna kan hadiahnya.. Last year dapat lipstik Mary Kay..Nak apa ye for this year??

After fikir ckit, Nak tau apa jawapan cik ina.. Jeng jeng jeng.. 
Nk tudung je,,lebih specific..  tudung NURKASIH  yang tak de owning keras... hehehe.. Blh mcm tu.. (dlm hati takut tak de stok dah tudung mcm tu)

And finally... kelmarin my best friend.... zatul call and kata nak mai rumah.. Bila sampai terus hulur satu beg plastik.. Bila tgk,, rupanya tudung yang direquest.. (Plastik je,, tak de kotak ker). Tapi bila tgk isinya yang cntik tu,, terus lupa bab plastik tu. Apapun yang penting isinya and keikhlasan pemberi kan.... Walaupun dah lepas besdey Cik ina, tapi tetap happy sbb baru dapat hadiah... Esok2 i pi cari hadiah besdey for u plak Zatul..

Ni la tudungnya.. polka dot lagi...

 
* Dok fikir tudung apa yang nak bagi kat dia ni....

Sunday, November 4, 2012

My 34th Besdey

Dah genap sebulan besdey cik ina tetapi kali ni tak de sambutan atau kek. Sedih kannn.. Cik ina selalunya makan2 denang kawan2 baik tetapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, maka tiada apa2 yang diatur. Cuma beberapa hari selepas itu sahaja, sahabat2 baik cik ina belanja makan mee udang d'king fav kami semua. 



Apa yang membuatkan cik ina tak celebrate adalah kerana kecewa dan tak semangat langsung atas apa yang terjadi lately ni walaupun bukan kepada cik ina tetapi tempiasnya terkena juga walau sedikit. Jadi,, sedikit kecewa dan simpati kepada yang berkenaan.

Cik ina tau,perasaan marah atau kecewa ni adalah satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Maybe kita kan bertindak diluar batas. Tetapi jangan pula orang yang marah tu memanipulasi orang lain supaya turut sama marah dengannya.. Tak baik tau...
Sambung balik citer cik ina... Pendek kata dalam bulan Oktober ni, macam-macam jadi sampai tak terfikir oleh minda yang waras ni la... Dah la bulan Oktober tu besdey cik ina.. Sedih kannn...

But we must cool dan percaya, Allah tu ada... Sesiapa yang berbuat jahat akan mendapat balasannya. Tambah2 yang membuat fitnah dan juga menceritakan aib kita kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri..Pendek kata,,, depan kata lain,, belakang kata lain... apa orang cakap.. talam dua muka,, boleh kot pakai peribahasa ni... iskk -i know my friend better than u la... 

Macam-macam kan.. Ada juga orang berpura-pura baik jer. Maybe utk kepetingan diri je kot.. dan macam2 lagi la. Nasib Allah sedarkan diri cik ina dan rakan cik ina ni supaya tak tertipu dengan permainan dia.. Nak pinjam ayat Farhana Kirana la.. "nmpk tak permainan dia.." hahaha.
Wah blh dapat reward ni sbb anda telah berjaya dengan misi yang anda rancangkan..
 Syabas bete - kata hero industan. Dah melalut plak cik ina kan.

Apapun kita kena sabar.. Sabar tu kan sebahagian dari iman kita... Sabar ekkk...

 ________________________________________________________________________

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ♥peace with imaan♥

Monday, October 10, 2011

My 3? besdey

Assalamualaikumm,,,
Salam Petang...
Salam Sejahtera..
Salam Zulkaedah


Bulan Oktober.. ermm bulan oktober adalah bulan kelahiran cik ina
dan bila bermula oktober maka ni genaplah usia cik ina 33 tahun..
hehehe dah tua rasanya.. 
dan ada beberapa orang rakan seusia cik ina yang berkongsi tarikh yang sama 
serta sepupu cik ina selang 10 hari jer...  
yang entry raya tu ada cik ina mentioned dia pi jepun tu..

Ermm rasa dah tua... Apa pun janji kita happy kan...
Tahun ni tak de sambutan apa2 cuma 
dapat hadiah dari my best friend ....>>> zatul<<< n yg best sekali 
>>> my exhousemate masa kat pmtg pauh dulu >> noni <<  berbesar hati 
utk keluar bershopping tingkap 
serta tgk wayang lagi..
dan belanja makan.. 
dan yang paling terharu sekali,,, 
dia telah masakkan cik ina spagetthi yang sedap.. 
Yummy... Thanks noni...
Tahun lps pun macam tu jgk..
my best friend  (zatul la)belanja makan satu hari n
beli kek SR sorang sejorai (bersama aren katak n zatul).

A week after, cik ina bersama rakan2 yg best celebrate kat our fav restaurant 
iaitu Restoran DKINGMee Udang Banjir
 


Apa pun cik ina bersyukur sangat kerana
masih bernafas di bumi Allah ini dan
ramai lagi kengkawan yg menyayangi cik ina selain daripada keluarga cik ina.