Monday, November 17, 2014

Novel Pilihlah Aku

Hari ni Cik Ina terasa nk sambung baca novel yang dipinjam oleh Puan Zaliza kepada Cik Zalina. Teruja nk teruskan sebab tajuk dan jalan cerita yang menarik dan lain ckit dari yg selalu dibaca. Novel ini mengandungi 739 helaian. Tajuk pun macam menarik je kannn


Kisahnya tentang Ainul Husna yang meletakkan jawatan sebagai seorang doktor akibat satu kejadian  Kemudian selepas 2 tahun, Ainul Husna yang telah menjadi pekerja di kedai Mai- Moon Bakery dan bermula la kisah-- sambungan sila baca sinopsis kat bawah tuuu


Dah byk baca novel sehinggakan tak teringat tajuknya. Tu salah satu sebab cik ina nk abadikan tajuknya yg telah cik ina baca sebagai tanda dah baca.

Kisah novel ina okla dan jalan cerita pun biasa. Tak blh mendapat tempat di hati sebab ads lagi yg best sebelum ni...

###########################


Wednesday, November 12, 2014

TEMUDUGA SPA KP27

ALHAMDULILLAH... Syukur Ya Allah. Sekali lagi Cik Ina dipanggil untuk menjalani temuduga. Dalam penuh kesyukuran ni tetiba timboi plak kerisauan. Risau apa ekk????Nak tau apa yang Cik ina risaukan..
Ni la yang dirisaukan...
Jawatan yang akan ditemuduga tu...
|
|
Jawatannya adalah PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP 27.
Deskripsi tugasnya pula... http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1078 Tengok statistiknya pula...
Yang membuatkan Cik ina risau dan tak senang duduk ni adalah JAWATAN ni bukan bidang Cik ina.  Cik ina lebih kepada pentadbiran (PTPO) tetapi x salah kan mencuba nasib. Ada sesapa ada tips or pernah menghadiri temuduga sebegini tak????

Tolong.... Helpppp me...
Tolongla Cik Ina yang buntu tak tau nak baca pa ni.....

Sekarang ni, pelbagai persoalan yang berlegar di mindaku yang serabut ni termasuk tentang ahli kabinet, portfolio menteri terbaru 2014, maklumat kementerian pendaftaran dan jabatan, isu semasa yang berlaku sekarang ni dan pelbagai lagi. 
Ha,,, yang bakal menghadiri temuduga yang sama, Cik ina doakan dapat melakukan yang terbaik.

Seriau sbb pengalaman temuduga yang lalu.. huhuh


Rabbiyassir wala tuassir. 

Ya Allah, aku berserah padaMu.

Doakan Cik ina berjaya menjawab segala soalan yang diajukan.. Dan jgn risau,, Cik ina pun akan berusaha mencari info sehingga tarikh temuduga....

Jom kita usaha............ Chiayokkk

Monday, November 10, 2014

Kiosk Bikers Cafe

Tahniah... tahniah... Ucapan ini ditujukan khas kepada my senior at Polimas kerana berjaya menambahkan lagi usahawan yang ada di Malaysia. 

Ha,, mesti hampa tertanya-tanya usahawan macam mana or jenis apa yang diceburi oleh senior i aka Abg Faical (abg f) ni... 
Abg F ni berjaya membuka satu kiosk kat Putrajaya. Rasanya bukan senang nak buka kiosk di sana kerana perlu mematuhi arahan yang ditetapkan.

Ni la rupa kiosk abg f ni...






BIKERS CAFE terletak di lokasi agak strategik iaitu berhadapan dengan Auditorium Kesenian dan bertentangan dengan Istana Kehakiman. Kiranya senang nak p terjah. Ianya dikendalikan oleh senior Cik ina iaitu abg FAICAL. Senior POLIMAS kami...
Posing dulu sementara tunggu tuan punya kedai mai...
Cik Ina telah berjaya menjejakkan kaki ke sana pada awal muharram yang lalu bersamaan dengan 25 oktober 2014. 

 Cik ina dah janji dgn tuan punya kedai ni untuk join dia n family p kenduri. Jadi... kami berkumpul di sini terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pekan Pahang kerana nak p kenduri kawen kawan kami iaitu Kim- nama glamernya..

