Saturday, June 16, 2012

Aira Dah 10 bulan

Baru-baru ni masa sambutan 100 tahun sekolah cik ina, cik ina dgn mak kena jaga aira buat kali ke 3 setelah pengasuh tak de. Dulu anak pengasuh masuk wad tp sekarang pengasuhnya tu tak nak jaga. 

Maka kami la jaga. Kali ni penat ckit sebab aira ni dah pandai merangkak. Adoi,, pantang lepa,, mesti dah ada kat ujung.
2 bulan lps masa kami jaga. baru blh meniarap. 
Jadi kira ok lagi la.

aira masa 3 bulan

masa ni bulan 2.. so aira masa ni 6 bln

Bila aira nak balik tgk tok, wan dgn ateh dia niii???


hajat termakbul kerana baru tadi aira dgn papa n mama dia sampai... makin lincah sampai penat cik ina...


Bawal goreng panas Juru - Kempunan nak makan

Assalamualaikum....

Kali ni tajuk panjang ckit. Maklum la td plan cik ina nak p makan bawai goreng panas kat juru bersama rakan TXPO especially bersama myra tak kesampaian... Dah pakat mggu lps tp tak jadi. nak wat camner kan. Bak kata pepatah. Ada aral melintang di pihak cik ina .. huhuhu. Sedih sangat.

Kepada pembaca yang tak tau kat mana tpt yg menjadi keteringinan cik ina ni.. lokasinya senang sahaja... For u olss info, kedai ni mmg famous kat area prai ni. Ada 2 kedai sebenarnya yg menyajikan bawai goreng panas ni.. satu kat hujung jalan belakang kilang Molex, tp cik ina prefer yg ni.

Kedai ni terletak berdekatan dgn Pekan juru. 
Kalau anda dari auto city, anda dikehendaki menuju ke arah juru. Apabila melalui petronas belah kanan, maka anda semakin hampir dlm 400 meter sahaja. Kedai ni terletak bertentangan dgn restoran makanan cina. Kira kalau dari Auto City, kiri akan nmpk restoren makanan cina yang dibuka pada malam dan setentang tu ada akan nmpk orang yg ramai. Kat situla kedai tu. 

Senang je kan... kalau dari juru, anda akan nmpk melalui deretan kedai dan selepas itu anda akan nmpk simpang yang mcm huruf Y dan terdapat kedai makan. Ada tertulis kat situ.. Jalan Tok Kangar... Kira dah sampai la tu...

Sambung balik memori....
Tetiba terimbau kenangan bersama mereka.. dari keje bersama sampai dah tak keje pun still kami makan sesama.... kalau cik ina berkesempatan ke sana.. tak susah kerana cik ina cuti jumaat dan mereka masih bekerja. Jadi hari jumaat adalah hari yg paling sesuai.... Harap jumaat depan blh jumpa.

Layan pic cik ina .. dan ada yang cik ina copy dari 
kongsiminat ni. thanks to the owner sbb ada snap pic yg cik ina tak pernah sempat nak snap sbb bila sampai dah terus beratur nk mkn.

Walaupun kelihatan menu kat atas tu sempoi tp kesedapan bila makan panas2 tu mmg best. Tambah sedap bila letak dua sudu cili kicap yang color itam tu ke atas ikan bawai tu... serta dimakan panas-panas bersama nasi dan gulai.. serta ulam-ulaman. Perghhh tak panggung kepala.

Dulu cik ina tak hbs seekor pun bawai. Dah diasuh seekor makan satu family kan. Tp sejak berkunjung ke sini,, seekor bawai mesti sorang satu.  
Lokasi tpt makan ada 2, satu tpt makan sekali dgn tpt mengambil lauk pauk. Dan yg ke2 tu - open air iaitu kat bawah pokok kelapa sawit, yang seperti gambar kat atas. Kiranya, open air tu bersama angin sepoi-sepoi... Dont worry. tak panas sangat..

Kalau ramai orang, khemah tu tak cukup la.. tp meja still cukup. Jangan risau.. Kalau tak cukup meja pun anda blh tggu sat sementara orang lain hbs makan...

Ni la ikan yang sedang digoreng..
Lihatla.. kuali panas yang sedang goreng ikan bawal. Kena beratur nak ambik ikan ni panas dari kuali kalau orang tersangat ramai. Kat belakang tu beratur nak bayar.

kat bawah ni baru picture dari cik ina
Dah licin.. yummy
Oppss.. tu la kan.. Cik ina baru tersedar.. begitu banyak kali kunjungan ke kedai bawal goreng panas ni,, satu kali pun tak pernah snap picture,,, rasanya this is the only that we are taking this pic .. b4 this rasanya just go and eat sahaja,, oh,, sedih...

Jadi,, kesimpulannya,, mmg sedap sehinggakan cik ina teringat-ingat nak pi ni.. cuma tak de kesempatan dan kekurang bajet jer.. Kepada sesiapa yang ada area sana waktu lunch time,, silakan la cuba try test tgk.

Musim Durian Tiba Lagi

Assalamualaikum...




