Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Detox Tea : Slimming & Detox Tea By Medina Desire

Assalamualaikum semua..

Dah sarapan ke belum? kalau belum, jangan lupa minum kakicantiq tea keluaran medina desire ni dulu ye. Best tau rasa dia,,, rasa macam rebina pun ada.. rasa serai pun ada tapi tekak Cik Ina masih blh minum lagi la.

Sebenarnya... Cik Ina x pernah nak buat review produk... tapi bila cari kat google x jumpa cara nk minum... jadi macam mana nak minum kan. Jumpa pun khasiat dia sahaja... Mesti yang lain terutama pengguna baru macam cik ina tercari-cari cara penggunaannya...

Jom tengok khasiat dia dulu..


KAKI CANTIQ TEA ( KCT ). gambar dari google

KHASIAT KAKI CANTIQ TEA  ( RM 25.00)
    •  Mengecilkan peha 
    • Mengecilkan lengan 
    • Mengurangkan air berlebihan dalam badan 
    • Melawaskan kencing 
    • Mengurangkan selera makan
    • Cepat kenyang
    • 1 pack ada 15 sachet 
    • 1 sachet boleh guna 2 kali 
    • Minum pagi sehari sekali
    • Tidak cirit birit 
    CARA MINUM KAKICANTIQ TEA
    RENDAMKAN KAKICANTIQ TEA KE DALAM AIR PANAS DAN MINUM SETIAP PAGI SETIAP HARI SEBELUM SARAPAN PAGI. MUDAH JE KAN NAK KURUS


    Pastu  JOM BACA  tentang slimming detox pula


    SLIMMING DETOX TEA
    -RM 15.00


    Kebaikan dan fungsi SDT :
    •   Mengempiskan Perut yg BUNCIT
    •   Membuang Lemak yg DEGIL 
    •  Menyelesaikan masalah OBESITI
    •   Menyelesaikan masalah SEMBELIT
    •   Menurunkan PARAS GULA dalam DARAH
    •   Menurunkan tahap KOLESTROL 
    •  Membuang ANGIN dalam badan 
    •  Penurunan PANTAS sehingga 6KG dalam masa 14 Hari.
    •   1 pack ada 15 sachet.
    •   1 sachet bole guna 2 kali
    •   Minum malam sehari sekali 
    •  Tidak cirit birit ⠀

    SLIMMING DETOX TEA ( SDT ). gambar copy dr google
    CARA MINUM DETOX TEA
    RENDAMKAN DETOX TEA KE DALAM AIR PANAS DAN MINUM SETIAP PAGI SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR. MUDAH JE KAN NAK KURUS



    Nak cantik jgn malu . modal cuma rm 40 sahaja !

    Jom kurus.............................................

    #semangat nakkurus sbb rasa dah gemuk...

    Sekarang dah upgrade dan berwajah baru...
    Image result for set kaki chantiq

    Monday, November 3, 2014

    Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    puasa hari kesembilan Muharam .
    Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah ﷺ. Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺbersabda:
    أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
    “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
    .
    Sewaktu Rasulullah ﷺberhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

    Rasulullah ﷺbertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi ﷺ: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
     .
    Rasulullah ﷺbersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
    .
    .

    Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi

    .
    Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

    Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda ﷺ:
    Rasulullah ﷺbersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

    Sabda Rasulullah ﷺ:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
    .
    .

     Niat Puasa Sembilan Muharam

    .
    Niat Puasa Hari Tasu’a
    .
    Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
    عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
    “Ketika Rasulullah ﷺberpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
    .
    .

    Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu`a


    Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:

    1. Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

    2. Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

    3. Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.

    Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah ﷺmelarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith.  Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
    لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
     “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”
    (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
    .
    Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja.  Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.  Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
    .
    .
    والله أعلم بالصواب
    Wallahu A’lam Bish Shawab
     (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

    KREDIT TO TUAN PUNYA BLOG NI YANG SHARE... 
    YANG MEMBUATKAN CIK INA JUGA NAK SHARE ILMU INI BUAT SEMUA....
    .
    Artikel berkaitan dari owner:
    Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram  (Klik Di Sini)
    .
    .
    وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه 

    Monday, July 7, 2014

    Bahaya Minum Air Sejuk Ketika Berbuka

    Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu. 

    Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser. 

    Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit. 

    Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

    *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com|Bahaya Minum Air Dingin Ketika Berbuka

    Sumber :SINI 

    ** Cik ina tertarik nak share sebab mmg menjadi kesukaan kita untuk minum air yang sejuk ketika berbuka.. Cik ina yang kurang minum ais pun minum juga cuma tak terlalu sejuk je.. Mari kita cuba try tukar cara minum kita pada tahun ni tgk....

    lagi satu info.. cuba elakkan minum minumam yang bergas.. kalau sejuk pun dah bagi effect mcm ni.. kalau bergas macamana la agaknya kan...

    Wednesday, January 2, 2013

    SENARAI CUTI UMUM 2013

    Sempena tahun baru 2013 ni, Cik Ina terlebih rajin nak update cuti umum yang telah digoogle sebagai panduan dan rujukan bagi merancang segala aktiviti (majlis pertunangan dan perkahwinan) dan percutian bersama keluarga tersayang. 
    Bagi penjawat awam pula, anda boleh merujuk Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 bagi mengetahui tarikh bayaran gaji bulanan.

    Tarikh Peristiwa Negeri
    1 Januari Selasa Tahun Baru 2013 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
    14 Januari Isnin Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
    20 Januari  Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
    24 Januari Khamis Maulidur Rasul Semua Negeri
    27 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
    1 Februari  Jumaat Hari Wilayah WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
    10 Februari  Ahad Tahun Baru Cina Semua Negeri
    11 Februari Isnin Tahun Baru Cina (Hari ke-2) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
    4 Mac          Isnin Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu
    29 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
    15 April Isnin Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
    19 April Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
    26 April Jumaat Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
    1 Mei           Rabu Hari Pekerja Semua Negeri
    7 Mei         Selasa Hari Hol Pahang Pahang
    17 Mei     Jumaat Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
    24 Mei Jumaat Hari Wesak Semua Negeri
    30 & 31 Mei Khamis & Jumaat Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan
    1 Jun        Sabtu Hari Keputeraan YDPA Semua Negeri
    1 & 2 Jun       Sabtu & Ahad Hari Gawai Sarawak Sarawak
    6 Jun   Khamis
    Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
    7 Julai      Ahad
    Georgetown World Heritage City Day Pulau Pinang
    10 Julai  Rabu Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
    13 Julai   Sabtu Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
    26 Julai Jumaat Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
    8 & 9 Ogos Khamis & Jumaat Hari Raya Puasa * Semua Negeri
    31 Ogos
    Sabtu
    Hari Kemerdekaan Semua Negeri
    7 September Sabtu Hari Keputeraan Yang di-Pertua Sarawak Sarawak
    16 September Isnin Hari Malaysia  Semua Negeri
    5 Oktober Sabtu Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri Sabah Sabah
    12 Oktober Sabtu Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
    15 Oktober Selasa Hari Raya Haji *
    Hari Raya Qurban
    Semua Negeri
    16 Oktober Rabu Hari Raya Haji (Hari Ke-2) * Hari Raya Qurban Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
    24 Oktober Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
    2 November Sabtu Deepavali  Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
    5 November Selasa Awal Muharram
    (Maal Hijrah)
    Semua Negeri
    11 & 12 November Isnin & Selasa Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
    22 November Jumaat Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
    9 Disember
    Isnin
    Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor
    11 Disember
    Rabu
    Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
    25 Disember
    Rabu
    Krismas Semua Negeri
    * Tertakluk kepada perubahan

     So.. selamat merancang percutian anda .... Cik ina doakan semoga tahun ni kita akan lebih dirahmati dan diberkati Allah serta diberikan kebahagiaan dan limpahan rezki... Doakan untuk cik ina juga ye.. Amin