Monday, June 25, 2012

Solat Sambil Dukung Bayi

Cik ina ada mendapat email dari seorang rakan dan berminat untuk share, untuk pengetahuan kita bersama.
Kepada yang dah tau tu sila tegur kalau ada kesalahan dan kalau yang belum tau, mari kita tambahkan ilmu pengetahuan kita.


Khusus untuk mereka yang mempunyai tanggungan berupa si anak kecil..
Pasti ada yang mempunyai kesukaran bilamana terdapat anak2 ini yang kerap menangis bila ditinggalkan..
Sehingga seolah-olahnya, ada yang berasa bermasalah untuk melakukan solat..

Berikut adalah solusinya..
Alangkah indahnya Islam ~ 
Memberikan kemudahan yang dibolehkan Syarak buat ibu/bapa/penjaga sekalian..

p/s: Sesungguhnya Islam itu mudah,
maka jangan terlalu ambil mudah sehingga tidak menunaikan solat itu sendiri ye..

Sila share dengan yang lain untuk pengetahuan sekalian






Tuesday, June 19, 2012

Ronda-ronda Chawrasta Market (part1)


Cerita ni bersambung dengan entry Selamat Pengantin Baru Yani..... Bagi yang suka jejalan,, mesti suka baca tp yg tak suka jejalan.... baca pi la kot la termelawat sini kan...

Marilah kita ikuti sambungannya.. Selepas selesai menjamu selera kat kenduri Yani kat Auto City, Cik ina pun decide dgn Sinar nak ke Pulau Pinang. Blh jgk beli perfume Cik ina. Sebab stok yang ada dah hbs....  

Untuk pengetahuan semua, cik ina ada jual perfume tanpa alchohol yang versi pekat kepada regular customer cik ina. Nak tajuk apa mesti ada cuma sejak dok kat kedah ni,, jarang pi ambik stok.

Setelah beli perfume berbotol-botol, Cik ina teruskan perjalanan. Niat dihati nak balik terus tp setelah melalui Chowrasta, rasa nak singgah sebentar. Lagipun, seingat Cik ina, kali terakhir cik ina mai sini rasanya 10 tahun lps. Tu pun masa practical sebab nak cari baju Konvo.Cik ina kata kat sinar, kalau ada parking kita singgah dan doa cik ina dimakbulkan setelah nampak sebuah kereta keluar dari kawasan parking. 

Maka kami pun berjalan menuju ke Market Chowrasta dengan ayu dan sopan  (sebab pakai baju kurung). Untuk pengetahuan semua, lokasi Chowrasta ni terletak berdekatan dgn KOMTAR dan Prangin Mall. Kiranya sesiapa yang tak pernah mai sini, cari jalan ke KOMTAR jer.. anda akan sampai ke sini. Jangan risau sebab senang jer.
Blh tgk google map kat bawah jg.....

 Chowrasta Market Location Map



Baru nak mula perjalanan, cik ina kena berhenti sat. Tgk kat bawah sampai kena duduk la kan. Sebabnya kerana tali kasut terkeluar.


Oleh kerana cuaca agak panas, maka kami decide nak membasahi tekak dulu. Dengan tida membuang masa kami mencari gerai yang menarik minat kami... dan terpandang la h satu gerai ni. Tgk macam best jer dan kami pun duduk. 


Cik ina tanya mak cik sebelah yang dah hbs menikmati makanannya. Maka bertanyalah cik ina 'Apa yang best kat sini makcik... ' Mak cik tu jawab... 'ais tingkap pun ok jgk'. Jadi cik ina pun order sambil tgk menu kat dinding tu..


Ni la rupa ais tingkap tu... rasa lain dari yang lain. Kat kedah rasanya tak de lagi kot....


Setelah itu, kami berjalan lagi...
Ternampak plak satu kedai.. Agak-agak kedai apa.. Kedai apa lagi,, kedai jeruk la.


Sinar pun beli la ckit jeruk untuk dibawa balik. Cik ina tengok jer. Waktu snap ni tetiba muncul plak mereka ini. APa pun,, layan jer la...


Setelah penat pusing sana sini... kami pun berjalan ke parking sambil memikirkan next destination...
Agak2 kemana kami selepas ini.. hahahaha.. wait for the next enty...................................................

