Monday, April 21, 2014

Pembukaan Jambatan Ke dua Pulau Pinang...

Cik ina amat teruja awal bln Mac lps.. iaitu 1 Mac 2012..  Utk apa ye keterujaan Cik ina sampai ke Penang? Cik ina buat pertama kalinya akan bertukar status nk berniaga.. nk tau berniaga apa.. Cik Ina join member Serbuk iaitu cik sherrie.. buka booth for opening 2nd penang bridge... X sabar menunggu esok.. Actually citernya cik ina nk temankan member cik ina, cik sherrie yang begitu semangat nak buka booth ni. So, cik ina pun free je x de apa nk buat maka.. Join la. 

28.2.2014... Jumaat.. 

Kami dah bersiap sedia dengan segala kelengkapan.. hurmmm kira mmg penuh la ikan kelisa saktiku tu..  Dalam kul 2.30 kami gerak ke penang. Dan smpai dan check in hotel apa tah tp yg bajet je la. Sbbnya bdekatan dgn tapak opening tu. After mgrib kami p tgk tapak booth kami utk setup apa yang patut. 








Blk tu kami dinner dkt giant sbb hotel tu area giant je. Bila rasa dah settle semua, kami lupa nk buat mcm name card. Nsb baik ada mmber cik ina.. iaitu mr z yg tolong buatkan. Tq z. Segala jasa baik akan kami berdua kenang sampai bila bila. 

Setelah hbs gunting name card yang sempoi tp cantik tu.. time to sleep. Esok adalah hari yg panjang.. opss lupa nak bgtau kami nk jual apa... jeng jeng jeng.. jom tgk esoknya .. 

1 Mac 2014..  sabtu

Hari yg ditunggu dah tiba... Kami dua dengan semangat nya. BAngun awal dan terus ke gerai tapak perasmian. 



Setelah set up meja and decoration ckit, baru breakfast.. mr z yang belikan sbb cik ina x sempat cari nasi lemak.. my fav breakfast. Thanks again z.  Nak tau apa kami jual. Kami jual :

1. Serbuk kari Chef Norman Musa -ni la jualan utama kami
2. Kek yang sedap belaka
3. Bun yang simple tp sedap
4. Acar My mom  buat
5. Asam jawa pun mak buat..(sebenarnya nak jual kat lain tapi bw sini dulu)





Kami dibekalkan oleh penganjur apron dan topi. Cik Ina pakai topi je. Macam2 acara berlangsung kat pentas. Siap ada persembahan artis lagi? Yang bestnya, Gerai kami berhadapan dengan pentas Utama. Mmg clear la cuma jauh ckit je. Apapun kami x amik port pasai ni cuma concentrate kt Jualan kami. Target bg habis semua sbb senang ckit nk blk. Nasib baik tghari kami dibantu oleh Hanim - tuan punya kek.. ringan beban cikit. Fuh.. letih juga berniaga 2 org ni. Tp semangat tu masih berkobar kobar. 



Yang bestnya serbuk kari kami mendapat sambutan yang memberansangkan. Pandai juga kami promote.  Mak cik sherrie kita ada buat sambal daging tester. Lagi la laju kan. Cik ina sampai x sempat bergambar.  Ckit je. Huhuhu sedih.. dah la first time meniaga kan. 

Sebelah malamnya lagu meriah sebab Perdana Menteri kita pun mai. Cik Ina nampak Pm dan org ramai yang bertuah naik bas x de bumbung p rasmi jambatan baru. Huhuhu nak naik juga. Harap sat gi mlm lps officially opened kami dpt naik dan blk terus ke seberang sana.. Produk kami laris. Serbuk kari cuma tinggal sedozen tu pun ada org suruh simpan. Kek pun tinggai ckit je.


Selepas dah tutup gerai kami, baru sedar tak blh balik lg sebab jalan ditutup dan jam... Tgk konsert kristal dulu la...

And bila konsert kristal dah habis kami pun bergerak pulang. Nak ke jambatan lama, jam jalan dan tak tentu blh naik lagi.. Oleh kerana dari tapak perasmian tu berdekatan dgn deretan kereta menunggu nak rasmi JAMBATAN BARU maka Cik ina decide nak join sekali... Kereta dari tapak perasmian tak byk jadi kami dpt mencelah... Dan akhirnya kul 1.00 pagi lebih JAMBATAN BARU PUN DIBUKA.. Kami berdua begitu teruja nak naik ni...dan akhirnya dapat juga naik tanpa sebarang kesesakan sbb kami antara yang terawal....
.


Kami berdua selamat sampai ke rumah pada kul 2 lebih dengan selamatnya. Mlm tu Cik ina menginap kat rmh ik Sherrie la....



Ole2 dari Vietnam... Lalala

Mggu lepas cik ina happy sangat sebab terima call dari seseorang dari Muar Johor yang minta alamat untuk poskan souvenier dari Vietnam. 