Oleh kerana ada juga junior yang tinggal di sekitar Putrajaya ni, maka Cik ina pun plan nak jumpa mereka di BIKERS CAFE ni sambil nak suai kenal dgn junior n senior. Maybe pernah jumpa tapi mereka tak kenai kannn...

Setelah telah set time mlm ni after kami sampai dari Pahang, maka ini la geng kami yang sudi meluangkan masa datang ke sini. TERIMA KASIH ADIK-ADIKKU kerana sudi mai juma kat sini.

Cik ina juga panggil member yang lama tak jumpa iaitu Zarina... atau kami panggil INA EP. Kebetulan ina ep ni ada di sini -rumah adiknya. Akhirnya kami bersua setelah hampir 20 tahun tak jumpa.


Dan akhirnya seorang lagi junior ik ina baru sampai... Masa ni kami nak gerak balik dah.. tapi kita posing dulu tanda berjumpa....

Kemudian cik ina mengundurkan diri sebab dah keletihan seharian perjalanan ke pahang.

TERIMA KASIH BIKERS CAFE KERANA MENAJA MAKAN PAGI DAN MALAM KAMI ADA HARI INI. MOGA ABG FAICAL DIMURAHKAN REZKI DAN MAKIN BERKEMBANG PERNIAGAAN INI..

**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Sunday, November 9, 2014

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum geng semua...


Akhirnya,, my best friend iaitu Kim nama glamernya...dah menamatkan zaman solonya, setelah melalui pelbagai liku-liku hidup.. Tinggal 3 orang lagi iaitu, Cik Zarina, Cik Siti Fazilah dan sorang lagi Cik Ina yang belum berpunya... Yang tu kita serahkan kepada Allah. Kalau u olls tanya kenapa.. jawapannya x de.. 

Back to my story...Maka pada hari Sabtu lps Cik ina sampai ke Kg Tanjung Batu, Pekan Pahang untuk menghadiri majlis tersebut. First time ke Pahang ni... Nasib baik ada senior Polimas Cik Ina berbesar hati ajak CIk ina join dia pi kenduri. Kalau tak de abg F tak mungkin Cik ina dapat menjejak kaki ke sana... Thanks abg f dan isteri dan anak2 yang sudi ajak berkongsi kereta mereka.... 

Perjalanan pagi setelah breakfast di Kiosk Bikers Cafe kepunyaan abg f di putrajaya terasa amatla jauh. Kami bertolak pulul 9.45 pagi dan selamat sampai ke rumah Kim pukul 2 lebih... 

Setelah tiba di rumahnya- sebab tak pernah sampai lagi, kami pun mencari wajah pengantin untuk pastikan x sila rumahkan... Haaa tu dia Kim..maka betulla ni rumahnya. 





Setelah berjumpa... tetiba Cik ina terasa sedih la plak... mugkin kerana berjaya sampai ke rumah Kim... dan tumpang gumbira sebab kawan baik dah bertemu jodohnya... 





Setelah reda sedih dan bersalaman dgn pengantin, kami pun terus ke meja makan. Maklum la perjalanan yang panjang maka perut pun terasa lapar. Lagipun pengantin kelihatan sibuk jer.




 Kemudian barulah kami ajak pengantin bergambar. Layannn







 Seisi bergambar dengan pengantin....



X SAH KALAU X SELFIE DULU KAN...
Masa amatla menemburui kami... Sat je dah nak petang. Jadi kami terpaksa beransur pulang. 

TAHNIAH MY DEAR FRIEND. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN KEKAL SAMPAI KE JANNAH. 
AAMIIN....
**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Monday, November 3, 2014

Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

puasa hari kesembilan Muharam .
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah ﷺ. Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺbersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sewaktu Rasulullah ﷺberhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah ﷺbertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi ﷺ: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Rasulullah ﷺbersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
.

Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi

.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda ﷺ:
Rasulullah ﷺbersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah ﷺ:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
.

 Niat Puasa Sembilan Muharam

.
Niat Puasa Hari Tasu’a
.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
“Ketika Rasulullah ﷺberpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
.

Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu`a


Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:

1. Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

2. Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

3. Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah ﷺmelarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith.  Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
 “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja.  Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.  Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

KREDIT TO TUAN PUNYA BLOG NI YANG SHARE... 
YANG MEMBUATKAN CIK INA JUGA NAK SHARE ILMU INI BUAT SEMUA....
.
Artikel berkaitan dari owner:
Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram  (Klik Di Sini)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه