Showing posts with label my friend. Show all posts
Showing posts with label my friend. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

TOL - Adat Kenduri Orang Johor

Cik Ina nak citer ckit keterujaan masa gi kenduri rakan Cik ina di Johor. Nak citer lama dah cuma tak jumpa buktinya. Kenduri ni masa Hari Raya Cina  Februari lepas, tapi bukti tu masih tenggelam dalam beg. Tup tup last week jumpa. Terus teringat nak citer kat uolls... Sebabnya,, ni adalah pengalaman pertama gi kenduri kat Johor dan cik ina salah sorang kutip TOL...

Masa pengantin lelaki nak masuk rumah,  pengantin perempuan iaitu kak ina panggil cik ina duduk dpn pelamin. Cik ina ingat nak bergambar.. Terus p duduk. Rupanya nak kutip tol. mmg pengalaman yangtak dapat dilupakan.. 
Ni la hasilnya


Rm1 je tapi pengalaman tu paling mahai. Bila cik ina cari balik rupanya :


Adat TOL ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja yang boleh dianggap kenangan manis waktu perkahwinan. Cuma pengantin lelaki perlulah membuat persediaan sebarang kemungkinan takut-takut tak lepas nak bayar TOL nanti (He..he..).



Dalam permainan TOL ni orang yang kena main peranan ialah pengapit anda. Sebab tu kena cari pengapit yang pandai mengawal situasi terutama kanak-kanak barisan paling hadapan pintu masuk tu sebab kanak-kanak ni hyper aktif sikit.. hihihi.. Sebenar tidak perlu TOL yang tinggi. 20sen hingga RM1 sudah mencukupi untuk bayar TOL setiap seorang, mengikut kepada kemempuan pengantin lelaki.


Ada 3 lapisan TOL :


  1. TOL pintu masuk ( majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1 ).
  2. TOL nak naik pelamin ( majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL  RM1 ).
  3. TOL Mak Andam ( Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50  ikut kemampuan).

Jadi.. Cik ina di TOL ke dua la kan....
Haaaa ni gambar tggu. Pengantin lelaki kat pintu lagi

 Pengantin lelaki dah sampai
Proses minta tol
 Tol dah dapat

DAh blh selfie, pengantin lelaki dah ada..


Hampa semua jangan la gelak tau. Ni pengalaman pertama Cik ina mai kenduri mcm ni... Tu yg over excited nak citer tu....

Monday, January 26, 2015

Jumpa Rakan Sekelas

Lepas je debaran interview hari tu, perut pun terasa lapar. Maka Cik ina decide nak ke Medan selera ukir mall untuk makan. Selain tu nak jumpa isteri member baik cik ina. Nak jumpa best friend cik ina juga iaitu Puan Umi...
Setelah sejam tunggu umi pun sampai.. lambat sungguh kau ni umi..


Ni la tokey gerai ni.. Anira dan anak sulungnya... Sebenarnya rakan Cik ina ni suami anira... iaitu ADIAN. 






Ni gerai Anira 
 Bagus anak ini tolong uminya....

Sunday, December 28, 2014

Small Gathering Dec 2014

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik tup tup kita dah di ujung thn 2014.. Sat je masa berlalu.. Masa ni pun dah lebih kurang seminggu dah banjir kat area Pantai Timur dan sekarang dah sampai ke Johor, Selangor, Perak. Doakan mereka semua selamat dan sihat.. Aamiin...

Kelmarin matahari masih malu nak memancarkan sinarnya tetapi hari ni alhamdulillah ada juga matahari dari tghari till noon. Cik Ina pun happy sangat hari ni... sebab blh jumpa geng sekolah menengah dulu.. 

Gathering kecik ni spt biasa diadakan di rmh tok penghuluwati kami..


PUAN ZALIZA OR KAMI PANGGIL ZA. 
Nama glamer fb leyza.



Ahli tetap mesti ada,,, Iaitu Cik Ina, Puan Rusna, Puan Lily, dan Puan Rozaini . 

Yg sebelah Cik ina tu la Kakak misi kita
Puan yg last ni kengkadang ada sbb keje misi ni fhm fhm je la. Dan kali ni ahli tambahan iaitu Puan Intan - yang baru tiba dari Kerteh Tganu dalam dua hr lps.. 

Tudung merah tu Puan Intan
Cik ina lama x jumpa intan ni sejak hbs sek.. dari hbs SPM sampai la ni la.. Cer kira.. 36 thn -17 thn. Opss pecah rahsia...