Sekarang tiba musim durian lagi. Maka semua orang teruja nak makan durian. Cik ina pun suka. Serapa ulas pun hamtam saja. Panas ke sejuk ke tolak ke tepi.  Punya suka durian sampai mcm tu sekali kan. 
Pada hari ni abah cik ina tak sihat. Tak tau pasai apa lps balik dari solat jumaat abah muntah dan pening. So cik ina dgn mak la yg kena pi sana kutip durian dibantu oleh rakyat-rakyat yg nak mengekor. Tak pe.. depa tolong kutip sama... 


tengok,, betapa sukanya mereka...














The next day,,abah dah sihat ckit. jadi kami pun pi kutip durian bertiga dgn mak.......








Cerita Durian Lagi..

assalamualaikum.....

Apabila musim durian tiba,, alkisahnya akan terdapat pelbagai ceerita menarik akan dikongsi. Begitu jgk dgn cik ina. Musim durian kali ni tak meriah sangat kerana tak byk pokok yg jadi, pokok sapa??? Of couse la bapa sedara cik ina. Kami hanya sebagai penjaga sahaja. 

Baru2 ni anak bapa sedara cik ina balik. Dia tu tentu la sepupu cik ina... iaitu Azim. Azim balik dgn 2 orang kawan dia. Siap naik D-MAX lagi. Jd syok la mak cik ina kumpul durian utk adiknya..

Setelah azim dan rakannya menjamu selera dengan durian, dan diletakkan durian dalam dmax,, maka azim bawa rakannya ke Dusunnya...


Oleh kerana merasakan durian yg dibekalkan tak mencukupi, maka cik ina dgn mak terus ke dusun utk mencari durian tambahan untuk dibawa pulang oleh Azim tetapi apabila sampai kesana.. lain pulak yg terjadi.. Layan pic yang menceritakan segala-galanya....







akhirnya berjaya setelah lori simen menyelamatkannya



Setelah settle tuan tanah kedaung barula semua dapat melawat dusun duriannya.... 
Peluh jgk la semua yg ada kat situ.. 
Tgk tuan tanah sempat posing lagi.. hahaha




Monday, June 11, 2012

5 Makanan Pilihan Rakyat Malaysia







Salam Petang....

Sebagai yang kita ketahui, rakyat malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Maka tidak hairan la terdapat pelbagai jenis makanan di malysia ni yg boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka. Jadi Cik ina ada terbaca satu web yang mengatakan  top 5 malaysian cruisine  seperti dibawah. Sapa setuju angkat kaki.... (tggu apa lagi, pi makan la) hehehe.



 Pilihan yang pertama yang juga merupakan kegemaran Cik Ina adalah :

1. Nasi Lemak


(Credit: Google images)

Diikuti dengan no 2 yang juga merupakan kesukaan Cik ina apabila berkunjung ke pasar malam.
Sekarang harga satay pun dah mahai. Rasanya paling murah pun sesusuk 4kupang or 40 sen dah.

2. Satay/Sate


(Credit: Google images)

Ini juga kesukaan Cik ina sebagai alternatif daripada nasi lemak. hahaha best kan

3. Roti Canai


(Credit: Google images)
Menurut sumber yang cik ina copy seperti dibawah --- baca sendiri
A type of flatbread or better known as roti prata. Roti means bread in Malay. The term “canai” derives from “Chennai”, a region in India which is formerly known as Madras. In English, roti canai is sometimes referred to as “flying bread,” a term that evokes the process of tossing and spinning by which it is made before frying on the hot pan. The ideal roti is flat, fluffy on the inside but crispy and flaky on the outside. Roti Canai is normally served with beans curry, fish curry or mint source. Some may like to dip it into sugar. One of the characteristics of roti canai and its derivatives is that it can be eaten with the hands, without the need for utensils. It is a convenient dish to consume, while being filling. This characteristic makes it a dish of choice as breakfast or as late night supper.

Yang ke 4 ni pun cik ina sukaiaitu CKT ni.. Selau jgk pi makan kat Char Koey Teow sg 2 yang ditulis di entry nie....

4. Char Kway Teow


(Credit: Google images)

It is made from flat rice noodles, stir-fried over very high heat with light and dark soy sauce, chilli, a small quantity of belacan, whole prawns, deshelled cockles, beansprout and chopped Chinese chives. The dish may commonly be stir-fried with egg and fishcake, and less commonly with other ingredients. When the dish was first served, it was often sold by fisherman, farmer and cockle-gatherers who doubled as char kway teow hawkers in the evening to supplement their income. Of all the notable versions, the Penang style of char kway teow is the most famous.

5. Rojak


(Credit: Google images)
A fruit and vegetable salad dish commonly found in Malaysia. The term “Rojak” is Malay for mixture. Chinese rojak contains mainly local fruits such as mango, pineapple, pomelo with cucumber, prawn friitters mixed with spicy shrimp paste sauce. Penang is one of the famous place for this wonderful salad dish. While Indian rojak contains fried dough fritters, bean curds, boiled potatoes, prawn fritters, hard boiled eggs, bean sprouts and cucumber mixed with a sweet thick, spicy peanut sauce. Traditionally, rojak vendors use modified sidecar motorcycles as preparation counters and to peddle their rojak. These mobile vendors now use modified mini trucks which you could find a lot of them along the street.


Sumber =-> sini