Ingatkan tak de ole2 dari Vietnam untuk kita.... tapi rupanya ada. yeyeyeye tepuk tangan sebentar. Alhamdulillah,, ada juga orang ingat kat kita. Tq abg Muar....

Dan bila kat opis pula Cik ina tertunggu-tunggu abg pos laju plak.. X sabar rasanya. dan,, yang ditunggu kunjung tiba. Mgg cepat la plak sampai... Kemarin POS hari ni sampai... Tahniah la POS MALAYSIA.
Kembang kempis pipi cik ina sebab seronok sangat..

Nk tau apa barangnya... Tadaaaaaaa.....



dan of course fridge magnet la kan... 



Tq abg Muar....

###########################################

Terima kasih daun keladi
NNti bagi lagi

#######################################

Camping first 2014

Tanggal 21-23 feb 2014 cik ina join camping yg dianjurkan oleh tpt cik ina mengaji dulu iaitu x lain x bukan polimas.. kali ni camping ni diadakan spt berikut:
     Tempat   :  Puteri Ayu  Chalet, Yan
     Tarikh     :  20 hingga 22 February 2014
     Anjuran   : Pengakap kelana polimas

Spt biasa kami senior hanya join ckit2 dan mmerhati serta menegur untuk penambahbaikan. Sebenarnya cik ina join second day sbb first day depa sampai, khamis- cik ina ada hal. Pg jumaat tu plak cik ina ada urusan penting kat seberang jaya. Jadi, cik ina sampai masa petang jumaat.

Jumaat - 21.2.2014

Masa sampai je depa dah ready utk acara outdoor base camp. Kiranya beberapa kumpulan ni akan ke beberapa station yang berlainan dan akan rotate bila settle di setiap station dan jalankan aktiviti serentak seperti yang dikehendaki. Cik ina join tengok la sekali sebab oudoor ni diadakan kat kampung yang berdekatan. Layan je gambarnya...Zasss

 
Acara kupas nyok dgn kukur nyok


Ni plak acara pecah belon ada tepung..
acara keyakinan diri... seluk dlm balang.. mee goreng je... depa ingat cacing

Station ketapi x leh putus
Ada lagi station tp x sempat snap...

Selepas tu malam kebudayaan. Cik ina mmg suka tengok malam kebudayaan sebab junior ni mmg akan ada persembahan idea-idea yang baru.






Sabtu 22 February 2014...

Cik ina x tido mlm tu sbb dok makan kerang bakar. Selepas mandi dan solat Suboh, Cik Ina tolong Lokman bancuh air utk peserta nak breakfast nnti...

PAstu berehat sebentar dan jom kitajoin senaman pagi.... 



Setelah acara penutup, kami bersiap untuk balik... 
acara komen..... tgk kertas tu,,,

penutup perkhemahan

jom blk,,dah nk hbss


Selesai semuanya, setelah semua berkemas dan bas pun dah sampai,,, semua beransur. Apa pun cik ina nak ucap thanks kepada adik2 polimas sebab sudi jemput kami senior2 ni mai tgk dan kami semua dapat bertemu dgn geng yang lama x jumpa. 

##############################################

Terima kasih daun keladi
Nnti kalau ada jemput lagi...



Tuesday, April 15, 2014

Lawatan Ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali

Assalamualaikum......

Seperti yang cik ina janjikan kpd uolss, cik ina akan updatekan sambungan Rombongan sehari tu kan.. Tapi mcm dah outdated sbb rasa mcm dah basi je citer ni.. Yg lambat tu.. sbnrnya PC cik ina kena virus n semua pic dalam drive c ilang. Byk gambar rombongan ni hilang... Opsss kita sambung dulu citer rombongan sehari tu.....

Selepas bershopping ala kadar kat PASAR KEMBOJA, dan driver Solat Jumaat, kami smpai dengan selamatnya kat Kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di 
Lot 652-655, 
Kawasan Perindustrian IKS Perda-Tasek,
14120, Simpang Ampat, 
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

Kepada sesiapa yang berhajat nak pi, cara yang mudah untuk ke sini ialah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan memasuki atau menyusur keluar melalui tol "Simpang Ampat/Bukit Tambun". Lps keluar dari tol tu (setelah bayar tol) di Lampu Isyarat yang pertama belok ke kiri. Anda anda akan nmpk signboard arah ke kilang ini. Maka, ikutilah Pandu Arah "Muzium Jeruk Madu Pak Ali" yang berwarna kuning yang diletakkan di sepanjang laluan, terutamanya di simpang-simpang, sehinggalah sampai ke kilang. 

Jaraknya dari pintu tol kesini lebih kurang 7 km sahaja. Mudah je kan nak ke sana...... 
Setelah sampai, kami disambut dengan mesranya oleh pegawai kilang tersebut dan diberi penerangan serba ringkas tentang kilang jeruk ni oleh anak tokei sendiri iaitu Encik Alias Bin Haji Ali, Pengarah Ursusan Pak Ali Food Industries..