Yang bestnya.. tuan rumah jamu mee kari.. siap ada marble kek lagi. Cik ina sampai dulu.. maka cik ina jadi tukang rasmi mee kari tu.. Ermmmm yummy sedap ooo.. mesti sedap air tangan dari chef yg berpengalaman di dapur sendiri. Mcm cik ina ni ,,, mee blh la tang kari tu pelan ckit la...
Gathering ni bila cukup korum mmg meriah hbs.. cik ina terlihat kat ruang rehat ke2 za,, anak dia pun sampai tergelak bila dengar mummynya n the geng sembang.  Usik mengusik, gurau bergurau mcm dlm whatsapp tu. Cer teka siapa.. ahli mesyuarat tingkap kami mesti tau... za n intan la.. Dalam kami dok sembang. ..dan lagi dok pakat nk p Arianni plak. Dan lagi depa nooo..

Apapun Cik Ina nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada za dan family yg sporting kerana menyediakan makanan yang sedap dan sudi bg kami berkumpul di rumah yang cantik itu...

B4 balik semua posing ckit... 1 2 3 senyum....

Kita selfie pulak kata tuan rumah...

Terima kasih daun keladi, 
Nanti jemputlah kami lagi...

P/s : nanti kita bawa mai bekal sorang ckit bg tuan rumah makan pulak...

Wednesday, December 17, 2014

Gift from Sabah n Guangzhou

Walaupun dah lama my good friend iaitu cuk falah ni ke sana.. akhirnya dapat juga gift dari Cik Falah ni. Ni la namanya rezeki utk i kan..

Thanks my friend sbb sudi memberi. I loike it very much....

Ermm bila la nak ke Sabah.. Kena himpun duit lagi la... Dah pokai sebab ke Medan.. 
Walaupun duit habis janji hati gumbira sebab yang p semua sekepala...

Thursday, November 20, 2014

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..

Assalamualaikum.  Selepas keletihan akibat baru blk dr kenduri di Pahang, pagi yang aman damai ni Cik Falah ajak Cik ina n adikku ke Jalan Tar. Tapi sebabkan kami telah melalui seksyen 7... 

Cik Ina ajak falah singgah ke tpt yg udah lama Cik Ina nak p iaitu Ekb shah alam. Mmg tering sangat tau. Falah pun ok je.. tq falah... Dalam mencari terpandang dah kedainya itu kat atas sebuah kedai mkn.  Mesti masuk walaupun tau baju Kedahan x de kt situ. Jom layan..zassss



Selepas kami beredar utk mkn abc seksyen 2 plak, tetiba Muar tlh whasapp pic kami kt atas tu.. la.. Staff EKBshahalam dah upload kami dlm instagram... tq...

Sesudah sampai seksyen 2,, parking agak jauh sbb nk lunch time dah. Tengah dok jln tu,, tetiba je cik ina nmpk lorong blkg yg dilukis oleh student UiTM. Ooo rupanya tang ni la yg cik ina tgk tu... akhirnya dapat juga amik gambar at sini... jom pose ckit...




Yummy.. dah lama x pekena ABC kat sini... Hilang segala kempunan nak makan ABC... Setelah posing ala kadar, kami pun beredar ke Stesen nak naik train.


Haha nampak tak muka lama tak naik... Tak leh selfie byk i nnti org gelak plak sebab nampak sgt x jarang naik kan.....
Dah sampai jalan TAR, kami ke jakel dulu jumpa BOSS... Jakel tgh sale gila2 masa ni sebab nak ubah lokasi...
Kemudian selepas BOSS belanja makan roti nan ayam tandoori, kami ke HAJRA nak tgk tudung sale....


Habis setengah kedai kami beli,,, osss sipa kami sukat... BElinya dalam 10 helai je... Murah kot harga serendah RM5 pun ada... Pastu baru ronda-ronda sekitar. X semat snap pi sebab ujan plak. Maka kami deide utk balik...


Dlm train tu lapar la plak. TEtiba Cik Falah teringat nak bawa ik ina  makan berger kukus lava... 
Yeeesss.. Akhirnya blh mkn juga setelah usha gambar Falah je...

Jommmm order


Ni kaunter nak order


DAh order.. Tgunggu dengan kesabaran....

Tadaaaa burger dah sampai..

 Sama tak dgn gambar i...

Ni la lokasinya...
branch damansara damai
Waktu beroperasi dr pkul 5.00-12.30 mlm..

Damansara damai di TUTUP SETIAP ISNIN
Segala pertanyaan blh call ke no ni 014-2603370

Letih jalan dan makan dah pun,,, masa blk rehat esok nak balik KEDAH...


**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Monday, November 10, 2014

Kiosk Bikers Cafe

Tahniah... tahniah... Ucapan ini ditujukan khas kepada my senior at Polimas kerana berjaya menambahkan lagi usahawan yang ada di Malaysia. 

Ha,, mesti hampa tertanya-tanya usahawan macam mana or jenis apa yang diceburi oleh senior i aka Abg Faical (abg f) ni... 
Abg F ni berjaya membuka satu kiosk kat Putrajaya. Rasanya bukan senang nak buka kiosk di sana kerana perlu mematuhi arahan yang ditetapkan.

Ni la rupa kiosk abg f ni...






BIKERS CAFE terletak di lokasi agak strategik iaitu berhadapan dengan Auditorium Kesenian dan bertentangan dengan Istana Kehakiman. Kiranya senang nak p terjah. Ianya dikendalikan oleh senior Cik ina iaitu abg FAICAL. Senior POLIMAS kami...
Posing dulu sementara tunggu tuan punya kedai mai...
Cik Ina telah berjaya menjejakkan kaki ke sana pada awal muharram yang lalu bersamaan dengan 25 oktober 2014. 

 Cik ina dah janji dgn tuan punya kedai ni untuk join dia n family p kenduri. Jadi... kami berkumpul di sini terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pekan Pahang kerana nak p kenduri kawen kawan kami iaitu Kim- nama glamernya..

Oleh kerana ada juga junior yang tinggal di sekitar Putrajaya ni, maka Cik ina pun plan nak jumpa mereka di BIKERS CAFE ni sambil nak suai kenal dgn junior n senior. Maybe pernah jumpa tapi mereka tak kenai kannn...

Setelah telah set time mlm ni after kami sampai dari Pahang, maka ini la geng kami yang sudi meluangkan masa datang ke sini. TERIMA KASIH ADIK-ADIKKU kerana sudi mai juma kat sini.

Cik ina juga panggil member yang lama tak jumpa iaitu Zarina... atau kami panggil INA EP. Kebetulan ina ep ni ada di sini -rumah adiknya. Akhirnya kami bersua setelah hampir 20 tahun tak jumpa.


Dan akhirnya seorang lagi junior ik ina baru sampai... Masa ni kami nak gerak balik dah.. tapi kita posing dulu tanda berjumpa....

Kemudian cik ina mengundurkan diri sebab dah keletihan seharian perjalanan ke pahang.

TERIMA KASIH BIKERS CAFE KERANA MENAJA MAKAN PAGI DAN MALAM KAMI ADA HARI INI. MOGA ABG FAICAL DIMURAHKAN REZKI DAN MAKIN BERKEMBANG PERNIAGAAN INI..

**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Sunday, November 9, 2014

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum geng semua...


Akhirnya,, my best friend iaitu Kim nama glamernya...dah menamatkan zaman solonya, setelah melalui pelbagai liku-liku hidup.. Tinggal 3 orang lagi iaitu, Cik Zarina, Cik Siti Fazilah dan sorang lagi Cik Ina yang belum berpunya... Yang tu kita serahkan kepada Allah. Kalau u olls tanya kenapa.. jawapannya x de.. 

Back to my story...Maka pada hari Sabtu lps Cik ina sampai ke Kg Tanjung Batu, Pekan Pahang untuk menghadiri majlis tersebut. First time ke Pahang ni... Nasib baik ada senior Polimas Cik Ina berbesar hati ajak CIk ina join dia pi kenduri. Kalau tak de abg F tak mungkin Cik ina dapat menjejak kaki ke sana... Thanks abg f dan isteri dan anak2 yang sudi ajak berkongsi kereta mereka.... 

Perjalanan pagi setelah breakfast di Kiosk Bikers Cafe kepunyaan abg f di putrajaya terasa amatla jauh. Kami bertolak pulul 9.45 pagi dan selamat sampai ke rumah Kim pukul 2 lebih... 

Setelah tiba di rumahnya- sebab tak pernah sampai lagi, kami pun mencari wajah pengantin untuk pastikan x sila rumahkan... Haaa tu dia Kim..maka betulla ni rumahnya. 





Setelah berjumpa... tetiba Cik ina terasa sedih la plak... mugkin kerana berjaya sampai ke rumah Kim... dan tumpang gumbira sebab kawan baik dah bertemu jodohnya... 





Setelah reda sedih dan bersalaman dgn pengantin, kami pun terus ke meja makan. Maklum la perjalanan yang panjang maka perut pun terasa lapar. Lagipun pengantin kelihatan sibuk jer.




 Kemudian barulah kami ajak pengantin bergambar. Layannn







 Seisi bergambar dengan pengantin....



X SAH KALAU X SELFIE DULU KAN...
Masa amatla menemburui kami... Sat je dah nak petang. Jadi kami terpaksa beransur pulang. 

TAHNIAH MY DEAR FRIEND. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN KEKAL SAMPAI KE JANNAH. 
AAMIIN....
**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************