For further info mengenai Chowrasta or more pic, anda blh view di siniiii

Kita Selalu Buat Mase Kecik dulu ...

Tetiba Cik ina tertarik dengan satu email dari my collegue kat texchem. 
So, Cik ina rasa nak share kat sini. Sumber yang rakan cik ina ambik plak tak diketahui. Jadi cik ina copy jer la sebab tertarik dan menarik dan satu lagi rahsia... cik ina pun pernah  buat perkara begini.. hahahaha..

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


 

2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

 



3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
 
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali. (yang ni, cik ina tak pernah buat)

5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli
kat mak bapak.
 
6. Lukis burung guna huruf M atau V
 
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.. hahaha yang ni selalu buat
 
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->
 
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.  hehehehe,,, betoiii


 
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah. keje sekolah selalu siap..
 
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
 
12. Main game Pacman atau Mario
      yang tu je ada masa tu
 
13. Main lubang tikus
 
14. Mintak biodata kawan2
 
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
 
16. Buat jet kertas
 


 
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
      cik ina tgk mero attack... ciaki

18. Lawan pemadam
 
19. Penggal/Tuju selipar
      3 selipar combinekan.. tuju dgn bola...
 
20. Main bubble wrap
 

cik ina paling suka sampai sekarang....

21. Minum air panas dlm piring
 



Mesti semua tgh tersenyum sbb terkenang2 mase tgh bace post ni kan?hehe

sama la kita...... 

Saturday, June 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Yani

Assalamualaikum....

Cik ina amat berbesar hati kerana mendapat jemputan ke perkahwinan Dhiya Iryani yang sesama keje kat Kilang Texchem dulu. Thanks yani sbb ingat lagi kat akak dan sudi jemput akak... Demi jemputan tu, akak gagahi jua dan peneman setia akak tentulah cik sinar kita. Cik ina paksa cik sinar balik dari kampung dia awai ckit. 


Kenduri yani ni diadakan kat Auto City. Jadi senang la cik ina nak pi sbb rmh yani cik ina tak tau. Yg tau area alma jer tp tak pernah ke sana. So… bila dah buat kat Concept Hall, kat auto city senang la nk ke sana. maklumla,, kan auto city tpt kenangan... tempat mencari rezki...

Bila sampai cik ina call yana. Saja cari teman. Segan jgk kalau tak kenai org masa kat sana.





Kebetulan yana dah sampai dgn suaminya… joe. 
Cik ina cari anak yana tp tak bawa. Kempunan cik ina nak tgk anak yana.
Bila sampai tu.. pengantin baru turun keta. Jadi cik ina tak nak kacau mak ayah yani so.. cik ina pi makan dulu. 




Kebetulan meja yana makan ada kosong. So.. cik ina dgn sinar makan kat situ.
Menunya adalah kegemaran Cik ina. Cer teka apa… dlm entry b4 this cik ina mention pasal nasi tomato ayam berempah kan. So, menunya adalah, nasi tomato, ayam rempah, gulai dalca dan ulam.  Yang tak de Cuma masak cabai jer… mmg sedap la.. sinar pun kata sedap.

Selepas makan kami lihat pengantin sedang menjamu selera. So, kami tak nak kacau pengantin. Jadi cik ina snap pic yani jer la. Sedih jgk sebab tak sempat bergambar dgn pengantin.. huhuhu. Tp tak per sempat bergambar dgn yana.



Selepas dah selesai,, cik ina dgn sinar beredar dari situ... sambil berfikir ke mana nak dituju selepas ini.

nak tau ke mana?? tggu next entry...

Sepupu Eksiden

Salam semua,,,,,,,,,,,,,,

Bertemu kembali kita pasa kali ini. Kali ni berita sedih ckit sbb cik ina baru mendapat tau dari Cu cik ina kata sepupu cik ina iaitu Najmi Eksiden.... 
2 hari selepas meklum perkara tersebut, cik ina berpeluang melawatnya kat Hospital Metro. 

Beginilah keadaannya,,, tangannya ada ckit dimasukkan besi...






apa pun cik ina bersyukur kerana tiada kecederaan yang teruk... cuma masuk besi ckit saja kat tangan kanan.

Tengok tu.. sempat lagi Najmi main game.....