Kami di beri penarangna serba sedikit dan untuk kebersihan kami dikehendaki memakai apron dan memcuci tangan. 



Kemudiannya barula kami semua dibawa masuk ke kawasan pemprosesan dan dapat melihat sendiri bagaimana buah-buah dikupas, yang akan dijerukkan diasing dan digredkan berdasarkan saiz, jenis dan juga keadaan buah tersebut (samada muda atau masak). Buah yang telah dipilih dan diasingkan akan dibersihkan dan dimasukkan dalam air garam (menggaram) selama 1 minggu.








 Buah tersebut kemudian dibersihkan kembali dengan menggunakan air suling dan dikupas serta dipotong mengikut saiz buah. 



Setelah itu, buah-buahan tersebut akan dijerukkan dengan air gula selama 3 hari dan akhirnya dibungkus untuk pasaran.

Antara jeruk yang dikeluarkan adalah jeruk mangga, betik, roselle, sengkuang dan juga minuman jus pala. Pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan.

Apa yang membuatkan  jeruk pak ali ini istimewa?? Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali adalah
  • Pertama sekali Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula) seperti kebiasaan pengusaha lain. 
  • Ia juga ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. 
  • Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
  • Sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
UNTUK KETERANGAN LANJUT ---- 
anda boleh refer JERUK MADU PAK ALI OFFICIAL BLOG  SINI

Gambar amik dari pakcik google pun ada..... tq
*********************************************************************

Wednesday, April 9, 2014

Naim Gulai Ikan Sembilang

Assalamualaikum semua.



Hari ni Cik Ina excited sangat. Sbbnya hari ni (26.3.14) boss nak belanja kami semua staff yang ada kat sekolah makan. Yg Ci k Ina exited bukan sebab boss ni blanja tp tpt yang kami akan pi tu adalah tempat yang jarang kami p. Nk tau kat mana... kat NAIM GULAI SEMBILANG. 

Restoran Naim Gulai Sembilang ni terletak di 
Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai, Merbok, 
Sungai Petani, Kedah. 

Tempat ni mmg glamer dikalangan orang tempatan di area ni tapi kami je jarang p sebab masa lunch time kan sejam je. Takut terbabas plak time rehat tu kan.


copy dari pak cik google



Lg satu, sapa yang mai sini kena sabar ckit. Kalau nak cepat kena order jadi x berapa lambat sangat. Lambat tu bukan servis dia tapi sebab tokey nak serve kat kita gulai sembilang yang panas panas..

Cik ina n Pn Azimah
 Sebab kena tunggu sat, maka byk la gambar yang kita ambil kan... 
Layan je la ... Zasss

Muka menunggu.. dan lapoo
Air dah sampai... sabar sat nooo
Kita minum dulu...

Dan akhirnya nasi dan gulai sembilang yang PANASSSS pun sampai.. Ermm kecur air liur bila aroma gulai ikan sembilang ketika sampai ke meja kami. Ditambah pula dengan sambal belacan serta ulam-ulam kampung.. Yummy   Apa pun,, Bismillahirrohmanirrohim......





Jom makan...

ini gulai tenggiri 

Selain menu utama iaitu gulai sembilang, Restoran Naim Gulai Sembilang juga turut menyediakan menu ikan kembong lemak sumbat, sotong goreng, ketam dan udang, malah bubur kacang hijau, pulut hitam dan minuman percuma setiap Sabtu serta Ahad.



Ni guru besar dah staff lelaki


jom makan.. jemput ye
tadaaa dah licin....

Kepada sesiapa nak mai makan kat sini, Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 4 petang dan ditutup pada Jumaat.

Nak tahu rahsia keenakkan gulai sembilang ni??? Rahsianya adalah rempah yang ori iaitu rempah kari itu dicipta sendiri oleh tuannya, dan juga cara menyiang ikan sembilang tu sendiri. Silap siang ikan akan bau hanyir. Jadi rahsia bagi mengelak ikan sembilang itu berbau hanyir, adalah dengan memicit hidung ikan itu untuk mengeluarkan lendir.


Ni la rempahnya
Caranya sediakan...

  • Ambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. 
  • Kacau sebati sebelum dijerang di atas api. 
  • Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. 
  • Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. (Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan)

Copy dari Azie Kitchen Sebabnya cik ina x beli rempah segera ini..


Sesiapa ada pertanyaan atau nak order sila hubungi Md. Ibrahim (019-4756548) atau Zarina (019-5275014). untuk maklumat lanjut. 
Sumber : SINI

Tetibaa teringat kenangan makan bersama rakan sekerja masa lunch kat kilang TXPO dulu.. Tghari je seminggu sekali mesti p makan kat kedai ikan sembilang -jalan nk ke Kuala Juru,,, kan adik myra kan...


******************************************************************************