Tuesday, June 19, 2012

Kita Selalu Buat Mase Kecik dulu ...

Tetiba Cik ina tertarik dengan satu email dari my collegue kat texchem. 
So, Cik ina rasa nak share kat sini. Sumber yang rakan cik ina ambik plak tak diketahui. Jadi cik ina copy jer la sebab tertarik dan menarik dan satu lagi rahsia... cik ina pun pernah  buat perkara begini.. hahahaha..

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


 

2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

 



3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
 
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali. (yang ni, cik ina tak pernah buat)

5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli
kat mak bapak.
 
6. Lukis burung guna huruf M atau V
 
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.. hahaha yang ni selalu buat
 
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->
 
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.  hehehehe,,, betoiii


 
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah. keje sekolah selalu siap..
 
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
 
12. Main game Pacman atau Mario
      yang tu je ada masa tu
 
13. Main lubang tikus
 
14. Mintak biodata kawan2
 
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
 
16. Buat jet kertas
 


 
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
      cik ina tgk mero attack... ciaki

18. Lawan pemadam
 
19. Penggal/Tuju selipar
      3 selipar combinekan.. tuju dgn bola...
 
20. Main bubble wrap
 

cik ina paling suka sampai sekarang....

21. Minum air panas dlm piring
 



Mesti semua tgh tersenyum sbb terkenang2 mase tgh bace post ni kan?hehe

sama la kita...... 

1 comment:

  1. Hehheee, sama la entry kita..

    Tapi mana gambaq cik Ina? :)


    p/s : Kak Ina, baung la WV kat komen, susah nak komen kalau ada WV.. P Ubah kat setting bahagian komen tu..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen